top of page

Berita


Tengku Zafrul sedia kembalikan Parlimen Pandan kepada KEADILAN
Penasihat Kanan Politik Perdana Menteri, Datuk Seri Tengku Zafrul Tengku Abdul Aziz (gambar) menyatakan kesediaan untuk merampas semula kerusi Parlimen Pandan sekiranya diberi peluang bertanding di kerusi itu pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Beliau berkata, bahawa cabaran berdepan dengan 'gergasi politik' seperti Datuk Seri Rafizi Ramli tidak dilihat sebagai halangan utama. "Apa yang lebih penting ialah kita buat kerja, di mana-mana pun berkhidmat sama ada di Pandan

Suara Keadilan
May 281 min read


Rusuhan di Penjara Taiping : Kerajaan pandang serius penemuan SUHAKAM
Datuk Fahmi ketika ditemui media selepas Majlis Korban Perdana Lembah Pantai semalam Kerajaan akan meneliti hasil inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung rusuhan di Penjara Taiping yang menyebabkan seorang tahanan maut. Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata walaupun laporan tersebut belum dibincangkan Jemaah Menteri, tetapi Putrajaya mengambil serius penemuan SUHAKAM dan akan menentukan tindakan selanjutnya dalam hal berkenaan. "Kebia

Suara Keadilan
May 281 min read


Calon KEADILAN lebih berpotensi menang di Pandan - Ahli akademik
Seorang ahli akademik menyuarakan meyakinan bahawa Parlimen Pandan akan kekal diwakili calon KEADILAN sekiranya ‘figura yang tepat’ diketengahkan di kawasan tersebut pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang. Misrinah Misban dari Universiti Utara Malaysia (UUM) berkata, pertimbangan pengundi sewaktu mengundi lazimnya lebih rasional dengan melihat neraca untung rugi, kestabilan dan jaminan masa depan. Oleh itu jelasnya, walaupun Datuk Seri Rafizi Ramli dilihat lebih bijak memb

Azuan Ab Rahman
May 282 min read


Kad klinik bahasa Mandarin: 'Rawatan kesihatan, selamatkan nyawa lebih utama'
Tindakan laskar siber pembangkang yang memainkan isu penggunaan tulisan Cina pada kad janji temu di sebuah klinik kesihatan kerajaan di ibu negara baru-baru ini, disifatkan sebagai modal politik murahan oleh pihak yang gagal memahami ajaran Islam sebenar. Pengarah Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama KEADILAN, Amidi Abdul Manan berkata dalam kerangka Maqasid Syariah, menjaga nyawa merupakan satu keutamaan dan bahasa yang digunakan haruslah bersesuaian dan boleh difahami oleh p

Akmal Manaf
May 272 min read


Tapak hospital awam Petaling Jaya: Kerajaan Negeri sambut baik persetujuan KKM
Kerajaan Negeri Selangor menyambut baik pemakluman oleh Menteri Kesihatan (KKM), Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad, berhubung persetujuan lokasi tapak yang dicadangkan bagi pembinaan Hospital Awam Petaling Jaya (PJ) yang dijadikan bahan politik parti pembangkang baru baru ini. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata keputusan tersebut adalah hasil mesyuarat penyelarasan terkini pada 14 Mei lalu yang melibatkan agensi Persekutuan, Negeri serta pihak berkuasa temp

Redzuan Shamsudin
May 272 min read


Nurul Izzah fokus perkukuh jentera akar umbi — Siti Aishah
Nurul Izzah terus memperkukuh jentera akar umbi dan sistem pengurusan pilihanraya, TERAS Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar tidak digugurkan daripada sebarang peranan dalam parti, sebaliknya memilih untuk memberi tumpuan kepada pengukuhan jentera di peringkat akar umbi. Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN, Siti Aishah Shaik Ismail berkata, Nurul Izzah yang digantikan tempatnya oleh Datuk Seri Amirudin Shari sebagai Pengarah Pilihan Raya Berama kini mengambil pendeka

Redzuan Shamsudin
May 271 min read


Nurul Izzah berperanan perkukuh jentera KEADILAN, bimbing sistem TERAS
Nurul Izzah berperanan memperkukuh jentera pilihanraya parti berdasarkan sistem TERAS Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar tidak diketepikan daripada struktur baharu Jawatankuasa Pilihan Raya KEADILAN, sebaliknya diberi tanggungjawab penting memperkukuh latihan jentera dan penyelenggaraan sistem pilihanraya TERAS yang dibangunkan beliau sebelum ini. Timbalan Setiausaha I Wanita KEADILAN Pusat, Rozy Razit berkata naratif kononnya Nurul Izzah dikesampingkan adalah tida

