top of page

Berita


KBS sedia bincang bentuk bantuan kepada pelumba Moto 3 negara
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa membuka pintu perbincangan untuk terus menyokong sukan permotoran dua roda negara. Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata perbincangan termasuk mengenai bentuk sokongan terbaik yang boleh diberikan kepada pelumba muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli. "Kita sentiasa menyokong semua jenis sukan di Malaysia dan fokus utama adalah pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Yang paling penting ialah bagaimana kita membin

Suara Keadilan
Jun 51 min read


Pakej Ekonomi Selangor: 14,000 pesawah, petani, nelayan terima bantuan
Lebih 14,000 pesawah, petani, nelayan, penternak dan pengusaha akuakultur di seluruh Selangor bakal menerima pelbagai bentuk bantuan menerusi Pakej Rangsangan Ekonomi Selangor bernilai RM131 juta yang secara rasmi dilancarkan semalam. Exco Infrastruktur dan Pertanian Selangor, Datuk Ir Izham Hashim (gambar) berkata, bantuan merangkumi sumbangan tunai kepada pesawah, bantuan baja kepada petani, subsidi bahan api kepada nelayan serta bantuan makanan ternakan kepada penternak da

Suara Keadilan
Jun 52 min read


DUN N Sembilan bubar, akhiri kemelut politik sejak April
DS Aminuddin mengumumkan pembubaran DUN N Sembilan malam tadi. Krediit foto: Negeri Kita Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan, Tuanku Muhriz Tuanku Munawir telah memperkenankan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) berkuat kuasa hari ini. Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun dalam sidang media khas di kediamannya di Seremban, jam 11 malam tadi. Aminuddin berkata, pembubaran itu dibuat selepas beliau mendapat perkenan Tuanku Muhriz pada majlis men

Suara Keadilan
Jun 51 min read


Pas, Bersatu bawa haluan masing masing di PRN Johor?
Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diramal menjadi titik perpisahan antara Pas dan Bersatu susulan tanda-tanda hubungan kedua-dua parti itu yang semakin tegang kebelakangan ini. Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (gambar) berkata, perbalahan antara Pas dan Bersatu kini sudah tidak dapat disembunyikan lagi dan telah hampir sampai ke titik ledak. "Ahmad Fadhli Shaari (Ketua Penerangan Pas) pun keluar kenyataan bahawa jalan terbaik bagi Pas dan Bersatu i

Akmal Manaf
Jun 42 min read


Kebebasan beragama simbol keharmonian masyarakat - Yuneswaran
Kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan perlu terus dipelihara bagi memastikan keharmonian masyarakat majmuk kekal sebagai asas kestabilan negara, kata R Yuneswaran (gambar). Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu berkata demikian ketika menghadiri sesi perjumpaan bersama pemimpin gereja, pastor serta wakil komuniti Kristian dari Bandar Segamat dan Johor Bahru yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah, keterbukaan dan semangat kebersamaan, baru-baru ini. Yu

Akmal Manaf
Jun 41 min read


'Islam bukan milik eksklusif parti politik, Pas jangan sempitkan agama'
Islam tidak wajar dipersempitkan sebagai sesuatu yang eksklusif kepada mana-mana parti politik, sebaliknya perlu difahami sebagai agama suci untuk seluruh umat, kata Naib Presiden Parti Amanah Negara (AMANAH), Datuk Mahfuz Omar (gambar). Beliau berkata demikian sebagai mengulas tulisan terbaharu Presiden Pas, Hj Hadi Awang bertajuk “Pas Tidak Ditenggelamkan Selagi Bersama Islam”, yang menurutnya memperlihatkan kecenderungan parti itu untuk meletakkan diri seolah-olah sinonim

Suara Keadilan
Jun 42 min read


Diskriminasi kewarganegaraan anak berbapa warga asing tamat — Saifuddin
Selepas hampir tujuh dekad, diskriminasi terhadap kewarganegaraan anak dari wanita Malaysia yang melahirkan anak dengan suami warga asing di laur negara akhirnya berjaya diatasi susulan pindaan Perlembagaan yang telah diluluskan dan dikuatkuasakan bulan ini. Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar) berkata, perubahan itu memberi keadilan kepada wanita warganegara Malaysia yang sebelum ini berdepan kekangan dalam mewariskan kewarganegaraan kepada ana

