top of page

Berita


Pelaburan besar diterima Johor hasil usaha Kerajaan Persekutuan - Danish
Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Danish Hairudin (gambar) yakin rakyat Johor akan membuat penilaian adil pada pilihan raya akan datang. Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya beliau berkata, rakyat negeri itu tidak hanya akan melihat siapa yang mentadbir negeri tetapi siapa yang membawa pelaburan, membuka peluang pekerjaan, menyelesaikan masalah rakyat dan berkemampuan membawa lebih banyak pembangunan ke Johor. "Kita perlu bercakap dengan jujur. Jika buk

Azuan Ab Rahman
Jun 31 min read


Harga sayur turun, bekalan kembali stabil – Dr Fuziah
Harga beberapa sayuran yang sebelum ini dilaporkan naik mendadak mula mencatat trend penurunan susulan keadaan pasaran yang semakin stabil. Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata keadaan cuaca yang menjejaskan hasil tanaman serta perkembangan rantaian bekalan dan logistik di peringkat serantau menjadi faktor dikesan sebagai antara faktor yang menyebabkan kenaikan harga sebelum ini. "Ini kesan melalui pemant

Suara Keadilan
Jun 31 min read


Malaysia kecam pencerobohan pendatang Israel atas Al-Aqsa
Malaysia mengeluarkan kenyataan mengutuk sekeras-kerasnya insiden terbaru pencerobohan Masjid Al-Aqsa oleh pendatang haram Israel. Kementerian Luar (Wisma Putra), berkata sebarang usaha melakukan proses Yahudisasi terhadap Masjid Al-Aqsa termasuk tindakan mengibarkan bendera Zionis Israel di dalam kawasan suci itu adalah perbuatan keji dan mencemarkan kesucian masjid berkenaan. "Tindakan terbaru pendatang haram dengan sokongan rejim Zionis Israel, merupakan cubaan untuk mengu

Azuan Ab Rahman
Jun 31 min read


Peningkatan Bayaran Khas RM1.5 bilion: Angkat hak Sabah selaras MA63
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Penampang menyambut baik pengumuman Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung peningkatan Bayaran Khas Interim kepada Sabah daripada RM600 juta kepada RM1.5 bilion bagi tahun ini. Ketua AMK Penampang, Eldridge Laurence Timis (gambar) berkata langkah itu merupakan satu perkembangan signifikan yang mencerminkan komitmen Kerajaan Persekutuan dalam mengangkat hak serta kepentingan Sabah selaras dengan semangat Perjanjian Malaysia 1963. "Peng

Redzuan Shamsudin
Jun 22 min read


PH N Sembilan adakan mesyuarat tergempar bincang persediaan PRN
Majlis Pimpinan Pakatan Harapan (PH) Negeri Sembilan bersama wakil-wakil rakyatnya hari ini mengadakan mesyuarat tergempar bagi membincangkan persediaan menghadapi pilihan raya negeri (PRN) akan datang. Setiausaha DAP Negeri Sembilan, Cha Kee Chin (gambar) berkata mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun di kediaman rasmi beliau itu diadakan susulan pembubaran DUN Johor semalam. "Ia adalah mesyuarat biasa, bukan mesyuarat khas, ia dinamakan terg

Helmi Mohd Foad
Jun 22 min read


Permohonan subsidi tambang pengangkutan awam Selangor dibuka mulai 1 Jun
Warga Selangor kini boleh menarik nafas lega apabila permohonan Subsidi Tambang Pengangkutan Awam selama enam bulan secara rasmi dibuka bermula 1 Jun 2026. Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu merupakan sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bernilai RM131 juta yang diumumkan sebelum ini bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup. "Berita baik buat warga Selangor. Sebagai sebahagian dari Pakej Pengukuhan Daya Ta

Suara Keadilan
Jun 21 min read


N Sembilan diterajui PH: Prestasi ekonomi, manfaat kepada rakyat menyerlah
Prestasi pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan terus mendapat perhatian apabila negeri itu bukan sahaja mencatatkan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan, malah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat sepanjang dua penggal pemerintahan. Antara pencapaian paling signifikan ialah kejayaan Negeri Sembilan menjadi antara negeri terawal di Malaysia mencapai sifar miskin tegar berdasarkan data eKasih 2023-2026 hasil

