top of page

Insiden 'penculikan' rejim Zionis tidak patahkan semangat - Amiruddin

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read
Sukarelawan GSF 2.0 tidak pernah gentar biarpun berhadapan muncung senjata api rejim Israel. Gambar hiasan
Sukarelawan GSF 2.0 tidak pernah gentar biarpun berhadapan muncung senjata api rejim Israel. Gambar hiasan

Tindakan rejim Zionis menahan aktivis Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, termasuk 29 rakyat Malaysia dianggap sebagai sebagai satu bentuk "penculikan”.


Ketua Delegasi Global Sumud Flotilla (GSF) 2.0, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan, kumpulan aktivis terbabit turut menerima tekanan dan penderaan fizikal ketika ditahan di perairan antarabangsa sebelum dibebaskan.


"Kita rasa syukur kepada Allah SWT mereka dibebaskan walaupun kali ini mereka mendapat penderaan dan tekanan fizikal daripada rejim.


"Mereka ditahan di perairan antarabangsa yang saya anggap ia satu penculikan dibuat oleh rejim (Zionis). Saya kira mereka dalam keadaan terdesak kerana semakin hari semakin ramai peserta datang.


"Insya-Allah kita tidak akan berhenti di sini. Kita akan memastikan mesej ini dapat sampailah apa yang dikata break the silence," katanya dipetik dalam satu sidang media semalam.


Amirudin sementara itu menjangkakan semua aktivis terbabit pulang ke tanah air hujung minggu ini, manakala pegawai Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) sudah berlepas bagi mengurus ketibaan mereka.


Dalam perkembangan berkaitan, beliau juga memaklumkan, pihaknya kini sedang menunggu laporan akhir berkaitan penghantaran 30 kontena bantuan kemanusiaan yang dilepaskan bulan lalu dan dijangka tiba di Gaza dalam masa terdekat.


"Bila sampai saya akan maklumkan ataupun saya akan datang ke sana untuk melihat penyampaiannya," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page