top of page

Rafizi, Nik Nazmi bukan lagi anggota KEADILAN - Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

KEADILAN pada Ahad mengesahkan keanggotaan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad tergugur selepas mereka bertindak mengisytiharkan keluar parti.


Setiausaha Agung parti itu, Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) menerusi satu kenyataan berkata, keputusan dibuat mengikut Fasal 9(1)(c) dalam Perlembagaan parti selepas pihaknya menerima hasrat keluar parti daripada Rafizi dan Nik Nazmi.


"KEADILAN menerima rakaman ucapan Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan Ahli Parlimen Setiawangsa, Nik Nazmi Nik Ahmad yang umum mengosongkan kerusi Parlimen dan keluar daripada parti.


"Pengisytiharan itu adalah jelas bertepatan dengan peruntukan Perkara 49A(1)(a)(ii) Perlembagaan Persekutuan. Ia menyatakan dengan jelas bahawa kerusi ahli Dewan Rakyat hendaklah menjadi kosong jika dia tidak lagi menjadi anggota parti politik tersebut, setelah dipilih ke Dewan Rakyat sebagai anggota suatu parti politik," katanya.


Sementara itu tambah Dr Fuziah, KEADILAN akan menentukan tindakan terhadap keanggotaan beberapa Ahli Parlimen KEADILAN yang hadir pada program dianjurkan Rafizi semalam.


Pihaknya juga akan merujuk dua kes membabitkan Ahli Parlimennya kepada Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Johari Abdul mengenai status mereka sebagai Ahli Parlimen, berdasarkan Perlembagaan Persekutuan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page