top of page

Pilih kerajaan sehaluan kepimpinan PM Anwar - Aminolhuda

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 4 hours ago
  • 1 min read
Pengundi Johor perlu memilih parti yang selari dengan PM Anwar di peringkat Persekutuan. Gambar arkib
Pengundi Johor perlu memilih parti yang selari dengan PM Anwar di peringkat Persekutuan. Gambar arkib

Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Johor, Aminolhuda Hassan menyeru pengundi di negeri itu agar memilih Kerajaan Negeri yang selari dengan Kerajaan Persekutuan pimpinan Perdana Menteri Anwar Ibrahim.


Seruan itu dinyatakan susulan pengumuman Menteri Besar, Datuk Onn Hafiz Ghazi semalam berhubung pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor, bagi memberi laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) ke-16.

Aminolhuda Hassan
Aminolhuda Hassan

"PH Johor percaya Bangsa Johor akan membuat keputusan yang terbaik dalam memilih kerajaan negeri yang selari dengan kerajaan persekutuan," katanya dipetik.


PH dijangka bakal bertanding di kesemua 56 kerusi DUN Johor, sekaligus berdepan langsung Barisan Nasional (BN) dan Perikatan Nasional (PN).


Ia sebagai respon kepada pendirian Onn Hafiz sebelum ini bahawa BN Johor akan bertanding secara solo dan meletakkan calon di kesemua kerusi yang dipertandingkan.


Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa menerusi satu hantaran di media sosial sebelum ini menegaskan, PH bersedia bukan sekadar untuk bertanding tetapi untuk memimpin Johor dengan kecekapan, integriti dan visi yang jelas


Johor jelasnya, terus mencatat kemajuan hasil sokongan dan komitmen Kerajaan MADANI melalui pelaburan, pembangunan serta pelbagai inisiatif yang memberi manfaat langsung kepada rakyat.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page