top of page

Tiada Pilihan Raya Kecil di Parlimen Pandan, Setiawangsa — SPR

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 21
  • 1 min read

Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR) mengesahkan tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) akan diadakan bagi kerusi Parlimen P.100 Pandan dan P.118 Setiawangsa susulan kekosongan luar jangka kedua-dua kerusi tersebut.


SPR dalam kenyataan memaklumkan telah menerima surat pemakluman daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat bertarikh 20 Mei 2026 berhubung status kekosongan luar jangka itu selepas kedua-dua kerusi diisytiharkan kosong di bawah Perkara 51 Perlembagaan Persekutuan.


Pengerusi SPR, Datuk Seri Ramlan Harun berkata, berdasarkan Perkara 54(1) Perlembagaan Persekutuan, Yang di-Pertua Dewan Rakyat telah memaklumkan bahawa tiada keperluan untuk mengisi kekosongan berkenaan.


"Selaras dengan itu, tiada Pilihan Raya Kecil (PRK) Bahagian Pilihan Raya Parlimen P.100 Pandan dan P.118 Setiawangsa akan dijalankan," katanya dalam kenyataan.


Terdahulu, SPR menerima pemakluman rasmi daripada Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Tan Sri Johari Abdul mengenai status kekosongan dua kerusi Parlimen terbabit.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page