top of page

AMK mahu semua pihak menghayati plak Rukun Negara dibina Sultan Selangor

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 6 hours ago
  • 1 min read


Pembinaan Plak Monumen Rukun Negara di Dataran Selangor menjadi simbol penting bahawa perpaduan negara lahir daripada kefahaman terhadap sejarah, Perlembagaan, adab dan rasa hormat kepada Institusi Raja yang menjadi payung penyatuan rakyat.


Naib Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia, Nabil Halimi (gambar) berkata, dalam negara majmuk seperti Malaysia, semangat Rukun Negara menuntut masyarakat meraikan kepelbagaian budaya, agama dan bahasa dengan penuh kematangan dan toleransi.


"Perbezaan kaum tidak boleh dijadikan alasan untuk menyemai kebencian, apatah lagi memainkan sentimen perkauman demi kepentingan politik sempit.


"Malaysia hanya akan terus kuat apabila rakyat menghormati antara satu sama lain, menjaga adab dalam bernegara dan mempertahankan keharmonian yang dibina bersama di bawah naungan Institusi Raja Berperlembagaan.


"Saya menjunjung titah Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Al-Haj yang menyeru agar rakyat, khususnya generasi muda, kembali membaca, memahami dan menghayati prinsip-prinsip Rukun Negara sebagai asas perpaduan negara," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Monumen berkenaan dibina di hadapan Tiang Bendera Negeri Selangor lengkap dengan kemudahan tempat duduk untuk pengunjung itu, dibiayai sepenuhnya oleh baginda sendiri.


Menerusi kenyataan disiarkan di Facebook Selangor Royal Office semalam, baginda juga menyeru kepada semua Ahli Yang Berhormat, wakil rakyat (ADUN) Negeri Selangor untuk datang sendiri ke Dataran Selangor setiap dua kali sebulan dan membaca serta memahami makna Rukun Negara yang tertera pada Plak Monumen tersebut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page