top of page

Pelaburan besar diterima Johor hasil usaha Kerajaan Persekutuan - Danish

  • Writer: Azuan Ab Rahman
    Azuan Ab Rahman
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Danish Hairudin (gambar) yakin rakyat Johor akan membuat penilaian adil pada pilihan raya akan datang.


Menerusi satu perkongsian di laman Facebooknya beliau berkata, rakyat negeri itu tidak hanya akan melihat siapa yang mentadbir negeri tetapi siapa yang membawa pelaburan, membuka peluang pekerjaan, menyelesaikan masalah rakyat dan berkemampuan membawa lebih banyak pembangunan ke Johor.


"Kita perlu bercakap dengan jujur. Jika bukan kerana sokongan dan komitmen Kerajaan Persekutuan mustahil Johor mampu muncul sebagai negeri yang merekodkan pelaburan tertinggi di Malaysia, menjadi tumpuan pelabur global membawa pelaburan bernilai lebih RM110 bilion dan mampu menjadi destinasi utama pelaburan berteknologi tinggi di rantau ini.


"Rakyat Johor perlu bertanya kepada diri sendiri, siapakah yang menggerakkan Johor-Singapore Special Economic Zone (JS-SEZ) sehingga berjaya mendapat perhatian dunia? Begitu juga isu kesesakan di Tambak Johor dan projek RTS sedang dibangunkan bagi menyelesaikan masalah tersebut.


"Semua ini berlaku kerana Johor mendapat manfaat daripada sebuah Kerajaan Persekutuan dipimpin oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim yang stabil, mesra pelaburan dan berwibawa," katanya.


Mengenai projek tebatan banjir, Danish berkata, rakyat perlu menyedari sebahagian besar projek tersebut memerlukan peruntukan dan kelulusan daripada Kerajaan Persekutuan.


"Selain itu, hubungan ekonomi yang lebih kukuh antara Johor dan Singapura dapat direalisasikan dengan bantuan Kerajaan Madani apabila berjaya memimpin rundingan bagi kedua-dua pihak.


"Rakyat Johor tidak boleh melihat pembangunan yang berlaku hari ini secara terpisah daripada peranan Kerajaan Persekutuan. Setiap kejayaan besar Johor hari ini mempunyai satu persamaan yang jelas iaitu wujudnya kerjasama erat dengan Kerajaan Madani," ulasnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page