top of page

Konvensyen PH 2026 perteguh tekad perjuangan - Kamil Munim

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 hours ago
  • 1 min read
Kamil (sebelah kiri Anwar) berharap Konvensyen PH di Johor perkukuh imej PH di mata rakyat
Kamil (sebelah kiri Anwar) berharap Konvensyen PH di Johor perkukuh imej PH di mata rakyat

Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 yang berlangsung semalam menjadi pentas menyatukan semangat perjuangan, memperkukuh saf dan mempertegaskan iltizam Angkatan Muda KEADILAN (AMK) untuk terus mempertahankan mandat rakyat dan menjayakan agenda Malaysia MADANI.


Ketua AMK Malaysia, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, perjuangan bukan lahir daripada kebencian, tetapi daripada keyakinan bahawa masa depan negara mesti dibina dengan keberanian, keadilan dan tatakelola yang bersih.


"Dari suara anak muda ke denyut rakyat, hadir (di Johor) bukan sekadar berhimpun, tetapi memperteguh tekad perjuangan.


"Kita akan terus mara sebagai nadi perjuangan rakyat yang berani, dan setia kepada cita-cita reformasi. Reformasi adalah amanah perjuangan," katanya dalam satu kenyataan.


Konvensyen yang berlangsung pada 17 Mei lalu di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Bahru itu menghimpunkan kira-kira 5,000 perwakilan dan pimpinan seluruh negara dengan memberi fokus kepada persiapan menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) serta strategi menuju Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16).

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page