top of page

Harga sayur turun, bekalan kembali stabil – Dr Fuziah

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 2 hours ago
  • 1 min read

Harga beberapa sayuran yang sebelum ini dilaporkan naik mendadak mula mencatat trend penurunan susulan keadaan pasaran yang semakin stabil.


Timbalan Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN), Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata keadaan cuaca yang menjejaskan hasil tanaman serta perkembangan rantaian bekalan dan logistik di peringkat serantau menjadi faktor dikesan sebagai antara faktor yang menyebabkan kenaikan harga sebelum ini.


"Ini kesan melalui pemantauan dan pemeriksaan dijalankan KPDN Pahang melibatkan pengeluar, pemborong serta peruncit sepanjang April hingga Mei lalu.


"Namun berdasarkan pemantauan terkini, bekalan semakin menunjukkan tanda-tanda pemulihan dan harga bagi beberapa komoditi turut mula mencatatkan trend penurunan berikutan situasi bekalan kembali lebih stabil," katanya dipetik.


Persatuan Pekebun Sayur Melayu Cameron Highlands sebelum ini memaklumkan peningkatan harga sayuran antaranya kubis daripada 60 sen kepada RM1.50 sekilogram, tomato daripada RM1 kepada RM3.50 sekilogram, manakala cili naik daripada RM4 kepada RM5 sekilogram.


Pengerusinya Syed Abd Rahman Syed Abd Rashid berkata, kenaikan itu berpunca daripada peningkatan kos input pertanian termasuk harga baja dan racun perosak yang bergantung kepada pasaran luar negara.


Sementara itu Dr Fuziah berkata, kerajaan memahami cabaran dihadapi pekebun tempatan khususnya berkaitan peningkatan kos input pertanian, namun pada masa sama turut mengambil kira kesan perubahan harga makanan terhadap rakyat.


Kerajaan jelasnya kekal komited memastikan keseimbangan antara kepentingan pengguna dan kelangsungan pengeluar tempatan terus dipelihara.


"Kerajaan memahami isu harga makanan memberi kesan langsung kepada kehidupan rakyat. pemantauan tambahan akan dilakukan dari semasa ke semasa mengikut perkembangan pasaran


"Pada masa yang sama, sektor pertanian tempatan perlu terus diperkukuh agar kekal berdaya tahan dalam menghadapi cabaran kos dan perubahan pasaran," tambahnya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page