KEADILAN Pandan tidak terjejas jika ada keluar parti - Ketua AMK
- Azuan Ab Rahman

- May 21
- 1 min read

Gerak kerja dan perjuangan parti KEADILAN tidak akan terhenti hanya kerana tindakan segelintir pihak meninggalkan parti itu.
Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) cabang Pandan, Mohd Ifwat Amir Hamirudin (gambar) menyatakan perkara itu menerusi satu kenyataan dikongsikan di laman Facebooknya sebagai mengulas situasi politik semasa.
"AMK Pandan ambil maklum kemungkinan terdapat beberapa pimpinan AMK Cabang yang akan membuat keputusan untuk meninggalkan parti dalam masa terdekat.
"Setiap keputusan individu adalah tanggungjawab masing-masing. Namun, perjuangan Reformasi tidak akan terhenti kerana tindakan mana-mana pihak.
"Perubahan dalam organisasi adalah perkara biasa dalam mana-mana parti politik dan tidak menjejaskan kekuatan asas parti yang dibina atas komitmen anggota serta sokongan rakyat," tegasnya.
Menerusi kenyataan sama beliau menegaskan, gerak kerja parti akan terus berjalan seperti biasa dan fokus mereka kekal kepada memperkukuh organisasi serta menyantuni rakyat.
Dalam masa sama AMK Pandan terus komited mempertahankan Parlimen Pandan dan memperkukuh parti, selari dengan saranan Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.




Comments