top of page

Berita


Hina sahabat Rasulullah jejas akidah, menyalahi adab - MAIS
Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) menegaskan tindakan menghina sahabat Rasulullah SAW adalah menyalahi adab sekali gus menjejaskan akidah. Pengerusi MAIS Datuk Setia Salehuddin Saidin (gambar) berkata, pihaknya menyokong kenyataan Jabatan Mufti Selangor berhubung kewajipan memuliakan sahabat Rasulullah serta larangan menghina dan merendahkan martabat mereka. "Sebagai pihak berkuasa utama berkaitan agama Islam di Selangor, MAIS memandang serius sebarang tindakan yang boleh me

Azuan Ab Rahman
May 191 min read


Kerajaan sasar Indeks Pendayaupayaan Pengguna, 70 peratus
Kerajaan MADANI mensasarkan pencapaian penanda aras tahap pengetahuan dan kebijaksanaan pengguna dapat ditingkatkan kepada 70 peratus. Timbalan Menteri Kementerian Perdagangan dalam Negeri (KPDN) Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, Indeks Pendayaupayaan Pengguna atau Consumer Empowerment Index (CEI) itu kini berada pada tahap 63 peratus. Dr Fuziah yakin ia mampu ditingkatkan menerusi pelbagai program kesedaran yang digerakkan bersama gerakan pengguna, pertubuhan bukan ke

Suara Keadilan
May 191 min read


Hormat mandat pengundi, jangan sengaja kosongkan kerusi Parlimen
Ahli Parlimen dan wakil rakyat digesa supaya terus memberi tumpuan kepada tanggungjawab dan khidmat kepada masyarakat selagi Parlimen belum dibubarkan. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said (gambar) berkata, mereka perlu menghormati mandat yang diberikan pengundi sebelum membuat sebarang langkah politik peribadi, termasuk bertukar parti atau mengosongkan kerusi Parlimen. "Saya tidak boleh memberikan respons

Suara Keadilan
May 191 min read


16 rakyat Malaysia diculik Israel, PM mahu pembebasan segera
Senarai sebahagian rakyat Malaysia yang ditahan rejim Israel Malaysia menuntut jaminan keselamatan serta pembebasan segera semua aktivis misi kemanusiaan, Global Sumud Flotila (GSF) 2.0 yang dipintas dan ditahan oleh rejim Zionis Israel pada petang Isnin. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kenyataan menyifatkan tindakan rejim terhadap misi bantuan kemanusiaan itu sebagai kurang ajar. "Dunia tidak boleh terus tunduk kepada kezaliman dan kebobrokan yang dilakukan te

Azuan Ab Rahman
May 192 min read


Peratusan Pengundi Atas Pagar Terengganu Semakin Membesar
Peratusan Pengundi Atas Pagar Terengganu Semakin Membesar Peratusan pengundi atas pagar di Terengganu dilihat semakin membesar sekitar 40 hingga 45 peratus dan menjadi faktor penentu utama dalam landskap politik negeri itu, menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob. Katanya, golongan ini lazimnya hanya membuat keputusan pada saat akhir atau dalam tempoh dua minggu sebelum hari pengundian, sekali gus mewujudkan cabaran besar kepada par

Abdul Rahim Razak
May 181 min read


Ketua AMK Titiwangsa letak jawatan, Timbalan ambil alih kepimpinan
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Titiwangsa dilaporkan telah meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka ruang kepada peralihan kepimpinan dalam cabang berkenaan. Timbalan Ketua AMK Cabang Titiwangsa, Amirul Hanif Zainol (gambar), dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau bersama barisan ahli jawatankuasa akan mengambil alih tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Ketua AMK Titiwangsa bagi memastikan kelancaran operasi serta kesinambungan gerak k

Redzuan Shamsudin
May 181 min read


Topeng 'politik baharu', terpalit dosa 'kekasih gelap' politik lama?
Bekas pemimpin kanan KEADILAN, Rafizi Ramli dilihat cuba membawa naratif kononnya beliau tampil sebagai wajah baharu politik negara menerusi Parti Bersama Malaysia (BERSAMA) sedangkan hal itu didakwa kontradiksi apabila beliau sendiri merupakan antara arkitek utama kepada budaya politik gabungan dan percaturan kuasa yang pernah dikritiknya sebelum ini. Ahli Jawatankuasa Pimpinan Nasional AMANAH, Wan Anwar Wan Ibrahim (gambar) menyifatkan naratif dibawa itu tidak lebih daripad

