top of page

'Aspirasi Melaka Rumah Kita': Tawar proses mohon pajakan tanah lebih lega

Writer: Suara Keadilan
Suara Keadilan
14 minutes ago
1 min read

Pakatan Harapan (PH) Melaka mengemukakan tawaran komprehensif menerusi manifesto 'Aspirasi Melaka Rumah Kita' dengan mencadangkan supaya pemilik tanah dibenarkan memohon lanjutan tempoh pajakan lebih awal.


Pengerusi PH Melaka, Adly Zahari (gambar) berkata, cadangan bagi membenarkan pemilik mengemuka permohonan baharu tanpa perlu menunggu sehingga baki pajakan kurang daripada 10 tahun itu bertujuan memberi lebih kepastian kepada pemilikan tanah.


"PH mengemukakan cadangan membenarkan lanjutan tempoh pajakan lebih awal tanpa perlu menunggu baki pajakan kurang daripada 10 tahun," katanya pada sidang media di Bilik Gerakan PH di Ayer Keroh pada Rabu.


Sidang media berkenaan turut dihadiri Pengerusi DAP Melaka, Khoo Poay Tiong, calon PH DUN Duyong, Poo Long Suan, serta calon DUN Tanjung Bidara, Mohd Yunazri Mustamiri.


Adly sementara itu berkata, PH turut bercadang memanfaatkan semula tanah terbiar secara optimum bagi kegiatan ekonomi, pertanian moden dan keterjaminan makanan.


Langkah itu berupaya meningkatkan pengeluaran makanan dan membuka peluang pendapatan baharu kepada penduduk tempatan.


Manifesto 'Aspirasi Melaka Rumah Kita' dilancarkan pada Selasa dengan mengemukakan tiga teras utama dan 12 aspirasi.


Tiga teras tersebut merangkumi usaha menggerakkan Melaka sebagai Negeri Pintar, cadangan 30 peratus kontrak kerja Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) diperuntukkan kepada golongan belia dan beliawanis dan menjadikan Melaka sebagai destinasi pelancongan yang lebih berdaya saing di peringkat antarabangsa.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page