top of page

Manfaat kebajikan IPR Selangor wajar dicontohi Melaka

Writer: Sidiqin Omar
Sidiqin Omar
42 minutes ago
2 min read

Pengalaman menikmati manfaat daripada inisiatif kerajaan Selangor di bawah Inisiatif Peduli Rakyat (IPR) meliputi lebih 40 skim bantuan mendorong Pengerusi Persatuan Kasih Morni Malaysia, Hasmorni Tamiy (gambar) berharap rakyat Melaka merasai skim semupama itu memanfaatkan hasil Kerajaan Negeri melalui pelaksanaan dasar berkebajikan.


Beliau berkata, pengalaman bermastautin di Selangor membolehkannya merasai sendiri manfaat yang disediakan Kerajaan Negeri, termasuk bantuan berkaitan bekalan air dan pendidikan.


Menurutnya, hasil yang diperoleh Kerajaan Negeri seharusnya dikembalikan kepada rakyat dengan menyediakan kemudahan dan bantuan, termasuk keluarga berpendapatan sederhana yang memerlukan sokongan bagi menampung perbelanjaan pendidikan anak-anak.


"Saya di Selangor, beli rumah di Selangor. Air tak payah bayar," katanya ketika berucap pada ceramah kelompok “Kami Rakyat Menyokong Datuk Seri Anwar Ibrahim” anjuran Persatuan Kasih Morni Malaysia baru baru ini.


Beliau turut memberikan contoh bantuan pendidikan kepada anak yang melanjutkan pengajian ke universiti, yang menurutnya dapat membantu meringankan beban kewangan keluarga ketika menanggung kos pengajian.


"Anak yang baru register dalam universiti dapat RM1,000. Dia bantu. Contoh yang macam mana golongan susah, mereka tentulah dapat, tetapi golongan sederhana, yang kerja biasa-biasa, anak dia masuk universiti pun dapat," katanya.


Sehubungan itu, Hasmorni berharap pendekatan kebajikan seperti yang dinikmatinya di Selangor dapat dijadikan inspirasi supaya rakyat Melaka memilih pemimpin yang tepat penting bagi memastikan pentadbiran negeri memberi perhatian kepada keperluan rakyat tanpa mengira latar belakang atau kedudukan ekonomi.


"Saya nak di Negeri Melaka. Saya nak macam tu juga. Jadi ada pendapatan daripada Kerajaan Negeri dibahagi kepada rakyat. Rakyat merasainya," katanya.


Beliau turut menegaskan komitmennya untuk terus membantu masyarakat menerusi Persatuan Kasih Morni Malaysia, khususnya individu dan keluarga yang berdepan kesukaran mendapatkan bantuan kebajikan serta keperluan perubatan.


Menurutnya, usaha membantu rakyat tidak seharusnya terbatas kepada mereka yang aktif dalam politik, sebaliknya perlu dilaksanakan atas dasar keprihatinan terhadap kesusahan masyarakat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page