Sidiqin Omar
Jun 22 min read


KEADILAN Johor perhebat kesiapsiagaan jentera melalui kursus TERAS
Kursus melibatkan Ketua Cabang dan Pengarah Pilihanraya memantapkan gerak kerja menuju PRN Johor Kursus Training of Trainers (ToT) Sistem Pengurusan Pilihan Raya TERAS merupakan usaha berterusan memperkukuhkan keupayaan organisasi dan kesiapsiagaan jentera parti menjelang sebarang kemungkinan pilihan raya. Demikian kesimpulan para peserta kursus yang terdiri dari ketua cabang serta pengarah pilihanraya cabang dalam pemukiman TOT Sistem Pengurusan Pilihan Raya TERAS peringkat

Hasbul Ahmad
Jun 22 min read


Pilih kerajaan sehaluan kepimpinan PM Anwar - Aminolhuda
Pengundi Johor perlu memilih parti yang selari dengan PM Anwar di peringkat Persekutuan. Gambar arkib Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan menyeru pengundi di negeri itu agar memilih Kerajaan Negeri yang selari dengan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim. Seruan itu dinyatakan susulan pengumuman Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya

Suara Keadilan
Jun 21 min read


Ibu bapa, masyarakat tonggak kejayaan reformasi pendidikan negara
Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek (gambar) menyeru penglibatan semua pihak termasuk ibu bapa dan masyarakat dalam menjayakan hala tuju pendidikan negara bagi tempoh sedekad akan datang. Menerusi hantaran di media sosial beliau berkata, komitmen dan sokongan jitu daripada semua pihak berkenaan amat diperlukan, khususnya dalam mendepani pelaksanaan kurikulum baharu prasekolah dan persekolahan tahun depan. "Kita baharu sahaja meluncurkan Rancangan Pendidikan Malaysia (RPM) 2026

Suara Keadilan
Jun 21 min read


PRN Johor: AMK harap ramai calon muda diberi peluang
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor berharap lebih ramai calon muda diberikan ruang dan peluang untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini. Ketuanya, Muhammad Faezuddin Mohd Puad (gambar) berkata, sayap AMK dan Wanita KEADILAN negeri telah mengenal pasti calon-calon berpotensi dan senarai nama bakal diserahkan kepada kepimpinan parti untuk dinilai sebelum keputusan muktamad dibuat. Faezuddin sementara itu berkata, persiapan awal sudah digerakkan KEADILAN

Suara Keadilan
Jun 21 min read


Dasar baharu berkuat kuasa 1 Jun bukti kerajaan utamakan rakyat
Timbalan Setiausaha Wanita KEADILAN menyambut baik pelaksanaan beberapa dasar, polisi dan peraturan baharu yang mula berkuat kuasa pada 1 Jun 2026. Noraziah Mohd Razit (gambar) menerusi satu hantaran di laman Facebooknya berkata, pelaksanaannya merupakan langkah progresif Kerajaan MADANI dalam memperkukuh perlindungan rakyat, meningkatkan keselamatan sosial, serta memastikan pembangunan negara yang lebih mampan dan bertanggungjawab. "Antara paling signifikan ialah pelaksanaan

Azuan Ab Rahman
Jun 22 min read


Junjung titah Agong: Kerajaan komited tangani penyebaran berita palsu
Kementerian Komunikasi akan terus komited dalam membenteras penyebaran berita palsu dan kandungan fitnah di media sosial. Menterinya, Datuk Fahmi Fadzil (gambar) berkata begitu sebagai menjunjung kasih atas titah Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim, yang menyeru agar pemantauan terhadap isu yang mengancam perpaduan itu terus diperkasakan. Ditemui pemberita selepas menghadiri Istiadat Menghadap dan Istiadat Pengurniaan Darjah Kebesaran, Bintang dan Pingat Persekutuan 2026 se

Suara Keadilan
Jun 21 min read


Pas Selangor diam membisu Azmin Ali hentam pemimpin tinggi parti?
Penerangan KEADILAN Selangor mempersoalkan pendirian pimpinan Pas negeri itu susulan kenyataan yang dilontarkan oleh pemimpin Bersatu, Datuk Seri Azmin Ali didakwa ditujukan kepada Presiden Pas, Hj Abdul Hadi Awang baru-baru ini. Timbalan Ketua Penerangan KEADILAN Selangor, Khairil Izzat Nordin (gambar) berkata, pihaknya memandang serius ucapan Azmin yang menyindir pemimpin tertinggi Pas dan ingin penjelasan terbuka daripada pimpinan Pas Selangor. "Penerangan KEADILAN Selango

