top of page

CSA dajal: Pas dibidas manipulasi agama serang lawan

Writer: Azuan Ab Rahman
Azuan Ab Rahman
2 minutes ago
1 min read

Semua parti politik digesa agar tidak memanipulasi sentimen agama untuk menyerang atau mempertikaikan strategi pihak lain, terutama dalam perbahasan berkaitan instrumen demokrasi berparlimen.


Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sabah, Mustapha Sakmud berkata, sebarang tindakan yang mengaitkan instrumen demokrasi seperti Perjanjian Keyakinan dan Perbekalan (CSA) dengan watak seperti Dajal hanya akan mengelirukan masyarakat.


"Apakah apabila hujah politik tidak lagi mencukupi, istilah akhir zaman pula perlu dijadikan senjata?


"CSA boleh dibahaskan secara rasional dalam kerangka demokrasi berparlimen tanpa perlu mengheret sentimen agama untuk memburukkan pihak yang berbeza pandangan," katanya dalam kenyataan.


Mustapha yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Sabah dan Sarawak) berkata begitu sambil mempersoal kewajaran kenyataan Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang melabelkan CSA secara negatif sehingga dikaitkan dengan unsur keagamaan.


Menerusi kenyataan sama beliau turut mempersoalkan pendirian PAS yang mengkritik pendekatan CSA, sedangkan instrumen sama pernah dilaksanakan ketika parti itu berada dalam kerajaan Persekutuan sebelum ini.


Mustapha turut memberi amaran budaya melabel sesama Muslim dengan gambaran seburuk itu hanya kerana berbeza pendirian politik amat janggal dan sukar diterima terutama rakyat Sabah.


"Kepelbagaian agama, bangsa dan latar belakang budaya sejak sekian lama menjadi tonggak perpaduan masyarakat majmuk di Sabah.


"Agama sepatutnya menyatukan, bukan memecah-belahkan, dan Sabah tidak perlu diajar tentang perpaduan oleh mereka yang masih gemar melabel sesama sendiri," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page