top of page

PM cadang rundingan elak pertembungan PH-BN di Johor

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
DS Anwar mencadangkan rundingan bagi mengelakkan pertembungan PH-BN dalam ucapan di Johor
DS Anwar mencadangkan rundingan bagi mengelakkan pertembungan PH-BN dalam ucapan di Johor

Pengerusi Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Anwar Ibrahim akan mengambil pendekatan rundingan bagi meredakan potensi pertembungan antara PH dan Barisan Nasional (BN) di Johor menjelang Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam beberapa bulan daripada sekarang.


Beliau berkata, pertemuan dengan Presiden UMNO merangkap Pengerusi BN, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi akan diadakan bagi mencari penyelesaian terbaik susulan isyarat bahawa kedua-dua gabungan mungkin bertanding secara berasingan.


"Saya masih harap, walaupun pengumuman sudah dibuat. Saya akan berjumpa Presiden UMNO, saya (akan) kata rundinglah baik-baik, nak rebut apa?


"Di mana yang silap kita tak diberi tolongnya? Saya tak kira, saya tolong semua. Jadi kalau berebut ni di bawah, bergaduh. Jadi carilah (penyelesaian) yang terbaik," katanya dipetik keyika berucap pada Majlis Ramah Mesra Perdana Menteri Bersama Rakyat Negeri Johor di Dewan Terbuka Program Perumahan Rakyat (PPR) Taman Desa Mutiara semalam.


Dalam pada itu, Anwar turut menegaskan kepentingan pendekatan politik yang matang serta keutamaan terhadap kepentingan rakyat berbanding persaingan sempit.


Beliau juga mengingatkan pimpinan PH agar memperkukuh kehadiran di lapangan dan tidak hanya mendekati rakyat ketika musim pilihan raya.


Pada masa sama, beliau menyatakan keyakinan bahawa pengundi akan terus menyokong calon PH sekiranya gabungan itu bertanding di kerusi tertentu.


Sebelum ini, Menteri Besar Johor merangkap Pengerusi BN Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi, memaklumkan BN akan bertanding di semua 56 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) pada PRN akan datang.


Pada PRN Johor 2022, BN memenangi 40 kerusi, manakala PH memperoleh 12 kerusi, Perikatan Nasional tiga kerusi dan MUDA satu kerusi.


Dewan Undangan Negeri Johor dijangka terbubar secara automatik pada 21 April tahun hadapan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page