top of page

Berita


SEKPUR mahu ajaran sesat diambil tindakan, pantau sebarang aktiviti
Sekretariat Gerak Gempur Media Sosial Rakyat (SEKPUR) menggesa pemimpin tertinggi negara ini campur tangan bagi memastikan tiada ruang diberikan kepada mana-mana ajaran sesat untuk bergerak bebas secara berkumpulan demi memelihara kedaulatan Islam sebagai agama Persekutuan. Pengerusi Biro Politik SEKPUR, Shahbudin Embun (gambar) berkata, pihaknya memandang serius dan menzahirkan kebimbangan yang mendalam berhubung dakwaan penganjuran perhimpunan oleh pengikut ajaran Qadiani

Akmal Manaf
May 222 min read


Pilih haluan berbeza: Contohi Razeef Rakimin tidak hentam KEADILAN
Meskipun memilih haluan berbeza dalam perjuangan politik, mantan Ketua Cabang KEADILAN Tuaran, Sabah, Razeef Rakimin dipuji kerana mengambil pendekatan matang dan profesional selepas membuat keputusan meninggalkan parti. Ahli Dewan Negeri (ADN) Kajang, David Cheong Kian Young (gambar) berkata, dalam landskap politik hari ini, amat jarang dilihat seorang pemimpin yang memilih untuk tidak menyerang atau membuka aib pihak lain walaupun berbeza haluan. "Razeef membuktikan bahawa

Akmal Manaf
May 222 min read


Teguran Raja perlu didekati dengan hikmah, hormat Perlembagaan — Sivamalar
Semua pihak termasuk pemimpin politik diingatkan supaya berhati-hati dan berimbang dalam membicarakan isu berkaitan Rukun Negara, Perlembagaan Persekutuan dan Institusi Raja-Raja Melayu demi menjaga keharmonian negara. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Sivamalar Genapathy berkata, perbahasan berkaitan asas kenegaraan tidak boleh dilihat hanya daripada sudut politik tertentu. Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan pemimpin DAP, Tony Pua berkaitan isu melibatkan R

Redzuan Shamsudin
May 222 min read


Jangan pilih-pilih setia pertahan raja, agama demi kepentingan politik - MB
Semua pihak termasuk pembangkang digesa menghentikan amalan setia berpilih-pilih dalam mempertahankan Raja, agama dan bangsa hanya apabila menguntungkan kedudukan politik mereka. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) memberi peringatan itu terhadap sesetengah pihak yang menurutnya mengabaikan kesetiaan kepada institusi diraja apabila tidak memihak kepada kepentingan puak mereka sendiri. "Golongan sama membisu serta menikus kerana politik ketika pihak luar

Azuan Ab Rahman
May 221 min read


Dakwaan AMK Cabang Pandan terbubar tidak tepat - Khairul Naim
Tindakan segelintir pihak mengisytiharkan sesuatu cabang sebagai “terbubar” tanpa asas tafsiran peraturan yang jelas adalah tindakan tidak bertanggungjawab. Ketua Biro Guaman dan Aduan Awam Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Khairul Naim Rafidi (gambar) dalam satu kenyataan berkata, tindakan tersebut hanya berpotensi mengelirukan anggota akar umbi serta membina persepsi yang tidak tepat terhadap organisasi parti. "Saya mengambil maklum laporan media berhubung peletakan jawatan beb

Azuan Ab Rahman
May 222 min read


Kesemua rakyat Malaysia GSF 2.0 diculik Israel dijangka pulang tidak lama lagi
Kesemua 29 rakyat Malaysia yang diculik rejim Zionis Israel ketika menjalankan misi Global Sumud Flotila (GSF) dijangka dibawa pulang tidak lama lagi. Jurucakap kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata, usaha diplomatik antara Malaysia dan Turkiye sudah dimulakan bagi tujuan itu dan beliau dimaklumkan bahawa kerajaan Turkiye sudah menghantar tiga pesawat ke Israel bagi membawa keluar semua individu yang ditahan termasuk rakyat Malaysia. "Ini telah diusahakan be

