Ketua AMK Titiwangsa letak jawatan, Timbalan ambil alih kepimpinan
- Redzuan Shamsudin

- 2 hours ago
- 1 min read

Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Titiwangsa dilaporkan telah meletakkan jawatan berkuat kuasa hari ini, sekali gus membuka ruang kepada peralihan kepimpinan dalam cabang berkenaan.
Timbalan Ketua AMK Cabang Titiwangsa, Amirul Hanif Zainol (gambar), dalam satu kenyataan memaklumkan bahawa beliau bersama barisan ahli jawatankuasa akan mengambil alih tanggungjawab yang ditinggalkan oleh Ketua AMK Titiwangsa bagi memastikan kelancaran operasi serta kesinambungan gerak kerja organisasi.
Menurut beliau, perubahan tersebut tidak akan menjejaskan kekuatan dan hala tuju AMK Titiwangsa.
"Perubahan ini membawa kepada peralihan kepimpinan di mana saya, bersama ahli jawatankuasa, akan mengambil alih tanggungjawab untuk memastikan kelancaran operasi dan kesinambungan gerak kerja di cabang ini," katanya.
Pada masa sama, beliau menegaskan komitmen AMK Titiwangsa kekal utuh bersama kepimpinan KEADILAN dan kerajaan.
"Kami kekal bersama Datuk Seri Anwar Ibrahim dan akan terus memberi sokongan kepada Parti Keadilan Rakyat," ujarnya.
Amirul turut menegaskan bahawa fokus gerak kerja akan terus diperkukuh, khususnya dalam mendekati golongan muda di kawasan Titiwangsa menuju Pilihan Raya Umum yang dijangka dalam pada hujung tahun ini atau tahun hadapan.
"Langkah ini tidak akan menjejaskan fokus kami. Sebaliknya, kami akan terus memperkukuh jalinan dengan masyarakat, khususnya golongan muda di Titiwangsa, demi memastikan KEADILAN terus relevan dan berpengaruh," katanya lagi.




Comments