top of page

Tindakan anggota KEADILAN keluar parti proses pembersihan

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Tindakan segelintir anggota KEADILAN meletakkan jawatan dan menyertai parti Bersama yang ditubuhkan Datuk Seri Rafizi Ramli diyakini tidak akan menjejaskan perjuangan dan kekuatan KEADILAN.

Ketua Penerangan KEADILAN Kuala Langat, Mohd Khairool Ngadon (gambar) berkata situasi seperti itu bukan asing kerana ianya pernah berlaku ketika Langkah Sheraton pada 2020 apabila parti diuji dan akhirnya dibersihkan daripada kelompok yang lebih mementingkan kedudukan berbanding prinsip perjuangan.


"Yang kekal bersama hari ini ialah mereka yang benar-benar memahami roh perjuangan reformasi, bukan sekadar menumpang nama ketika selesa.


"KEADILAN kini bergerak lebih jelas tanpa kelompok yang masih gagal menerima kekalahan dalam pemilihan parti sejak setahun lalu," katanya dalam kenyataan.


Media pada Isnin melaporkan, beberapa Ahli Jawatankuasa Cabang KEADILAN Shah Alam bersama sebahagian besar pimpinan termasuk wanita mengumumkan peletakan jawatan dan pengunduran daripada parti itu semalam.


Tindakan itu dipercayai didalangi seorang Ahli Parlimen yang kecewa susulan kekalahan dalam pemilihan parti merebut jawatan di peringkat pusat dan cabang tahun lalu.


Sementara itu, Mohd Khairool dalam kenyataan sama menegaskan, parti baharu yang ditubuhkan Rafizi dilihat tidak membawa agenda besar untuk membangunkan negara.


Beliau menegaskan, sekiranya perjuangan mereka benar-benar demi masa depan Malaysia, parti berkenaan sepatutnya bertanding di semua 222 kerusi Parlimen dan bukannya hanya memilih kawasan tertentu.


"Hakikatnya, ini bukan perjuangan rakyat tetapi dendam kesumat yang cuba disolek sebagai agenda perubahan," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page