Suara Keadilan
Jun 12 min read


Lawatan ke Anna Centenary Library kukuh hubungan ilmu Malaysia–Tamil Nadu
Yuneswaran (kanan) dibawa melawat ke sekitar Anna Centenary Library di Kotturpuram Lawatan kerja Timbalan Menteri Perpaduan Negara, Yuneswaran Ramaraj semalam ke Anna Centenary Library di Kotturpuram dilihat membuka ruang memperkukuh hubungan ilmu, budaya dan warisan antara Malaysia dan India, khususnya melibatkan masyarakat Tamil. Menurut Yunes, kunjungan ke perpustakaan awam moden milik Kerajaan Tamil Nadu itu bukan sekadar lawatan rasmi, sebaliknya menjadi platform penting

Suara Keadilan
Jun 12 min read


Johor bubar DUN, buka laluan kepada PRN
Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi dibubarkan hari ini, membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari. Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada pagi tadi. "Watikah pembubaran DUN Johor Ke-15 telah diperkenankan berkuat kuasa hari ini selaras Undang-Undang Tubuh Negeri Johor. "Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demo

Suara Keadilan
Jun 11 min read


PRN: "Kami sokong Pas bergerak solo" - KEADILAN Melaka
KEADILAN Melaka menyatakan sokongan terbuka terhadap kemungkinan Pas ingin bergerak secara solo menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Melaka yang akan diadakan pada hujung tahun ini. Ketua Penerangan KEADILAN Melaka, Eddiarman Mohd Yunos berkata, cadangan yang dibangkitkan oleh Ketua Penerangan Pas Pusat, Ahmad Fadhli Shaari semalam dilihat sebagai langkah paling jujur dan wajar bagi parti berkenaan. Menurut beliau, Pas sudah terlalu lama berada dalam dilema dan bergantung kep

Redzuan Shamsudin
Jun 12 min read


Jemaah haji Malaysia tidak tinggalkan sampah, tinggalkan teladan - Dr Zulkifli
Dr Zulkifli (kanan) berpuas hati dengan sikap mengutamakan kebersihan jemaah Malaysia Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan memuji disiplin serta budaya menjaga kebersihan dalam kalangan jemaah haji Malaysia yang terus menjadi contoh di Tanah Suci Mekah. Beliau berkata, sikap tersebut jelas terserlah khususnya di kawasan Masyair iaitu Arafah, Muzdalifah dan Mina, walaupun jemaah berdepan keadaan sesak, cuaca panas dan keletihan sepanjang menu

Suara Keadilan
Jun 11 min read


Perdana Menteri zahir rafak sembah tahniah sempena Hari Keputeraan Agong
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini menzahirkan ucapan tahniah bersempena dengan Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim. PM dalam ucapannya merafak sembah sempena Sambutan Ulang Tahun Hari Keputeraan Rasmi Kebawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda, Raja Permaisuri Agong dan seluruh Kerabat Diraja. Dalam satu kenyataan PM berkata, beliau bagi pihak Kerajaan dan seluruh rakyat, mendoakan Seri Paduka Baginda dan Raj

Suara Keadilan
Jun 11 min read


Wakil Rakyat Sibuk Beradu, Rakyat di Bawah Menanggung Pilu
Oleh: Lai Chen Heng ULASAN: Drama politik mengenai pengambilalihan sebuah parti politik pada 17 Mei lalu cuba dipasarkan sebagai kemunculan "Kuasa Ketiga" (Third Force) yang strategik. Namun, secara intuitifnya, ini bukanlah satu lonjakan visi untuk reformasi negara. Sebaliknya, ia kelihatan seperti langkah menggugat kestabilan yang dicetuskan oleh luapan emosi, frustrasi dalaman yang sepatutnya diselesaikan dalam "keluarga", tetapi kini tumpah ke ruang awam. Teknologi ta

Suara Keadilan
Jun 12 min read
bottom of page
