Peratusan Pengundi Atas Pagar Terengganu Semakin Membesar
- Abdul Rahim Razak
- 3 hours ago
- 1 min read
Peratusan Pengundi Atas Pagar Terengganu Semakin Membesar
Peratusan pengundi atas pagar di Terengganu dilihat semakin membesar sekitar 40 hingga 45 peratus dan menjadi faktor penentu utama dalam landskap politik negeri itu, menurut Setiausaha Pertubuhan Pendidikan Intelek Warga Terengganu, Ahmad Nadhir Yob.
Katanya, golongan ini lazimnya hanya membuat keputusan pada saat akhir atau dalam tempoh dua minggu sebelum hari pengundian, sekali gus mewujudkan cabaran besar kepada parti politik untuk menyampaikan naratif serta mesej politik secara konsisten sehingga hari pengundian.
