top of page

Pas, Bersatu bawa haluan masing masing di PRN Johor?

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • Jun 4
  • 2 min read

Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor diramal menjadi titik perpisahan antara Pas dan Bersatu susulan tanda-tanda hubungan kedua-dua parti itu yang semakin tegang kebelakangan ini.


Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Lokman Noor Adam (gambar) berkata, perbalahan antara Pas dan Bersatu kini sudah tidak dapat disembunyikan lagi dan telah hampir sampai ke titik ledak.


"Ahmad Fadhli Shaari (Ketua Penerangan Pas) pun keluar kenyataan bahawa jalan terbaik bagi Pas dan Bersatu ialah berpisah dan membuat haluan masing-masing.


"Jadi kalau Ketua Penerangan parti kata mereka nak berpisah dan buat haluan masing-masing, ini sudah lebih kurang macam pendirian rasmi parti.


"Bagi saya perkara itu satu benda yang bagus untuk Barisan Nasional (BN) di Johor (kerana) ia akan sedikit sebanyak memberikan kesan kepada proses kempen di Johor.


"Nampak gayanya hari ini Pas dah mula bak kata orang ‘habis madu sepah dibuang," katanya dalam satu siaran video.


Menurut Lokman lagi, Pas kini dilihat lebih cenderung untuk bersama mantan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Hamzah Zainudin yang mempunyai kelebihan antaranya berkaitan strategi politik, berbanding meneruskan hubungan dengan Bersatu.


"Sudah pasti ada banyak kelebihan yang menyebabkan Pas hari ini memilih untuk bersama (Hamzah) berbanding Bersatu.


"Nampak gayanya pilihanraya di negeri Johor ini akan menjadi titik permulaan perpisahan antara Pas dan Bersatu," kata Lokman yang juga Pengarah Komunikasi UMNO.


Dalam pada itu, Lokman juga memberi komen negatif mengenai prestasi dua parti dalam kategori third force yang akan bertanding dalam PRN Johor nanti seperti Muda dan Bersama.


Katanya, kebanyakan calon daripada kedua dua parti tersebut akan hilang deposit dalam PRN itu.


"Saya tak nampak parti Muda atau Bersama akan menjadi king maker. Saya nampak diorang ni akan hilang deposit dalam pilihan raya negeri Johor, dua dua parti akan hilang deposit," katanya.

1 Comment


sharly yang
sharly yang
Jun 05

A good name generator can make a huge difference when you're stuck for ideas. I found several names here that fit both gaming and social media profiles.


Like

Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page