top of page

Rakyat berhak tahu mengapa DUN Johor dibubar ketika kedudukan BN kukuh

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 4
  • 1 min read

Keputusan membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor ketika Kerajaan Negeri masih stabil dipersoalkan, dan rakyat berhak mendapat penjelasan yang telus daripada pemimpin UMNO-BN.


Ketua Penerangan KEADILAN Cabang Tanjong Malim, Baharul Kalam Zainun berkata, tindakan tersebut menimbulkan tanda tanya memandangkan kerajaan memiliki majoriti kukuh sebanyak 40 kerusi DUN tanpa sebarang krisis politik atau kehilangan sokongan.


"Bangsa Johor berhak mendapat penjelasan yang jujur daripada UMNO-BN mengapa Dewan Undangan Negeri dibubarkan ketika kerajaan masih stabil dengan majoriti 40 kerusi DUN dan tiada sebarang krisis politik atau kehilangan sokongan," katanya dalam satu kenyataan.


Beliau turut menegaskan bahawa dalam keadaan ekonomi global yang mencabar, keutamaan kerajaan sepatutnya tertumpu kepada usaha memperkukuh ekonomi negeri serta menjaga kebajikan rakyat.


Menurut beliau, penganjuran Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dianggarkan menelan kos sekitar RM90 juta wang rakyat, satu jumlah yang boleh dijimatkan sekiranya pilihanraya diadakan serentak dengan Pilihan Raya Umum akan datang.


"Jika DUN dikekalkan sehingga tamat tempoh pada April 2027, pilihan raya boleh diadakan serentak dan ini akan menjimatkan kos, masa serta tenaga pentadbiran," katanya.


Sehubungan itu, Baharul Kalam mempersoalkan rasional di sebalik keputusan tersebut, memandangkan tiada keperluan mendesak untuk mendapatkan mandat baharu.


"Jika kerajaan masih kukuh dan tiada krisis, mengapa rakyat perlu menanggung kos pilihan raya yang boleh dielakkan?" soalnya.


Baharul menegaskan bahawa UMNO-BN perlu bertanggungjawab memberikan jawapan yang jelas kepada rakyat Johor berhubung keputusan berkenaan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page