top of page

Berita


Tingkat sokongan masyarakat India, Melayu - Amirudin
KEADILAN perlu berdepan realiti penurunan sokongan dalam kalangan masyarakat India dan Melayu di sesetengah kawasan, susulan perubahan pola pengundian yang ketara berbanding pilihan raya sebelum ini. Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amirudin Shaari, berkata data yang dibentangkan menunjukkan sokongan masyarakat India kepada Pakatan Harapan (PH) yang sebelum ini melebihi 70 peratus kini merosot kepada kurang daripada 45 peratus. Beliau berkata, keadaan lebih mencabar dalam k

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Jentera pilihanraya diperkukuh, runtuhkan tembok politik perkauman
KEADILAN akan memperkukuh jentera pilihanraya dengan Jawatankuasa Pilihan Raya Parti (JPRP) diarahkan melengkapkan pasukan dalam tempoh dua minggu sebelum gerak kerja diperluaskan ke Kedah dan Perlis. Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Amiruddin Shaari (gambar) berkata, langkah itu penting bagi memastikan parti bersedia menghadapi medan pilihan raya selain melengkapkan agenda Reformasi yang diperjuangkan parti. "Jawatankuasa pilihan raya akan lengkapkan dalam tempoh dua mingg

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Penerangan isu kejayaan kerajaan perlu sampai ke setiap rumah
Penerangan mengenai dasar, inisiatif dan kejayaan Kerajaan MADANI perlu digerakkan secara berterusan sehingga sampai ke setiap keluarga dan setiap rumah, kata Naib Presiden KEADILAN, Datuk Seri Ramanan Ramakrishnan (gambar). Beliau berkata, setiap perwakilan dan anggota parti perlu memainkan peranan menggunakan media sosial untuk menyampaikan maklumat berasaskan fakta mengenai usaha kerajaan kepada rakyat. "Setiap perwakilan yang ada dalam dewan ini mempunyai akaun media sosi

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


'M'sia kembali dihormati dunia, mansuh AUKU tanda reformasi total dilaksanakan'
Malaysia kini kembali mendapat penghormatan dan keyakinan di peringkat antarabangsa selepas empat tahun diterajui Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim, kata Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar). Beliau berkata, pencapaian itu amat membanggakan selepas Malaysia sebelum ini terpalit dengan skandal kewangan berskala besar 1Malaysia Development Bhd yang menjejaskan reputasi negara di mata dunia. "Empat tahun nega

Suara Keadilan
Aug 163 min read


KEADILAN perlu dekati ‘ekonomi perut’ rakyat, bukan sekadar ‘ekonomi periuk’
KEADILAN perlu memperkukuh komunikasi dan penerangan kepada rakyat dengan memberi tumpuan kepada isu yang benar-benar dirasai dalam kehidupan seharian, bukan sekadar membentangkan pencapaian ekonomi dalam bentuk angka makro, kata Ketua Penerangan KEADILAN, Datuk Seri Fahmi Fadzil (gambar). Beliau berkata, teguran yang diterimanya selepas pembentangan usul pada Kongres Nasional KEADILAN 2026 menjadi dorongan untuk beliau memperbaiki kelemahan dari aspek penyampaian dan komunik

Suara Keadilan
Aug 163 min read


Mansuh AUKU: PM sedar akta lapuk menghambat reformasi anak muda
Cadangan kerajaan untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) serta menggantikannya dengan akta baharu merupakan langkah positif kerana mampu membuka ruang demokrasi yang lebih luas kepada generasi muda, khususnya mahasiswa. Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Abdul Karim (gambar) berkata, pengumuman Perdana Menteri merangkap Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengenai pemansuhan AUKU pada Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka semalam wajar disoko

Suara Keadilan
Aug 162 min read


Intuitive Surgical pilih Malaysia, kejayaan tarik pelaburan RM2 bilion di P Pinang
Syarikat robotik perubatan terkemuka dunia, Intuitive Surgical, memilih Malaysia sebagai lokasi kemudahan pengeluaran utama mereka di luar Amerika Syarikat dan China dengan pelaburan sebanyak RM2 bilion. Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin (gambar) berkata, pelaburan itu akan dilaksanakan secara berperingkat dalam tempoh lima tahun dan membabitkan pembinaan kemudahan bertaraf dunia di Pulau Pinang. Beliau berkata, kejayaan membawa pelabur

