PRN Johor: AMK harap ramai calon muda diberi peluang
- Suara Keadilan

- 4 days ago
- 1 min read

Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Johor berharap lebih ramai calon muda diberikan ruang dan peluang untuk mewakili parti itu pada Pilihan Raya Negeri (PRN) kali ini.
Ketuanya, Muhammad Faezuddin Mohd Puad (gambar) berkata, sayap AMK dan Wanita KEADILAN negeri telah mengenal pasti calon-calon berpotensi dan senarai nama bakal diserahkan kepada kepimpinan parti untuk dinilai sebelum keputusan muktamad dibuat.
Faezuddin sementara itu berkata, persiapan awal sudah digerakkan KEADILAN Johor bagi menghadapi kemungkinan pilihan raya, ia susulan perkembangan politik semasa dan isyarat yang diberikan oleh kepimpinan Kerajaan Negeri.
"Di peringkat kepimpinan negeri dan AMK, jangkaan bahawa PRN Johor akan diadakan lebih awal sudah dibuat sejak Menteri Besar pada 16 Mei lalu mengumumkan bahawa Barisan Nasional (BN) bersedia bertanding di semua 56 kerusi DUN negeri itu.
"Kita sebenarnya sudah menjangkakan PRN Johor semakin hampir dan persiapan telah digerakkan lebih awal. Jentera parti berada dalam keadaan siap siaga," katanya dipetik.
Beliau turut memaklumkan, bilik gerakan utama KEADILAN Johor di Jalan Serampang juga telah mula beroperasi sejak dua minggu lalu sebagai sebahagian daripada persiapan menghadapi pilihan raya.




Comments