top of page

Berita


Pilih haluan berbeza silakan, tetapi jangan cerca tokoh, pejuang reformasi
Ketua Penerangan KEADILAN Sabah, Ahmad Farid Sainuri (gambar), menegur pihak yang ingin menyeberang Parti Bersama Malaysia (Bersama) Wilayah Sabah agar tidak mencerca sejarah perjuangan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, serta tidak bersikap hipokrit. Dalam satu warkah terbuka, beliau menegaskan bahawa Malaysia sebagai sebuah negara demokrasi telah melalui perjalanan panjang, termasuk perjuangan tokoh-tokoh reformasi yang berdepan pelbagai cabaran sebelum mencapai

Suara Keadilan
May 242 min read


Tengku Zafrul rancang jelajah Pandan, Ampang, fahami isu setempat
Penasihat Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Aziz (gambar) memaklumkan beliau merancang untuk turun menjelajah kawasan Parlimen Pandan dan Ampang bagi mendekati rakyat serta memahami isu setempat secara lebih dekat. Menurut beliau, usaha itu penting untuk memastikan kepimpinan parti terus dekat dengan masyarakat dan memahami denyut nadi rakyat di peringkat akar umbi. Tengku Zafrul mengakui dirinya masih baharu di dalam parti, bukan seorang yang sempurna dan mas

Hasbul Ahmad
May 241 min read


PH P Pinang wujud tiga jawatankuasa baharu menuju PRU16
Pengerusi PH P Pinang, Chow Kon Yeow mengumumkan tiga jawatankuasa baharu menuju PRU 16 Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang menambah tiga jawatankuasa baharu sebagai langkah awal memperkukuh kesiapsiagaan parti untuk menghadapi Pilihan Raya Umum ke-16 (PRU16). Pengerusi PH Pulau Pinang Chow Kon Yeow berkata, penubuhan tiga jawatankuasa itu dibuat selepas Mesyuarat Agung Tahunan PH Pulau Pinang 2026 pada Sabtu. Hal itu membabitkan Jawatankuasa Manifesto Pilihanraya yang diketuai

Suara Keadilan
May 241 min read


Tindakan keluar parti Rafizi, Nik Nazmi tidak jejas kekuatan AMK
Proses pengukuhan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berjalan seperti biasa dan tidak terjejas oleh peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad. Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata, pihaknya tekad memberi tumpuan terhadap usaha memperkukuh jentera Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di peringkat akar umbi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Malah menurutnya, rekod pendaftaran parti juga menunjukka

Suara Keadilan
May 241 min read


Pekerja gig tidak lagi terbiar, Kebajikan akan diperkukuhkan - Ramanan
DS Ramanan dalam Majlis Penghargaan Rakan Grab dalam kawasan Parlimen Sungai Buloh Kerajaan MADANI komited memperkukuh kebajikan serta masa depan golongan pekerja gig di negara ini, kata Menteri Sumber Manusia. Datuk Seri R Ramanan berkata, usaha itu dilaksana menerusi pelbagai inisiatif melibatkan perlindungan sosial, peningkatan kemahiran dan pembangunan kerjaya. Tambahnya, antara usaha yang sedang dilaksanakan kerajaan termasuk Pakej Daya Tahan Ekonomi (PACE) yang diumumka

Suara Keadilan
May 241 min read


Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada jip, pikap
Kerajaan MADANI akan menambah baik mekanisme pelaksanaan penyaluran subsidi diesel menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS). Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mei lepas, bersetuju memperluaskan kelayakan kepada jip dan pikap bagi sektor pengangkutan darat barangan di seluruh negara berkuat kuasa 1 Jun ini. Menurutnya, susulan keputusan itu, syarikat sektor pengangkutan darat barangan di

Suara Keadilan
May 241 min read


Realiti baharu politik Malaysia, tiada parti mampu meraih majoriti mutlak
Politik baharu Malaysia pasca Pilihan Raya Umum 2022 memperlihatkan tiada lagi parti politik tunggal yang mampu memenangi majoriti besar di Parlimen, sebaliknya politik gabungan menjadi keperluan dalam landskap politik semasa. Menurut Pengarah Komunikasi UMNO Malaysia, Datuk Lokman Noor Adam, era dominasi satu parti atau gabungan yang mampu menguasai Parlimen dengan majoriti dua pertiga telah berlalu dan ianya tidak lagi relevan. "Fantasi mana-mana parti untuk kembali memenan