Helmi Mohd Foad
May 182 min read


Rafizi, Nik Nazmi masih terikat bon RM10 juta, dakwa Dr Fuziah
Bekas Timbalan Presiden KEADILAN Rafizi Ramli dan bekas Naib Presiden parti itu, Nik Nazmi Nik Ahmad didakwa masih terikat dengan bon parti bernilai RM10 juta walaupun mengumumkan pengosongan kerusi Parlimen masing-masing sebelum keluar parti. Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) mendakwa pihaknya mempunyai bukti bahawa kedua-dua Ahli Parlimen berkenaan dipercayai sudah menyertai Malaysian United Party (MUP) lebih awal berdasarkan maklumat yang dipaparka

Suara Keadilan
May 182 min read


Sasaran PN tawan Pahang bukan ancaman kecil - Setiausaha MPN KEADILAN Pahang
KEADILAN Pahang mengakui sasaran Perikatan Nasional (PN) untuk menawan sehingga 26 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 10 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16) bukan sesuatu yang boleh dipandang ringan. Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, Zukri Aksah (gambar) berkata, parti itu kini memberi fokus kepada usaha memperkukuh kekuatan dalaman dan jentera parti susulan perubahan corak politik yang turut dirasai di negeri itu. "Secara pentadbirannya, keraja

Sidiqin Omar
May 182 min read


Bukit Bintang Berselawat 3.0 himpun ribuan, dakwah subur di tengah kota
Dr Zulkifli di tengah tengah rakyat yang hadir untuk program Bukit Bintang Berselawat 3.0 Program “Bukit Bintang Berselawat 3.0” berjaya menghimpunkan ribuan umat Islam di tengah ibu kota Kuala Lumpur, sekali gus mencerminkan semangat kecintaan kepada Rasulullah s.a.w serta keharmonian masyarakat Malaysia. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, suasana di Bukit Bintang yang kebiasaannya sibuk pada malam minggu kelmarin bertukar tenang

Redzuan Shamsudin
May 182 min read


KEADILAN Sarawak kekal kukuh, perjuangan tidak terjejas - Roland
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) Sarawak menegaskan bahawa perjuangan parti di negeri itu kekal utuh meskipun timbul perkembangan politik dalaman termasuk laporan mengenai pengambil alihan parti oleh bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Rafizi Ramli. Naib Presiden KEADILAN, Roland Engan (gambar) berkata, dinamika politik yang berlaku sejak 2020 hingga kini dalam siri pengkhianatan dalaman tidak menjejaskan komitmen parti memperjuangkan agenda rakyat di Sarawak. "Perju

Redzuan Shamsudin
May 181 min read


"Kalau mahu berunding kita runding, kalau mahu tempur kita bertempur"
DS Anwar bersama barisan pimpinan Pakatan Harapan dalam Konvensyen PH 2026, semalam Pakatan Harapan (PH) memilih pendekatan untuk berunding dengan parti-parti sekutu secara baik bagi mengekalkan Kerajaan Perpaduan, namun itu tidak bermakna kaedah tersebut menjadi simbol ,kelemahan. Pengerusi PH, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata sekiranya rakan-rakan dalam Kerajaan Perpaduan memilih untuk “bertempur”, maka pihaknya juga bersedia mengambil pendekatan sama dengan penuh keyakinan

Helmi Mohd Foad
May 182 min read


Parti baharu: Harap ukhwah politik terpelihara, demi agama, negara
Penubuhan parti politik baharu dilihat berdepan cabaran besar untuk kekal relevan, malah berisiko mengulangi nasib parti terdahulu yang gagal bertahan dalam landskap politik negara. Mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) menyuarakan pandangan bahawa parti baharu seperti Parti Bersama Malaysia yang menjadi wadah baharu bekas Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Rafizi Ramli berkemungkinan menghadapi nasib sama seperti parti parti kecil lain ya