Redzuan Shamsudin
Aug 162 min read


Pemansuhan AUKU bukti agenda reformasi terus berjalan
Keputusan kerajaan memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) membuktikan agenda reformasi yang diperjuangkan bukan sekadar slogan politik, sebaliknya diterjemahkan melalui tindakan. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) berkata, pemansuhan akta itu memberi ruang lebih luas kepada mahasiswa untuk bersuara, berbeza pandangan serta terlibat dalam perbincangan mengenai masa depan negara. "Saya menyambut baik pengumuman Perdana Menteri

Suara Keadilan
Aug 161 min read


Rakyat tidak patut jadi mangsa percaturan politik sempit - Siti Aishah
Siti Aishah Shaik Ismail. Foto arkib Masa depan rakyat tidak sepatutnya dijadikan cagaran dalam percaturan politik sempit yang hanya berorientasikan kemenangan pilihanraya. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail menegaskan bahawa budaya politik identiti yang memangsakan rakyat perlu ditolak sepenuhnya dari pentas politik negara. "Kita menolak politik seperti ini. Rakyat bukan barang dagangan politik, alat mendapatkan kuasa. "Politik sepatutnya men

Suara Keadilan
Aug 161 min read


KKM kaji insentif baharu, kebenaran lokum tangani penghijrahan pakar
Kementerian Kesihatan (KKM) sedang melaksana penelitian terhadap struktur ganjaran dan insentif baharu bagi mengekalkan pakar dalam sektor kesihatan awam. Menteri Kesihatan, Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad (gambar) berkata, KKM turut menggalakkan pembangunan profesional dan mengkaji kelonggaran sedia ada untuk melanjutkan tempoh untuk pakar kesihatan awam menjalankan tugas lokum di fasiliti swasta. "Kita tidak boleh berjanji, tetapi kita sedang melihat kemungkinan untuk member

Suara Keadilan
Aug 161 min read


Pemansuhan AUKU permulaan reformasi kampus - ABIM
Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik langkah pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka semalam. Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (gambar) berkata, langkah itu bakal membuka ruang kepada pembaharuan kerangka pendidikan tinggi negara. "Bagi ABIM, cabaran selepas AUKU bukan sekadar membuka lebih banyak ruang kepada mahasiswa tetapi membi

Azuan Ab Rahman
Aug 161 min read


KEADILAN ambil perhatian setiap teguran, pandangan akar umbi
Datuk Fahmi Fadzil. Kredit foto, Bernama Parti KEADILAN akan mengambil perhatian kepada teguran dan pandangan disuarakan akar umbi pada Kongress Nasional 2026 yang berlangsung di Melaka. Ketua Penerangan parti, Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, teguran termasuk tindakan memperkasa strategi komunikasi parti dianggap penting bagi memastikan jentera parti bergerak lebih mantap sekaligus menambah baik cara menyampaikan maklumat kepada rakyat. "Banyak teguran dan perkara yang perlu

Suara Keadilan
Aug 161 min read


Sejarah parti, perang lawan rasuah isyarat KEADILAN bangkit semula – Azman
Datuk Azman Abidin. Gambar arkib KEADILAN pernah berada pada tahap paling rendah dalam sejarah perjuangan parti apabila hanya memenangi satu kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum 2004, namun berjaya bangkit semula sehingga memimpin Kerajaan Pusat, kata Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin. Beliau berkata, perkara itu antara mesej penting yang disampaikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ucapan dasar pada Kongres Nasional KEADILAN 202

Suara Keadilan
Aug 161 min read


Reformasi tidak boleh berhenti selepas jadi kerajaan — Dr Suhaimi
Amanat Presiden KEADILAN merupakan ucapan penuh fakta dan petunjuk reformasi Kerajaan Persekutuan Reformasi tidak boleh terhenti selepas KEADILAN menjadi sebahagian daripada Kerajaan Persekutuan, malah tanggungjawab yang dipikul menjadi lebih besar dalam memastikan negara ditadbir dengan baik, kata Ketua Penerangan KEADILAN Pahang, Datuk Dr Suhaimi Ibrahim. Beliau berkata perkara itu merupakan antara amanat jelas Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam ucapan dasar