Redzuan Shamsudin
May 232 min read


Ziarah Kasih Puteri Wangsa: Dr Zaliha santuni golongan memerlukan
DS Dr Zaliha (kanan) menziarahi salah seorang warga emas yang uzur berkerusi roda Program Ziarah Kasih Puteri Wangsa terus menjadi medium penting dalam menyantuni rakyat apabila Ahli Parlimen Sekijang, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa turun padang bertemu penduduk yang berdepan kesukaran hidup di sekitar kawasan berkenaan. Menurut Dr Zaliha, lawatan tersebut memberi peluang kepadanya mendekati rakyat secara langsung serta memahami keperluan sebenar mereka. "Saya berkesempatan men

Redzuan Shamsudin
May 231 min read


Kaji kerjasama dengan Bersatu: Hakikatnya Pas tidak boleh dibuat kawan - Faiz
Setiausaha Agung AMANAH, Faiz Fadzil (gambar), mendakwa kenyataan terbaharu Presiden Pas, Hj Hadi Awang yang mahu menilai semula kerjasama dengan Bersatu bukanlah sesuatu yang mengejutkan. Dakwa beliau, tindakan Pas itu mungkin merupakan usaha parti berkenaan untuk kembali menjalin kerjasama dengan UMNO, dan bukan sangat berpunca daripada isu melibatkan pemecatan wakil rakyat Bersatu di beberapa negeri sebagaimana dikritik Hj Hadi dalam sidang medianya baru baru ini. "Pas sed

Suara Keadilan
May 232 min read


Dr Zulkifli junjung titah Sultan Selangor, seru rakyat hayati Rukun Negara
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (gambar), menjunjung kasih atas titah dan nasihat yang dizahirkan oleh Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah berhubung kepentingan memelihara keharmonian serta kestabilan dalam kerangka semangat Rukun Negara. Menurut beliau, titah Sultan Selangor itu amat signifikan dalam mengingatkan rakyat mengenai peranan institusi Raja dan kepentingan perpaduan dalam negara. "Saya menginsafi titah Tuanku dan m

Suara Keadilan
May 231 min read


Jika bina hospital mudah, kenapa tidak selesaikan waktu PN memerintah?
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Malaysia mengecam kenyataan Ketua Armada Negeri Selangor yang memperlekehkan Kerajaan Negeri dalam usaha mencari tapak sesuai membina hospital di kawasan maju dan padat penduduk, seperti Petaling Jaya. Naib Ketua AMK Malaysia, Nabil Halimi (gambar), mengingatkan Ketua Armada Selangor, Na’im Brundage supaya tidak mengeluarkan kenyataan yang bersifat simplistik berhubung isu pembinaan hospital, seolah-olah hal itu boleh diselesaikan hanya melalui si

Redzuan Shamsudin
May 232 min read


Sumbangan 33 ekor lembu korban kepada masjid, surau Parlimen Kuantan
Datuk Farhan (tiga dari kiri) menyerahkan mockup lembu korban kepada wakil penerima di Parlimen Kuantan Setiausaha Politik Perdana Menteri, Datuk Ahmad Farhan Fauzi, kelmarin menyampaikan sumbangan 33 ekor lembu korban kepada 33 buah masjid dan surau laksana Jumaat di seluruh Parlimen Kuantan dalam satu majlis penyerahan yang berlangsung di Kuantan. Sumbangan ini bertujuan menyemarakkan lagi pelaksanaan ibadah korban sempena sambutan Hari Raya Aidiladha tahun 2026 yang akan b

Redzuan Shamsudin
May 231 min read


Insiden 'penculikan' rejim Zionis tidak patahkan semangat - Amiruddin
Sukarelawan GSF 2.0 tidak pernah gentar biarpun berhadapan muncung senjata api rejim Israel. Gambar hiasan Tindakan rejim Zionis menahan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia dianggap sebagai sebagai satu bentuk "penculikan”. Ketua Delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, kumpulan aktivis terbabit turut menerima tekanan dan penderaan fizikal ketika ditahan di perairan antarabangsa sebelum dibebaskan. "Kita