Redzuan Shamsudin
Jun 41 min read


Kemunculan calon di media sosial semakin jadi faktor penentu kemenangan
Dr Fauzi dalam program Ruang Bicara terbitan Bernama TV Kemunculan calon di ruang awam (visibility) seperti media sosial dilihat semakin memainkan peranan penting dalam membentuk kecenderungan pengundi muda, dengan faktor populariti dan platform digital kini menjadi antara pertimbangan utama dalam menentukan pilihan mengundi. Pengarah Komunikasi KEADILAN Selangor, Dr Mohd Fauzi Fadzil berkata, pelbagai kajian yang dijalankan institut penyelidikan seperti IDE Research Centre,

Akmal Manaf
Jun 42 min read


MP PJ, Subang khianat mandat PH, tidak wajar tuntut dana kerajaan
Ahli Parlimen Petaling Jaya, Lee Chean Chung dan Ahli Parlimen Subang, Wong Chen dibidas kerana didakwa membelakangkan mandat yang diberikan pengundi atas tiket Pakatan Harapan (PH) selepas kini didakwa memilih untuk bersama gerakan politik baharu yang mahu mencabar kerajaan pada pilihan raya umum akan datang. Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Bryan Ng Yih Miin (gambar) berkata kedua-dua wakil rakyat itu tidak boleh mengharapkan akses kepada saluran peruntukan kerajaan sel

Helmi Mohd Foad
Jun 43 min read


Ambil tindakan terhadap kempen kebencian anti-Rohingya - MAPIM
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menggesa pihak berkuasa mengambil tindakan tegas terhadap peningkatan kempen kebencian dalam talian yang menyasarkan komuniti pelarian Rohingya di negara ini. Presidennya, Mohd Azmi Abdul Hamid berkata pihaknya memandang serius penularan kandungan media sosial yang mengandungi unsur kebencian, fitnah, hasutan dan stereotaip melampau terhadap komuniti berkenaan. "Pelbagai hantaran, video, komen dan kempen tersusun di platfo

Suara Keadilan
Jun 42 min read


Rakyat berhak tahu mengapa DUN Johor dibubar ketika kedudukan BN kukuh
Keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ketika Kerajaan Negeri masih stabil dipersoalkan, dan rakyat berhak mendapat penjelasan yang telus daripada pemimpin UMNO-BN. Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Tanjong Malim, Baharul Kalam Zainun berkata, tindakan tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan kerajaan memiliki majoriti kukuh sebanyak 40 kerusi DUN tanpa sebarang krisis politik atau kehilangan sokongan. "Bangsa Johor berhak mendapat penjelasan yang jujur

Suara Keadilan
Jun 41 min read


Xenofobik pelarian: Kepekaan semua pihak perlu redakan ketegangan
Kebimbangan masyarakat terhadap peningkatan komuniti pelarian di negara ini tidak boleh dilabel secara umum sebagai bersifat xenofobik, sebaliknya perlu difahami dalam konteks yang lebih menyeluruh dan berimbang. Timbalan Ketua Cabang KEADILAN Kepong, Jeremy Ang (gambar) berkata, reaksi masyarakat tempatan berpunca daripada persepsi peningkatan jumlah pelarian tanpa kerangka pengurusan yang jelas, khususnya di kawasan seperti Kepong dan beberapa lokasi lain di seluruh negara.

Redzuan Shamsudin
Jun 42 min read


Jadi negara berilmu, Kerajaan MADANI sedia akses bahan bacaan berkualiti
Kerajaan MADANI komited memperkukuh budaya membaca dan memperluaskan akses kepada bahan bacaan berkualiti sebagai asas penting dalam membina masyarakat berilmu serta memperkasa ketamadunan bangsa. Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek (gambar) berkata kehebatan sesebuah tamadun tidak dapat dipisahkan daripada tradisi ilmu yang kukuh dengan budaya membaca menjadi titik permulaan kepada pembentukan masyarakat berilmu. "Kehebatan ketamadunan bangsa dibangunkan di atas tradisi ilmu y

Suara Keadilan
Jun 42 min read


Ekosistem TVET diperkukuh hadapi cabaran global - Ramanan
Kementerian Sumber Manusia (KESUMA) akan terus memperkukuh ekosistem Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (TVET) bagi melahirkan tenaga kerja berkemahiran tinggi yang mampu memenuhi keperluan industri masa depan. Menteri Sumber Manusia, Datuk Seri R Ramanan (gambar) berkata, TVET kini menjadi agenda strategik negara dalam memperkukuh daya saing ekonomi, khususnya ketika dunia berdepan perkembangan pesat kecerdasan buatan (AI), automasi dan digitalisasi. "TVET bukan

