top of page

Rusuhan di Penjara Taiping : Kerajaan pandang serius penemuan SUHAKAM

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 16 hours ago
  • 1 min read
Datuk Fahmi ketika ditemui media selepas Majlis Korban Perdana Lembah Pantai semalam
Datuk Fahmi ketika ditemui media selepas Majlis Korban Perdana Lembah Pantai semalam

Kerajaan akan meneliti hasil inkuiri awam Suruhanjaya Hak Asasi Manusia (SUHAKAM) berhubung rusuhan di Penjara Taiping yang menyebabkan seorang tahanan maut.


Jurucakap Kerajaan Perpaduan, Datuk Fahmi Fadzil berkata walaupun laporan tersebut belum dibincangkan Jemaah Menteri, tetapi Putrajaya mengambil serius penemuan SUHAKAM dan akan menentukan tindakan selanjutnya dalam hal berkenaan.


"Kebiasaannya, laporan tahunan SUHAKAM akan dibentangkan di Parlimen untuk dibahaskan dan kita akan menelitinya.


"Kami mengambil serius penemuan SUHAKAM. InsyaAllah, kita akan teliti sama ada isu ini boleh dibawa dalam mesyuarat Jemaah Menteri minggu hadapan," katanya dipetik selepas Majlis Korban Perdana Lembah Pantai semalam.


Berdasarkan laporan media, berlaku rusuhan di Penjara Taiping pada Januari 2025 ketika proses pemindahan tahanan dari Dewan B ke Blok E dijalankan.


Lebih 100 tahanan didakwa diserang kira-kira 60 warden ketika menyebabkan seorang maut dalam insiden itu.


Seorang warden telah didakwa atas pertuduhan membunuh tanpa niat tetapi SUHAKAM menyeru pertuduhan jenayah difailkan terhadap warden lain yang terbabit dalam serangan itu susulan inkuiri awamnya.


Jabatan Penjara dilaporkan berkata, pihaknya akan memberi kerjasama penuh kepada pihak berkuasa berkaitan untuk meneliti laporan SUHAKAM berhubung insiden itu.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page