Suara Keadilan
May 221 min read


Jangan main 'dua kolam' politik dalam satu masa
Kehadiran enam Ahli Parlimen KEADILAN ke peluncuran Parti Bersama baru-baru ini tidak lagi boleh dianggap sebagai satu kebetulan atau sekadar memenuhi jemputan biasa, sebaliknya perlu dilihat sebagai isyarat sokongan terhadap parti tersebut. Timbalan Setiausaha Wanita KEADILAN, Noraziah Mohd Razit (gambar) mempersoalkan kesetian Ahli Parlimen terbabit yang lebih memilih ke pelancaran parti baharu itu berbanding hadir ke Konvensyen Pakatan Harapan (PH) 2026 di Johor Bahru yang

Azuan Ab Rahman
May 221 min read


Kerajaan peruntukan RM20 Juta naik taraf laluan motosikal Klang - Petaling
Laluan yang dibina sejak berdekad lalu kini dicat dan diturap baharu meningkatkan aspek keselamatan Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan RM20 juta bagi melaksanakan projek naik taraf lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan (FT002) melibatkan laluan dua hala sepanjang 48 kilometer meliputi kawasan Klang dan Petaling. Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek menerusi Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu bertujuan meningkatkan aspe

Suara Keadilan
May 221 min read


Ketua AMK Tuaran kekal di medan perjuangan, meskipun KC berundur
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Cabang Tuaran, Arief Hambali J Indan (gambar) menegaskan beliau kekal bersama KEADILAN dan akan meneruskan perjuangan seperti biasa demi prinsip, amanah dan tanggungjawab yang telah diberikan. Beliau berkata, perjuangan yang sedang dilalui masih belum selesai dan amanah yang dipikul akan terus dilaksanakan dengan penuh komitmen. "Dengan ini saya ingin menegaskan bahawa saya kekal bersama Parti Keadilan Rakyat dan akan terus meneruskan perjua

Akmal Manaf
May 211 min read


Jasa pelopor Rukun Tetangga terus dikenang — Yuneswaran
Yuneswaran ( tengah) menziarahi keluarga mendiang Karthi Palanisamy baru baru ini Jasa tokoh awal yang terlibat dalam penubuhan Rukun Tetangga pertama di Malaysia terus dikenang sebagai asas penting pembinaan perpaduan dan keharmonian masyarakat negara ini. Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj berkata, penghargaan perlu diberikan kepada individu dan keluarga mendiang yang banyak menyumbang kepada pembangunan semangat kejiranan sejak awal penubuhan Rukun Tetan

Redzuan Shamsudin
May 212 min read


Enam Ahli Parlimen keluar parti atau berdepan tindakan disiplin - Wanita KEADILAN
Wanita KEADILAN Pusat mendesak enam Ahli Parlimen parti itu menghentikan segera sebarang gerakan politik yang disifatkan sebagai “bermain dua kolam” atau berdepan tindakan disiplin tegas daripada parti. Setiausaha Wanita KEADILAN, Sangetha Jayakumar (gambar) berkata, kesetiaan kepada prinsip perjuangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) dan agenda Reformasi tidak boleh dikompromi oleh mana-mana pimpinan atau ahli parti yang telah diberi mandat oleh rakyat atas tiket parti. "Wan

Suara Keadilan
May 212 min read


Budaya anak muda: Semakin kurang membaca, tular, popular penentu sokongan
Budaya penulisan, pertukaran idea dan perkembangan gagasan dalam media alternatif menjadi antara faktor utama yang menggerakkan kebangkitan anak muda ketika era reformasi, kata Setiausaha Majlis Pimpinan KEADILAN Pahang, Zukri Aksah. Menurut beliau, generasi muda pada era awal reformasi banyak dipengaruhi oleh budaya membaca dan perbahasan idea melalui internet, laman web dan blog yang menjadi medium penting ketika itu. "Yang menggerakkan kebangkitan anak muda di zaman reform

Sidiqin Omar
May 212 min read


KEADILAN Pandan tidak terjejas jika ada keluar parti - Ketua AMK
Gerak kerja dan perjuangan parti KEADILAN tidak akan terhenti hanya kerana tindakan segelintir pihak meninggalkan parti itu. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) cabang Pandan, Mohd Ifwat Amir Hamirudin (gambar) menyatakan perkara itu menerusi satu kenyataan dikongsikan di laman Facebooknya sebagai mengulas situasi politik semasa. "AMK Pandan ambil maklum kemungkinan terdapat beberapa pimpinan AMK Cabang yang akan membuat keputusan untuk meninggalkan parti dalam masa terdekat.