Hasbul Ahmad
May 272 min read


Aidiladha serlah nilai pengorbanan, keikhlasan — Fahmi
Sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini disifatkan sebagai satu peringatan penting tentang nilai pengorbanan yang ikhlas serta hubungan sesama insan yang perlu terus dipupuk. Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Fahmi Fadzil berkata, setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah SWT. "Aidiladha mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas pasti mempunyai nilai di sisi Allah SWT," k

Suara Keadilan
May 271 min read


Pengorbanan hari ini punya harga tersendiri, kunci masa depan lebih baik
Hari Raya Aidiladha yang disambut hari ini wajar dihayati sebagai simbol pengorbanan dan ketakwaan agung berteraskan teladan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s. Bagi Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim, Aidiladha bukanlah sekadar perayaan sebaliknya membawa makna mendalam tentang erti pengorbanan dalam menghadapi ujian kehidupan. "Kebesaran dan kemuliaan Hari Raya Aidiladha pasti merujuk kepada teladan pengorbanan Nabi Ibrahim a.s dan Nabi Ismail a.s atas ujian ya

Suara Keadilan
May 272 min read


Peruntukan kerajaan: Pemuda MCA jangan putar belit fakta - Jalex Lee
Kenyataan didakwa oleh Ketua Penerangan Pemuda MCA berhubung isu peruntukan kerajaan untuk rakyat mengundang reaksi balas daripada kepimpinan Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Pusat. Exco AMK Malaysia, Jalex Lee (gambar) mendakwa, tiada pihak yang menafikan bahawa peruntukan kerajaan adalah hak rakyat, namun beliau mempersoalkan pendekatan sesetengah pihak yang didakwa menunggang bantuan tersebut untuk kepentingan politik. Kenyataan itu dibuat sebagai respon kepada Ketua Peneranga

Suara Keadilan
May 272 min read


Hayati semangat pengorbanan Aidiladha demi masa depan umat
Umat Islam diseru agar terus menghayati semangat pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan sempena sambutan Hari Raya Aidiladha sebagai asas membina masa depan yang lebih baik. Dalam perutusannya hari ini, Setiausaha Agung KEADILAN, Datuk Dr Fuziah Salleh menegaskan bahawa Aidiladha bukanlah sekadar perayaan, sebaliknya membawa makna mendalam dalam mendekatkan diri kepada Allah SWT. "Aidiladha hadir membawa seribu makna tentang pengorbanan, keikhlasan dan ketaatan dalam mendekatka

Suara Keadilan
May 271 min read


Kerajaan MADANI sedia peluang alternatif bantu rakyat hilang pekerjaan
DS Anwar ketika menyeerahkan lembu korban di Perpatang Pauh, disaksikan KM Chow Kon Yeow semalam Kerajaan MADANI sedang mengambil tindakan susulan bagi membantu rakyat yang berdepan kehilangan pekerjaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, kerajaan akan menyediakan pekerjaan alternatif memandangkan terdapat banyak peluang baharu terutamanya bagi anak muda dan perkara tersebut sudah dibincangkan pada mesyuarat Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). "Ya kita dah

Suara Keadilan
May 271 min read


KEADILAN Kelantan istiqamah bersama kepimpinan Anwar
KEADILAN Kelantan menegaskan kesemua 14 Ketua Cabang bersama seluruh jawatankuasanya di negeri itu kekal istiqamah dan tidak berbelah bahagi dalam memberikan taat setia serta sokongan penuh kepada Presiden parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Setiausaha KEADILAN negeri, Rahim Hasan berkata, sehingga kini tidak ada mana-mana pimpinan cabang atau anggota jawatankuasa yang mengambil keputusan untuk menyertai parti Bersama pimpinan Rafizi Ramli. "Parti tersebut bukan pilihan kami dan

Helmi Mohd Foad
May 261 min read


Perlu pinda Akta Pendidikan untuk iktiraf UEC, bahasa ibunda mudahkan pendidikan
Hassan (tengah) memberi pendapat berkenaan pelaksanaan UEC dan Prof Dr Chin Huat (kanan) Ahli Parlimen Pasir Gudang, Hassan Karim tampil mengkritik pertubuhan bukan kerajaan (NGO) pendidikan Cina kerana terus mempertahankan pelaksanaan Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) meskipun ianya belum diiktiraf di bawah Akta Pendidikan 1996. Beliau berkata, pengiktirafan mutlak terhadap UEC tidak boleh dilaksanakan ketika ini kerana sijil tersebut lahir daripada sistem sekolah menengah p