Suara Keadilan
May 231 min read


Kongres KEADILAN 2026 hantar isyarat parti kekal teguh - Saifuddin
Kongres Nasional KEADILAN yang dijadual berlangsung di Melaka pada 25 hingga 28 Jun depan disifatkan sebagai pentas penting bagi memperkukuh kesiapsiagaan parti serta menghantar mesej jelas terhadap landskap politik semasa. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) menegaskan, kongres tersebut akan menjadi platform untuk KEADILAN menzahirkan pendirian bahawa parti itu tidak akan tunduk kepada permainan persepsi politik atau tekanan yang boleh mengg

Azuan Ab Rahman
May 231 min read


S'gor negeri pertama di Semenanjung tampung sebahagian kos pengajian pelajar
Kerajaan Selangor tampil sebagai negeri pertama di Semenanjung yang membiayai separuh kos pengajian tinggi anak negeri. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari (gambar) berkata, kos pengajian itu membabitkan pembiayaan kepada pelajar dari negeri itu yang menuntut di Universiti Islam Selangor (UIS) dan Universiti Selangor (UNISEL) serta Pusat Pembangunan Kemahiran Teknikal Selangor (STDC). "Setakat ini, hanya dua negeri mempunyai kemampuan seperti ini. Sarawak menanggung sepe

Suara Keadilan
May 231 min read


N Sembilan fokus kukuh kedudukan hab pelaburan industri halal - MB
DS Aminuddin (empat dari kiri) merasmikan Kilang Mahsuri Food di Nilai Kerajaan Negeri Sembilan mengambil langkah memperkukuh kedudukannya sebagai hab pelaburan industri halal negara, kata Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun. Ditemui pemberita selepas merasmikan Kilang Mahsuri Food di Nilai pada Jumaat beliau berkata, usaha itu akan digerakkan menerusi pembangunan kawasan baharu yang memfokuskan penyelidikan dan pembangunan (R&D) sektor makanan, farmaseutikal dan kosmet

Suara Keadilan
May 231 min read


MADANI Mart: Lebih 200 permohonan buka cawangan diterima
Datuk Dr Fuziah merasmikan MADANI Mart Cawangan Jalan Dato’ Wong Ah Jang, Kuantan sambil disaksikan Exco Pahang, Sim Chon Siang (berbaju biru) Inisiatif MADANI Mart terus mendapat sambutan positif apabila Yayasan MADANI menerima lebih 200 permohonan daripada usahawan di seluruh negara untuk membuka cawangan kedai komuniti berkonsepkan “Harga Rahmah” itu. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Dr Fuziah Salleh berkata lebih 20 pengusaha telah melep

Helmi Mohd Foad
May 222 min read


MCMC perkenal kod baharu lindungi kanak-kanak dalam talian mulai 1 Jun
Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC) hari ini mengumumkan pelaksanaan dua kod baharu di bawah Akta Keselamatan Dalam Talian 2025 (ONSA) dalam usaha memperkukuh perlindungan kanak-kanak dan pengguna rentan di ruang digital. MCMC dalam kenyataan berkata, kedua-dua kod itu akan mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2026 dengan tempoh pelaksanaan munasabah diberikan kepada pemberi perkhidmatan bagi memastikan proses pematuhan dapat diselesaikan secara teratur. Kod Perlin

Helmi Mohd Foad
May 222 min read


Tindakan Israel culik, lepas tembakan ke atas misi Global Sumud Flotilla 2.0 dikecam
Serbuan tentera Israel ke atas anak kapal dan melepaskan tembakan menjadi detik cemas kepada sukarelawan Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan mengecam sekeras-kerasnya tindakan rejim Zionis Israel yang memintas misi kemanusiaan Global Sumud Flotilla 2.0 (GSF 2.0) dan menahan lebih 100 aktivis termasuk rakyat Malaysia di perairan antarabangsa berhampiran Cyprus. Beliau berkata, tindakan terhadap misi bantuan kemanusiaan itu jelas melanggar un

Suara Keadilan
May 221 min read


Pas jangan jadi ‘juara bermusim’, bisu bila pemimpin sendiri biadab pada Sultan
Pas diingatkan agar tidak menjadi “juara bermusim” dalam mempertahankan institusi Raja Melayu. Memilih berdiam diri apabila pemimpin parti itu terlibat tetapi bercakap berdegar degar apabila isu melibatkan pemimpin parti lawan. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) kesal Pas cepat melabel pihak lawan sebagai derhaka apabila isu institusi diraja timbul. Sedangkan, katanya rakyat masih ingati kenyataan Presiden Pas, Hj Hadi Awang yang pernah menyatakan bahawa titah Y

Helmi Mohd Foad
May 222 min read
bottom of page
