top of page

Anugerah Edison: Pupuk kerjasama Malaysia - Tamil Nadu dalam bidang seni, kreatif

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • May 26
  • 1 min read
Yunes (kiri sekali) menyampaikan Anugerah Edison kepada penggiat seni Kollywood
Yunes (kiri sekali) menyampaikan Anugerah Edison kepada penggiat seni Kollywood

Timbalan Menteri Perpaduan Negara, R. Yuneswaran berharap kehadirannya majlis Anugerah Edison Tahunan ke-18, sebuah majlis berprestij yang mengiktiraf kecemerlangan serta inovasi global dalam industri filem Tamil yang dikenali sebagai Kollywood akan mengeratkan lagi hubungan seni dan industri kreatif antara Malaysia dan Tamil Nadu, India.


Menurut satu kenyataan, beliau yang turut dijemput sebagai penyampai anugerah bagi beberapa kategori filem berbesar hati menyampaikan anugerah berkenaan.


"Berbesar hati dijemput ke Anugerah Edison ke-18 sebagai penyampai bagi pelbagai kategori anugerah filem, yang mengiktiraf artis luar biasa serta pemimpin industri yang sumbangan mereka telah memberi impak besar kepada industri filem dan hiburan global," katanya.


Beliau turut merakamkan penghargaan kepada pihak penganjur atas usaha berterusan dalam mengangkat martabat seni dan budaya.


"Setinggi-tinggi penghargaan saya ucapkan kepada Encik Selvakumar dan seluruh jawatankuasa penganjur Anugerah Edison atas jemputan yang penuh bermakna serta komitmen berterusan mereka dalam meraikan kecemerlangan seni dan pencapaian budaya selama ini," katanya.


Dalam pada itu, beliau memaklumkan bahawa Kementerian Pelancongan, Seni dan Budaya Malaysia (MOTAC) merupakan rakan sokongan bagi penganjuran Anugerah Edison tahun 2026.


Mengulas lanjut, beliau turut mengucapkan tahniah kepada semua calon dan penerima anugerah, selain berharap platform tersebut dapat terus memperkukuh hubungan dua hala dalam bidang seni dan budaya.


"Saya merakamkan ucapan tahniah dan selamat maju jaya kepada semua calon dan penerima anugerah. Semoga platform berprestij ini terus memperkukuh hubungan seni dan budaya, di samping memupuk kerjasama yang lebih erat antara Malaysia dan Tamil Nadu dalam bidang perfileman, seni dan industri kreatif," katanya lagi.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page