Akmal Manaf
May 262 min read


Anugerah Edison: Pupuk kerjasama Malaysia - Tamil Nadu dalam bidang seni, kreatif
Yunes (kiri sekali) menyampaikan Anugerah Edison kepada penggiat seni Kollywood Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran berharap kehadirannya majlis Anugerah Edison Tahunan ke-18, sebuah majlis berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan serta inovasi global dalam industri filem Tamil yang dikenali sebagai Kollywood akan mengeratkan lagi hubungan seni dan industri kreatif antara Malaysia dan Tamil Nadu, India. Menurut satu kenyataan, beliau yang turut dijemput sebagai

Suara Keadilan
May 261 min read


Tiga tahun Kerajaan MADANI, gaji meningkat, hasil pertanian jamin pendapatan
Rakyat kini disifatkan mula menarik nafas lega apabila kehidupan harian semakin stabil dan pendapatan bertambah baik hasil pelbagai inisiatif diperkenalkan Kerajaan MADANI pimpinan Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berbanding ketika pentadbiran Perikatan Nasional (PN) antara 2020 hingga 2022 lalu. Di media sosial netizen membariskan antara pencapaian Kerajaan MADANI sejak tiga tahun lalu termasuk kenaikan gaji minimum daripada RM1,200 kepada RM1,700, sekali gus me

Akmal Manaf
May 261 min read


Pencapaian perdagangan empat bulan 2026 RM1 trilion, luar biasa - Timb. MITI
Timbalan Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Sim Tze Tzin (gambar) menyifatkan prestasi perdagangan Malaysia bagi tempoh Januari hingga April 2026 sebagai amat luar biasa apabila jumlah perdagangan negara berjaya melepasi paras RM1 trilion dalam tempoh hanya empat bulan, iaitu sebulan lebih awal berbanding pencapaian tahun sebelumnya. Beliau berkata, sejak hari pertama memegang jawatan, Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim telah bekerja tanpa henti un

Akmal Manaf
May 262 min read


Pengurusan haji tahun 2026 lebih tersusun, lebih banyak kemudahan - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli meninjau perjalanan pengurusan haji pada 2026 di Mekah Pengurusan haji di bawah Kerajaan MADANI menerusi Tabung Haji (TH) tahun ini disifatkan jauh lebih tersusun, selesa dan mengutamakan kebajikan jemaah berbanding 2018 lalu, sekali gus membuktikan komitmen kerajaan dalam memastikan tetamu Allah menerima layanan terbaik sepanjang musim ibadah. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan yang turun sendiri ke Mina baru baru ini bagi men

Akmal Manaf
May 262 min read


Projek RM600 juta berjalan, masalah banjir Johor ditangani Kerajaan MADANI
DS Dr Zaliha melawat tapak projek Rancangan Tebatan Banjir Fasa 3 Pakej 1 di Mukim Pogoh, Sekijang Kerajaan Persekutuan memperuntukkan sebanyak RM2.9 bilion bagi melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) di seluruh negara, dengan Johor menerima lebih RM600 juta bagi tahun 2026. Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri Parti Keadilan Rakyat Johor, Dr Zaliha Mustafa berkata peruntukan tersebut membuktikan komitmen Kerajaan MADANI dalam menangani isu banjir yang memberi kesan b

Redzuan Shamsudin
May 262 min read


Tindakan anggota KEADILAN keluar parti proses pembersihan
Tindakan segelintir anggota KEADILAN meletakkan jawatan dan menyertai parti Bersama yang ditubuhkan Datuk Seri Rafizi Ramli diyakini tidak akan menjejaskan perjuangan dan kekuatan KEADILAN. Ketua Penerangan KEADILAN Kuala Langat, Mohd Khairool Ngadon (gambar) berkata situasi seperti itu bukan asing kerana ianya pernah berlaku ketika Langkah Sheraton pada 2020 apabila parti diuji dan akhirnya dibersihkan daripada kelompok yang lebih mementingkan kedudukan berbanding prinsip p

Azuan Ab Rahman
May 261 min read
bottom of page
