top of page

Pemansuhan AUKU permulaan reformasi kampus - ABIM

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • Aug 16
  • 1 min read

Angkatan Belia Islam Malaysia (ABIM) menyambut baik langkah pemansuhan Akta Universiti dan Kolej Universiti 1971 (AUKU) seperti diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka semalam.


Presidennya, Ahmad Fahmi Mohd Samsudin (gambar) berkata, langkah itu bakal membuka ruang kepada pembaharuan kerangka pendidikan tinggi negara.


"Bagi ABIM, cabaran selepas AUKU bukan sekadar membuka lebih banyak ruang kepada mahasiswa tetapi membina generasi yang mampu mengisinya dengan ilmu, keberanian intelektual, kematangan dan tanggungjawab.


"Persoalan hari ini bukan sekadar mengenai pemansuhan sebuah akta, tetapi tentang bentuk ekosistem pendidikan tinggi yang mahu dibina selepas AUKU.


"Pemansuhan AUKU harus menjadi permulaan, bukan noktah reformasi pendidikan tinggi. Kampus yang merdeka harus melahirkan jiwa yang merdeka, dipandu oleh ilmu, adab dan tanggungjawab," katanya dalam kenyataan.


Menerusi kenyataan sama beliau menegaskan, perubahan undang-undang perlu disertai pembinaan budaya kampus yang menggalakkan mahasiswa berfikir, berbahas, berorganisasi dan menyumbang kepada masyarakat


Justeru , pembentukan kerangka pasca-AUKU wajar mengimbangi kebebasan akademik dan hak mahasiswa sekaligus mengelakkan kepincangan pentadbiran mahupun kekosongan perundangan.


"Universiti yang merdeka bukan universiti tanpa aturan, tetapi universiti yang ditadbir dengan baik sambil menjamin percambahan ilmu dan kematangan warganya.


"Reformasi ini juga perlu dilihat dalam konteks keseluruhan kerangka perundangan pendidikan tinggi," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page