Permohonan subsidi tambang pengangkutan awam Selangor dibuka mulai 1 Jun
- Suara Keadilan

- 6 minutes ago
- 1 min read

Warga Selangor kini boleh menarik nafas lega apabila permohonan Subsidi Tambang Pengangkutan Awam selama enam bulan secara rasmi dibuka bermula 1 Jun 2026.
Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari berkata inisiatif itu merupakan sebahagian daripada Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bernilai RM131 juta yang diumumkan sebelum ini bagi membantu rakyat menghadapi tekanan kos sara hidup.

"Berita baik buat warga Selangor. Sebagai sebahagian dari Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bernilai RM131 juta yang telah saya umumkan sebelum ini, permohonan Subsidi Tambang Pengangkutan Awam selama enam bulan telah mula dibuka pada 1 Jun 2026," katanya dalam muat naik di media sosial.
Beliau turut menggalakkan orang ramai agar memanfaatkan peluang tersebut dengan membuat persediaan awal melalui aplikasi NINE bagi memastikan proses permohonan berjalan lancar.
"Gunakan peluang ini sebaiknya dan buat persediaan lebih awal melalui aplikasi NINE. Mudah-mudahan bantuan ini dapat memudahkan perjalanan harian, di samping menggalakkan lebih ramai menggunakan pengangkutan awam," katanya lagi.
Inisiatif subsidi ini dijangka memberi manfaat kepada ribuan pengguna pengangkutan awam di negeri itu, selain menyokong usaha kerajaan negeri dalam mengurangkan penggunaan bahan api serta mempromosikan mobiliti mampan.




Comments