Suara Keadilan
May 181 min read


PM cadang rundingan elak pertembungan PH-BN di Johor
DS Anwar mencadangkan rundingan bagi mengelakkan pertembungan PH-BN dalam ucapan di Johor Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil pendekatan rundingan bagi meredakan potensi pertembungan antara PH dan Barisan Nasional (BN) di Johor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam beberapa bulan daripada sekarang. Beliau berkata, pertemuan dengan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan diadakan bagi mencari penyelesaian

Suara Keadilan
May 181 min read


Konvensyen PH 2026 perteguh tekad perjuangan - Kamil Munim
Kamil (sebelah kiri Anwar) berharap Konvensyen PH di Johor perkukuh imej PH di mata rakyat Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 yang berlangsung semalam menjadi pentas menyatukan semangat perjuangan, memperkukuh saf dan mempertegaskan iltizam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) untuk terus mempertahankan mandat rakyat dan menjayakan agenda Malaysia MADANI. Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, perjuangan bukan lahir daripada kebencian, tetapi daripada keyakinan bah

Akmal Manaf
May 181 min read


Pakej ekonomi Selangor fasa dua fokus lindungi industri, jamin peluang kerja
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) memberi komitmen memastikan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor fasa kedua yang sedang dirangka bakal memastikan sektor perindustrian terus beroperasi dan rakyat tidak kehilangan pekerjaan ekoran ketidaktentuan ekonomi global. Menurutnya, langkah tersebut penting bagi mengelak rakyat terdesak akibat kehilangan sumber pendapatan sehingga menjejaskan kesejahteraan dan kehidupan mereka. "Ketika pandemik lepas (Covid-19)

Suara Keadilan
May 181 min read


Dr Samsuri berpotensi terperangkap percaturan kuasa dalaman PN
Pelantikan Naib Presiden Pas, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar sebagai Ketua Pembangkang baharu berpotensi meletakkan beliau sekadar ‘alat politik’ dalam percaturan kuasa dalaman Perikatan Nasional (PN). Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, pelantikan Menteri Besar Terengganu itu yang cuba digambarkan sebagai usaha memperkukuh PN, hanya membuktikan wujud persaingan kuasa yang semakin ketara antara pimpinan tertinggi Pas dan Bersatu

Suara Keadilan
May 182 min read


Rafizi, Nik Nazmi bukan lagi anggota KEADILAN - Dr Fuziah
KEADILAN pada Ahad mengesahkan keanggotaan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad tergugur selepas mereka bertindak mengisytiharkan keluar parti. Setiausaha Agung parti itu, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) menerusi satu kenyataan berkata, keputusan dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) dalam Perlembagaan parti selepas pihaknya menerima hasrat keluar parti daripada Rafizi dan Nik Nazmi. "KEADILAN menerima rakaman ucapan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli P

Suara Keadilan
May 181 min read


KESUMA bina tenaga kerja masa depan melalui PACE
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) bakal melancarkan inisiatif nasional baharu menerusi Perbadanan Pembangunan Sumber Manusia Berhad (HRD Corp) selaras aspirasi Malaysia MADANI meningkatkan taraf hidup rakyat melalui pekerjaan berkualiti. Menterinya Datuk Seri R Ramanan (gambar) berkata, inisiatif Pemacu Anjakan Kemahiran dan Kebolehkerjaan (PACE) itu membabitkan peruntukan keseluruhan RM100 juta dan dirangka dengan fokus kepada pembangunan bakat, latihan kemahiran, transfo

Suara Keadilan
May 181 min read


Teruskan usaha diplomatik bebaskan Rached Ghannouchi - Nurul Izzah
Nurul memberikan pandangannya dalam Forum "Keadilan Untuk Sheikh Rached Ghannnouchi" di The International Institute of Advanced Islamic Studies (IAIS Malaysia), Petaling Jaya, semalam Pemenjaraan tokoh pembaharuan politik Islam Tunisia, Sheikh Rached Ghannouchi dianggap sebagai simbol kemerosotan demokrasi global serta bukti bahawa perjuangan menegakkan keadilan perlu diteruskan tanpa mengira keadaan. Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar berkata, Ghannouchi merupakan

Helmi Mohd Foad
May 174 min read
bottom of page