Azuan Ab Rahman
May 211 min read


Tiada Pilihan Raya Kecil di Parlimen Pandan, Setiawangsa — SPR
Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Parlimen P.100 Pandan dan P.118 Setiawangsa susulan kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi tersebut. SPR dalam kenyataan memaklumkan telah menerima surat pemakluman daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertarikh 20 Mei 2026 berhubung status kekosongan luar jangka itu selepas kedua-dua kerusi diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan. Pengerusi

Suara Keadilan
May 211 min read


'Minta penjelasan mengenai dana asing bukan satu serangan'
Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Pravin Murali (gambar) menyifatkan usaha menuntut penjelasan terhadap isu berkepentingan awam sebagai sebahagian daripada tanggungjawab demokrasi yang tidak wajar dilihat sebagai satu bentuk ancaman atau serangan politik. Beliau berkata, pihaknya tidak pernah menolak peranan masyarakat umum dalam sebuah negara demokrasi malah, masyarakat mempunyai tempat yang penting dalam memperkukuh semak imbang, kebebasan bersuara dalam pem

Akmal Manaf
May 212 min read


PH Selangor perkemas gerak kerja, pastikan sokongan rakyat kekal utuh
Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) yakin kekuatan akar umbi dan semangat perjuangan rakyat akan terus menjadi tunjang untuk gabungan itu kekal relevan dan bertahan dalam lanskap politik negara. Tegasnya, pengalaman panjang membina PH sejak puluhan tahun lalu memberi kelebihan besar melalui jaringan akar umbi yang kukuh di seluruh negara. "Kita percaya dengan pengalaman puluhan tahun Pakatan Harapan, kita mempunyai jaringan dan kekuatan akar

Suara Keadilan
May 211 min read


Fitnah tukar status tanah, Hannah Yeoh pertimbang tindakan mahkamah
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Wilayah Persekutuan), Hannah Yeoh (gambar) tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan mahkamah terhadap pihak yang didakwa memfitnahnya berhubung isu penukaran status tanah di Taman Segar, Cheras. Ahli Parlimen Segambut itu menegaskan, dakwaan kononnya beliau terbabit menukar status daripada pajakan kepada pegangan bebas dalam tempoh singkat adalah tidak berasas dan fitnah. Lebih membimbangkan jelasnya, pihak terbabit dilihat sengaja memai

Suara Keadilan
May 211 min read


Global Sumud: ADALAH peguam kepada 29 rakyat Malaysia diculik tentera Israel
Pusat Kawalan Sumud Nusantara (SNCC) kini terputus hubungan sepenuhnya dengan semua delegasi Global Sumud Flotilla dan rakyat Malaysia selepas mereka ditahan rejim zionis di laut antarabangsa. Ketua Pengarah SNCC, Datuk Dr Sani Araby Abdul Alim Araby berkata, berdasarkan prosedur operasi standard (SOP) yang dilatih sebelum misi bermula, semua peserta diminta membuang telefon bimbit masing-masing apabila berdepan situasi genting bagi mengelakkan data peribadi dan dokumen penti

Suara Keadilan
May 211 min read


PH Negeri Sembilan sedia hadapi PRN bila-bila masa
Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun (gambar) memaklumkan pihaknya bersedia menghadapi kemungkinan Pilihan Raya Negeri (PRN) pada bila-bila masa termasuk serentak dengan PRN Melaka dan Johor. Menurutnya, semua persiapan dan pertimbangan berkaitan hal tersebut sentiasa diberi perhatian, mengambil kira tempoh penggal Dewan Undangan Negeri (DUN) yang semakin menghampiri tempoh penggal pemerintahan. "Negeri Sembilan masih mempunyai tempoh seh

Suara Keadilan
May 211 min read


AMK mahu semua pihak menghayati plak Rukun Negara dibina Sultan Selangor
Pembinaan Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor menjadi simbol penting bahawa perpaduan negara lahir daripada kefahaman terhadap sejarah, Perlembagaan, adab dan rasa hormat kepada Institusi Raja yang menjadi payung penyatuan rakyat. Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Nabil Halimi (gambar) berkata, dalam negara majmuk seperti Malaysia, semangat Rukun Negara menuntut masyarakat meraikan kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dengan penuh kematangan dan tol

Akmal Manaf
May 201 min read
bottom of page
