top of page

Tindakan keluar parti Rafizi, Nik Nazmi tidak jejas kekuatan AMK

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 24
  • 1 min read

Proses pengukuhan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) berjalan seperti biasa dan tidak terjejas oleh peletakan jawatan Datuk Seri Rafizi Ramli dan Nik Nazmi Nik Ahmad.


Ketua AMK, Muhammad Kamil Abdul Munim (gambar) berkata, pihaknya tekad memberi tumpuan terhadap usaha memperkukuh jentera Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) di peringkat akar umbi bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) dan Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang.

Malah menurutnya, rekod pendaftaran parti juga menunjukkan trend positif apabila bilangan anggota baharu yang menyertai KEADILAN terus bertambah dari semasa ke semasa.


"Kelompok orang muda hari ini boleh menilai dengan baik. Kita hari ini dalam satu zaman di mana akses kepada maklumat dan dapatan itu boleh dilakukan oleh semua orang," katanya dipetik.


Beliau ditemui selepas menghadiri Program Sumbangan Komputer Riba dan Bantuan Awal ke IPT di Politeknik Kota Bharu, Kok Lanas di Kota Bharu pada Sabtu.


Sementara itu tambahnya, peletakan jawatan Rafizi dan Nik Nazmi tidak memberi kesan yang signifikan kepada kekuatan sayap pemuda mahupun parti secara keseluruhan, malah AMK ketika ini dilihat masih terus kekal utuh dan kukuh.


Dalam masa sama beliau melahirkan penghargaan terhadap sumbangan kedua-dua bekas Ahli Parlimen itu


"Kita ucapkan selamat maju jaya kepada kedua-duanya, Datuk Seri Rafizi dan Saudara Nik Nazmi.


"Kita hargai segala jasa dan sumbangan serta pengorbanan yang dicurahkan oleh kedua mereka kepada KEADILAN sepanjang tempoh mereka berkhidmat bersama parti," ujarnya.

7 Comments


kiara lewis
kiara lewis
May 25

In the TP play, are the results updated automatically or do we need to refresh the page manually? Sometimes delayed results can confuse new users, so I want to confirm.

Like

kiara lewis
kiara lewis
May 25

For 66 lottery Login, does anyone know if there is a minimum amount required to start playing? I want to try it with a small amount first just to understand the process properly.

Like

kiara lewis
kiara lewis
May 25

I tried bc game download but the page was taking time to load. Is this a common issue during busy hours, or does it depend on internet connection? If anyone knows, please reply.

Like

kiara lewis
kiara lewis
May 25

I was checking bc game download online and wanted to know if the experience is the same on browser and app. Is there any difference in speed, result updates, or features between both options?

Like

kiara lewis
kiara lewis
May 25

I’m trying to complete Tiranga Game Login but I want to confirm what details are required. Does it only need mobile number verification, or are there additional steps after registration?

Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page