top of page

N Sembilan diterajui PH: Prestasi ekonomi, manfaat kepada rakyat menyerlah

  • Writer: Sidiqin Omar
    Sidiqin Omar
  • 11 minutes ago
  • 2 min read

Prestasi pentadbiran Pakatan Harapan (PH) di Negeri Sembilan terus mendapat perhatian apabila negeri itu bukan sahaja mencatatkan pertumbuhan ekonomi memberangsangkan, malah berjaya melaksanakan pelbagai inisiatif kebajikan yang memberi manfaat langsung kepada rakyat sepanjang dua penggal pemerintahan.


Antara pencapaian paling signifikan ialah kejayaan Negeri Sembilan menjadi antara negeri terawal di Malaysia mencapai sifar miskin tegar berdasarkan data eKasih 2023-2026 hasil pelaksanaan pelbagai program bantuan bersasar, pemerkasaan ekonomi dan jaringan kebajikan yang sistematik.


Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Md Sani Md Shah (gambar) berkata, pencapaian itu membuktikan kesinambungan dasar yang dilaksanakan sejak PH mengambil alih pentadbiran negeri pada 2018.


"Prestasi Kerajaan Pakatan Harapan dua penggal ini dipuji kerana projek banyak, dan dari sudut rizab tunai negeri serta agihan bantuan kepada rakyat memang beri manfaat.


"Negeri Sembilan antara negeri paling awal yang menghapuskan miskin tegar. Banyak inisiatif yang diberi sepanjang dua penggal ini diteruskan dan terus ditambah baik," kata Md Sani Md Shah kepada Suara Keadilan.


Md Sani berkata, Kerajaan Negeri juga memperkenalkan kaedah yang tidak pernah dilakukan pentadbiran terdahulu antaranya platform digital rasmi memusatkan pelbagai bentuk bantuan dan inisiatif agar rakyat lebih mudah mendapatkan maklumat serta membuat permohonan.


"Contohnya pinjaman untuk peniaga, rumah mampu milik, bantuan anak sekolah dan bantuan menyambung pelajaran ke universiti," katanya.


Md Sani yang juga Ketua Biro Antarabangsa KEADILAN Negeri Sembilan berkata, kebanyakan bantuan yang diperkenalkan sejak era awal pentadbiran PH bukan sahaja diteruskan, malah ditambah baik dengan peningkatan peruntukan dan jumlah penerima setiap tahun.


"Semua bantuan itu bermula sejak PH mentadbir Negeri Sembilan dan sekarang diteruskan dalam Kerajaan Perpaduan. Peruntukan ditambah dan penerima juga semakin ramai," katanya.


Justeru beliau mengingatkan agar jentera kerajaan dan masyarakat setempat memainkan peranan lebih aktif menyebarkan maklumat berkaitan inisiatif kerajaan supaya rakyat tidak terlepas daripada menerima manfaat.


"Fungsi JPKK, ahli majlis, kariah masjid dan semua pihak di akar umbi penting untuk menyampaikan maklumat bantuan kepada rakyat.


"Selain media sosial, kita kena sentiasa hebahkan supaya orang yang tidak tahu turut mendapat manfaat," katanya.


Mengulas persiapan menghadapi pilihanraya akan datang, Md Sani berkata fokus terhadap kebajikan rakyat tidak boleh diketepikan walaupun jentera parti sedang memperkukuh persediaan politik.


Katanya KEADILAN Negeri Sembilan kini berada dalam fasa memperkemas jentera parti menjelang kemungkinan persaingan pilihan raya negeri dan umum akan datang.


"Dalam masa sama kerajaan masih berjalan, kita kena teruskan semua inisiatif yang telah ditetapkan untuk rakyat. Selain gerak kerja politik, bantuan dan program rakyat perlu terus diberikan fokus.


"Kita sudah ada contoh sejak 2018 bagaimana PH mentadbir Negeri Sembilan. Banyak perkara baik yang dimulakan diteruskan dan ditambah baik.


"Sebab itu saya menyeru rakyat memilih calon Pakatan Harapan untuk memastikan kesinambungan pentadbiran yang memberi manfaat kepada rakyat," ujarnya lanjut.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page