Aidiladha serlah nilai pengorbanan, keikhlasan — Fahmi
- Suara Keadilan

- May 27
- 1 min read

Sambutan Hari Raya Aidiladha hari ini disifatkan sebagai satu peringatan penting tentang nilai pengorbanan yang ikhlas serta hubungan sesama insan yang perlu terus dipupuk.
Ketua Penerangan Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Datuk Fahmi Fadzil berkata, setiap pengorbanan yang dilakukan dengan penuh keikhlasan mempunyai nilai yang tinggi di sisi Allah SWT.
"Aidiladha mengajar kita bahawa setiap pengorbanan yang dilakukan dengan ikhlas pasti mempunyai nilai di sisi Allah SWT," katanya dalam hantaran di media sosial.
Menurut beliau, semangat Aidiladha juga harus menjadi asas dalam memperkukuhkan nilai kasih sayang, kesabaran dan keikhlasan dalam kalangan masyarakat.
"Semoga hari yang penuh keberkatan ini mendekatkan hati kita kepada kasih sayang, kesabaran dan keikhlasan sesama insan," ujarnya.




Comments