Azuan Ab Rahman
Jun 41 min read


Bekalan gas kegunaan domestik mencukupi - Lih Kang
Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan gas negara kekal stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa. Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, (MOSTI) Datuk Chang Lih Kang berkata, kerajaan sentiasa memantau kedudukan bekalan gas negara sekali gus memastikan sektor tenaga dan industri terus beroperasi tanpa sebarang gangguan Tambahnya, tidak terdapat petunjuk yang menunjukkan situasi membimbangkan, malah Malaysia berada dalam kedudukan yang lebih selesa kerana sebahagia

Suara Keadilan
Jun 41 min read


Mesyuarat MMK Negeri Sembilan tidak bincang bubar DUN
Mesyuarat Majlis Mesyuarat Kerajaan (MMK) Negeri Sembilan yang diadakan semalam tidak membincangkan pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) dan Pilihan Raya Negeri (PRN). Exco Pembangunan Kerajaan Tempatan, Perumahan dan Pengangkutan Negeri Sembilan, J Arul Kumar berkata, mesyuarat yang dipengerusikan Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun hanya membincangkan berkaitan pentadbiran kerajaan negeri. "Tiada langsung bincang hal pilihan raya. Saya fikir perkara itu (pilihan ray

Suara Keadilan
Jun 41 min read


Kerajaan jaga rakyat: Perlindungan 24 jam PERKESO, pinda Akta Sewa Beli
Wanita KEADILAN Pusat menyifatkan pelaksanaan pelbagai dasar baharu bermula 1 Jun lalu oleh Kerajaan MADANI sebagai langkah reformasi penting yang memberi manfaat langsung kepada rakyat, khususnya dalam aspek kebajikan pekerja, perlindungan pengguna dan keselamatan dalam talian. Exconya, Junaidah Makku@Junn (gambar) berkata, antara inisiatif yang mendapat perhatian ialah pelaksanaan Skim Lindung 24 Jam PERKESO, yang memberi perlindungan keselamatan sosial lebih menyeluruh kep

Akmal Manaf
Jun 32 min read


Tidak tahu beza GLC, badan berkanun: Sheikh Omar bidas Puad Zarkashi
DAP Johor membidas Ahli Majlis Kerja Tertinggi UMNO, Datuk Dr Puad Zarkashi kerana didakwa mengelirukan rakyat apabila menyamakan badan berkanun dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dalam mengulas cadangan pelantikan bekas wakil rakyat Skudai, Marina Ibrahim. Naib Pengerusinya Sheikh Omar Ali (gambar) berkata, kritikan yang dilemparkan Puad terhadap cadangan Pengerusi DAP Johor, Teo Nie Ching itu menunjukkan kegagalan memahami perbezaan asas antara badan berkanun dan GLC.

Helmi Mohd Foad
Jun 32 min read


Hayati Rukun Negara, junjung titah Yang di-Pertuan Agong - Dr Zulkifli
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan (gambar) menyeru rakyat Malaysia agar menghayati prinsip Rukun Negara sebagai asas memperkukuh perpaduan dan kestabilan. Beliau berkata demikian sebagai menjunjung titah dan nasihat Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim yang menekankan kepentingan perpaduan dalam kalangan rakyat berbilang kaum. "Saya dan Jabatan Perdana Menteri dengan penuh takzim menjunjung titah dan nasihat Kebawah Duli Yang Maha Mulia

Suara Keadilan
Jun 31 min read


Malaysia kukuh komitmen tangani isu doping dalam sukan - Dr Taufiq
Malaysia terus memperkukuh komitmen dalam menangani isu doping dalam sukan menerusi penyertaan pada Mesyuarat Menteri-Menteri Asia/Oceania ke-21 Mengenai Anti Doping Dalam Sukan di Beijing, China. Menteri Belia dan Sukan Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, mesyuarat yang diadakan pada Isnin itu menjadi platform penting untuk mengukuhkan kerjasama serantau dalam menangani isu doping sekaligus sebagai persediaan kepada pelaksanaan Kod Anti-Doping Dunia 2027 yang akan be

Azuan Ab Rahman
Jun 31 min read
bottom of page
