Johor bubar DUN, buka laluan kepada PRN
- Suara Keadilan

- 7 hours ago
- 1 min read

Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor secara rasmi dibubarkan hari ini, membuka laluan kepada Pilihan Raya Negeri (PRN) dalam tempoh 60 hari.
Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi berkata, pembubaran itu dibuat selepas mendapat perkenan Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail pada pagi tadi.
"Watikah pembubaran DUN Johor Ke-15 telah diperkenankan berkuat kuasa hari ini selaras Undang-Undang Tubuh Negeri Johor.
"Pembubaran ini dibuat bagi memberi laluan kepada proses demokrasi.
"Keputusan ini dibuat dengan niat memastikan rakyat Johor terus memiliki kerajaan stabil dan kukuh," katanya dipetik dalam sidang media di Kediaman Menteri Besar Johor, petang ini.
Menurut beliau, langkah tersebut penting bagi memperbaharui mandat rakyat sejajar dengan keperluan semasa negeri.
Onn yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Machap turut menzahirkan harapan agar rakyat Johor terus mengekalkan keharmonian dan semangat muafakat sepanjang tempoh menjelang pilihan raya.
Untuk rekod, DUN Johor mempunyai 56 kerusi dengan Barisan Nasional (BN) menguasai majoriti sebanyak 40 kerusi, diikuti Pakatan Harapan (PH) dengan 12 kerusi, Perikatan Nasional (PN) tiga kerusi dan MUDA satu kerusi.
Pembubaran ini dijangka mencetuskan persaingan sengit antara parti-parti utama dalam usaha meraih mandat baharu rakyat Johor.




Comments