top of page

Sejarah parti, perang lawan rasuah isyarat KEADILAN bangkit semula – Azman

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 56 minutes ago
  • 1 min read
Datuk Azman Abidin. Gambar arkib
Datuk Azman Abidin. Gambar arkib

KEADILAN pernah berada pada tahap paling rendah dalam sejarah perjuangan parti apabila hanya memenangi satu kerusi parlimen pada Pilihan Raya Umum 2004, namun berjaya bangkit semula sehingga memimpin Kerajaan Pusat, kata Pengerusi KEADILAN Wilayah Persekutuan, Datuk Azman Abidin.


Beliau berkata, perkara itu antara mesej penting yang disampaikan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menerusi ucapan dasar pada Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka, khususnya dalam menyuntik semula semangat dan keyakinan anggota parti terhadap kesinambungan perjuangan.


"Presiden dalam ucapan dasar sentuh kesinambungan perjuangan dan hala tuju parti. Beliau juga menyuntik semula semangat bahawa parti pernah berada pada tahap paling rendah suatu ketika dahulu, hanya menang satu kerusi dan bangkit semula," katanya ketika ditemui selepas ucapan dasar presiden di Kongres Nasional KEADILAN 2026, semalam.


Menurut Azman, peringatan terhadap sejarah perjuangan itu penting bagi memastikan anggota KEADILAN tidak mudah berpuas hati dengan kedudukan parti ketika ini, sebaliknya terus memperkukuh perjuangan dan agenda reformasi.


Dalam pada itu, beliau berkata ucapan dasar Presiden turut menyentuh isu Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) Tabung Haji yang mendapati wujud salah laku dan penyelewengan yang perlu diberikan perhatian serius.


"Dia juga menyentuh tentang RCI Tabung Haji yang menyatakan bahawa salah laku berlaku, penyelewengan berlaku dan isyarat beliau beri bahawa selepas ini akan ada lagi siasatan terhadap agensi kerajaan lain yang terpalit dengan masalah," katanya.


Azman berkata, kenyataan itu menunjukkan komitmen kepimpinan KEADILAN untuk memastikan prinsip tatakelola baik, integriti dan akauntabiliti terus menjadi asas dalam pentadbiran negara.


Beliau berkata usaha membanteras salah laku dan penyelewengan tidak seharusnya terhenti pada mana-mana satu institusi, sebaliknya perlu diteruskan sekiranya terdapat agensi kerajaan yang mempunyai isu berkaitan pengurusan dan tadbir urus.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page