top of page

Bekalan gas kegunaan domestik mencukupi - Lih Kang

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Kerajaan memberi jaminan bahawa bekalan gas negara kekal stabil dan mencukupi untuk memenuhi keperluan semasa.


Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, (MOSTI) Datuk Chang Lih Kang berkata, kerajaan sentiasa memantau kedudukan bekalan gas negara sekali gus memastikan sektor tenaga dan industri terus beroperasi tanpa sebarang gangguan


Tambahnya, tidak terdapat petunjuk yang menunjukkan situasi membimbangkan, malah Malaysia berada dalam kedudukan yang lebih selesa kerana sebahagian besar keperluan gas bagi penjanaan elektrik diperoleh daripada sumber tempatan.


"Setahu saya, untuk penjanaan elektrik dalam Malaysia 80 peratus (datang dari sumber) domestik… jadi, kita tidak terlalu bergantung pada bekalan luar… buat masa sekarang, memang bekalan cukup dan kita tidak perlu bimbang sangat," katanya dipetik.


Terdahulu, Lih Kang hadir merasmikan inisiatif Revolutionising Industry with Graphene di Kuala Lumpur pada Rabu.


Dalam perkembangan berkaitan, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif Gas Malaysia Bhd (Gas Malaysia), Azli Mohamed memaklumkan, operasi industri gas di negara ini berjalan lancar dengan bekalan yang diterima daripada Petroliam Nasional Bhd (Petronas) kekal mencukupi.


Beliau berkata, pergantungan Malaysia terhadap bekalan gas dari rantau Asia Barat adalah minimum, sekali gus mengurangkan risiko gangguan bekalan akibat ketidaktentuan geopolitik di rantau berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page