top of page

Kerajaan peruntukan RM20 Juta naik taraf laluan motosikal Klang - Petaling

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 3 days ago
  • 1 min read
Laluan yang dibina sejak berdekad lalu kini dicat dan diturap baharu meningkatkan aspek keselamatan
Laluan yang dibina sejak berdekad lalu kini dicat dan diturap baharu meningkatkan aspek keselamatan

Kerajaan MADANI meluluskan peruntukan RM20 juta bagi melaksanakan projek naik taraf lorong motosikal di Lebuhraya Persekutuan (FT002) melibatkan laluan dua hala sepanjang 48 kilometer meliputi kawasan Klang dan Petaling.


Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, projek menerusi Rolling Plan 5, Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) itu bertujuan meningkatkan aspek keselamatan dan keselesaan penunggang motosikal yang menggunakan laluan laluan utama penunggang motosikal setiap hari itu.


"Kementerian Ekonomi telah meluluskan peruntukan berjumlah RM20 juta bagi pelaksanaan projek ini yang kini sedang dilaksanakan oleh JKR Selangor," katanya dipetik.


Alexander sebelumnya meninjau Projek Naik Taraf Lorong Motosikal di Lebuhraya Persekutuan bersama JKR Malaysia di Shah Alam.


Turut hadir ialah Exco Infrastruktur Negeri Selangor disandang oleh Datuk Ir Izham bin Hashim dan Ahli Parlimen Shah Alam, Azli Yusof.


Sementara itu menurutnya, skop kerja yang dilaksanakan termasuk membaik pulih permukaan jalan, menaik taraf sistem saliran, membaiki kawasan terowong, mengganti penghadang jalan serta kerja mencantas dan menebang pokok di laluan terlibat.


Selain itu ia turut membabitkan penambahbaikan papan tanda amaran dan papan tanda destinasi di samping meningkatkan tahap keselamatan pengguna lorong motosikal berkenaan.


"Projek turut melibatkan pembinaan tempat berteduh untuk penunggang motosikal serta pemasangan lampu jalan jenis Integrated Solar LED (ISLED), khususnya di kawasan gelap dan berisiko pada waktu malam.


"Projek telah bermula sejak tahun lalu dan dijangka siap pada Ogos tahun ini," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page