top of page

Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi diperluas kepada jip, pikap

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 24
  • 1 min read

Kerajaan MADANI akan menambah baik mekanisme pelaksanaan penyaluran subsidi diesel menerusi Sistem Kawalan Diesel Bersubsidi (SKDS).


Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup Datuk Armizan Mohd Ali berkata, Mesyuarat Jemaah Menteri pada 20 Mei lepas, bersetuju memperluaskan kelayakan kepada jip dan pikap bagi sektor pengangkutan darat barangan di seluruh negara berkuat kuasa 1 Jun ini.


Menurutnya, susulan keputusan itu, syarikat sektor pengangkutan darat barangan di seluruh negara yang memiliki kenderaan jip dan pikap boleh mula membuat pendaftaran SKDS bermula 1 Jun ini," katanya dipetik.


"Kerajaan turut bersetuju memperluaskan manfaat subsidi diesel melalui SKDS kepada kenderaan jip dan pikap yang sebelum ini didaftarkan atas nama individu, tertakluk kepada kelulusan pertukaran pendaftaran kenderaan kepada syarikat.


"Pengguna individu yang terlibat dalam aktiviti pengangkutan darat barangan digalakkan mendaftarkan syarikat atau perniagaan masing-masing dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia, Suruhanjaya Koperasi Malaysia atau pihak berkuasa berkaitan di Sabah dan Sarawak mengikut peruntukan undang-undang negeri.


"Pemohon perlu memenuhi syarat kelayakan lain termasuk memindahkan hak milik kenderaan daripada kategori individu kepada syarikat melalui Jabatan Pengangkutan Jalan," katanya.


Sementara itu beliau turut memaklumkan kerajaan memutuskan untuk melaraskan had kuota tetap SKDS bagi sektor pengangkutan darat barangan sebagai langkah memperkukuh mekanisme kawal selia dan penguatkuasaan bagi mengekang ketirisan subsidi serta penyalahgunaan fleet card.


Setiap fleet card, katanya akan diberikan kuota tetap antara 900 liter hingga 5,000 liter sebulan bergantung kepada had kuota yang ditetapkan untuk 23 jenis kenderaan sektor pengangkutan darat barangan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page