Suara Keadilan
Aug 162 min read


Agenda Orang Asli wajib jadi agenda Cabang KEADILAN
Kampung Orang Asli yang berada dalam kawasan setiap cabang KEADILAN wajib dijadikan sebahagian daripada agenda kerja parti sepanjang masa dan bukan hanya diberi perhatian ketika musim pilihanraya. Pembahas Orang Asli pada Kongres Nasional KEADILAN Hazli Rani (gambar), berkata hubungan dengan masyarakat Orang Asli perlu dibina secara berterusan dengan memahami keperluan mereka termasuk isu tanah adat, pendidikan, perumahan, ekonomi, kesihatan dan kebajikan. Beliau berkata Oran

Sidiqin Omar
Aug 153 min read


Jangan lawan politik identiti dengan politik identiti - Junaidah
KEADILAN tidak seharusnya terperangkap dalam permainan politik identiti dengan membalas politik kaum, agama dan ketakutan menggunakan pendekatan sama, kata Pembahas Sabah, Junaidah Makku (gambar). Berucap pada Kongres Nasional KEADILAN dalam perbahasan Usul Politik: Wanita Borneo - Mendepani Masa, Pemacu Perubahan, beliau berkata parti perlu berdepan dengan politik sedemikian menerusi prestasi, fakta dan keadilan. "Kita jangan lawan politik dengan politik identiti. Kita janga

Sidiqin Omar
Aug 152 min read


Jangan tunggu PRU, bina hubungan parti dengan kerajaan dari sekarang
KEADILAN tidak boleh menunggu sehingga Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang untuk membina hubungan antara struktur parti dengan kerajaan, sebaliknya jaringan itu perlu diperkukuh mulai sekarang. Pembahas Pahang, Hilmy Yakap (gambar) berkata hubungan yang kukuh antara cabang, Majlis Pimpinan Negeri (MPN) dan agensi kerajaan penting bagi memastikan dasar serta program kerajaan MADANI dapat disampaikan secara berkesan hingga ke akar umbi. Beliau berkata, masih terdapat ketua caba

Sidiqin Omar
Aug 153 min read


Mansuh AUKU: Perjuangan panjang mahasiswa menemui noktah
Penentangan mahasiswa selama lima dekad terhadap AUKU akhirnya mencapai kejayaan. Kredit foto: FMT Mahasiswa KEADILAN Malaysia (MKM) menyambut dengan penuh rasa syukur dan bangga keputusan Kerajaan MADANI untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), yang disifatkan sebagai kemenangan penting dalam perjuangan mahasiswa negara selama lebih lima dekad. Timbalan Pengerusi MKM, Johan Iskandar berkata pemansuhan AUKU bukan sekadar penghapusan sebuah undang-un

Redzuan Shamsudin
Aug 153 min read


Pemansuhan AUKU, universiti dikembalikan kepada mahasiswa - AMK
Pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk memansuhkan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU), disambut baik dan dilihat sebagai langkah penting menghidupkan semula kebebasan serta jiwa reformasi dalam kalangan mahasiswa. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata keputusan berkenaan bukan sekadar perubahan pentadbiran, sebaliknya kemenangan penting dalam perjalanan panjang gerakan mahasiswa Malaysia yang selama p

Suara Keadilan
Aug 152 min read


Siasat dakwaan guna ibadah haji raih sokongan politik - Mahfuz
Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar (gambar) menegaskan Tabung Haji (TH) tidak sepatutnya dijadikan alat untuk mendapatkan sokongan politik, susulan dakwaan mengenai penggunaan kemudahan berkaitan institusi itu dalam pemilihan Ketua Umno Bahagian Jerai. Beliau berkata pendedahan Ahli Parlimen Langkawi di Dewan Rakyat mengenai dakwaan berkenaan merupakan perkara serius yang perlu dijawab berdasarkan fakta, rekod dan siasatan, bukannya melalui kemarahan atau re

Suara Keadilan
Aug 152 min read
bottom of page
