PH Selangor perkemas gerak kerja, pastikan sokongan rakyat kekal utuh
- Suara Keadilan

- 48 minutes ago
- 1 min read

Pengerusi Pakatan Harapan Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) yakin kekuatan akar umbi dan semangat perjuangan rakyat akan terus menjadi tunjang untuk gabungan itu kekal relevan dan bertahan dalam lanskap politik negara.
Tegasnya, pengalaman panjang membina PH sejak puluhan tahun lalu memberi kelebihan besar melalui jaringan akar umbi yang kukuh di seluruh negara.
"Kita percaya dengan pengalaman puluhan tahun Pakatan Harapan, kita mempunyai jaringan dan kekuatan akar umbi selain pendekatan strategi yang tepat apabila tiba waktu pilihan raya nanti.
"Sebab itu kita perlu terus bekerja keras, tidak memandang rendah semua aspek dan bersedia menghadapi sebarang kemungkinan," katanya dipetik dalam satu acara di Shah Alam baru-baru ini.
Amirudin yang juga Menteri Besar Selangor sementara itu menegaskan, setiap perkembangan dan dinamika politik semasa perlu diteliti secara menyeluruh tanpa memandang ringan sebarang kemungkinan yang boleh memberi kesan kepada parti.
"Apa pun dinamika politik perlu diteliti semua pimpinan dan kita akan mengambil kira semua aspek tanpa memandang mudah sebarang perkara.
"Baik lawan, kawan ataupun elemen baharu seperti parti yang disertai saudara Rafizi dan Nik Nazmi, kita akan melihat kesannya. Namun pengalaman membangunkan parti bukan sesuatu yang mudah," tambahnya.
Beliau sementara itu berkata, PH Selangor akan terus memperkukuh strategi serta memperkemas gerak kerja menjelang pilihan raya akan datang bagi memastikan keyakinan rakyat kekal utuh.




Comments