KBS sedia bincang bentuk bantuan kepada pelumba Moto 3 negara
- Suara Keadilan

- Jun 5
- 1 min read

Kementerian Belia dan Sukan (KBS) sentiasa membuka pintu perbincangan untuk terus menyokong sukan permotoran dua roda negara.
Menterinya, Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata perbincangan termasuk mengenai bentuk sokongan terbaik yang boleh diberikan kepada pelumba muda sensasi negara, Hakim Danish Ramli.
"Kita sentiasa menyokong semua jenis sukan di Malaysia dan fokus utama adalah pembangunan sukan di peringkat akar umbi. Yang paling penting ialah bagaimana kita membina atlet-atlet baharu sebelum mereka berkembang menjadi atlet elit.
"Dalam sukan permotoran, kita sudah lama membangunkan program MotoGP dari peringkat akar umbi dan menyediakan dana khusus menerusi program Impian ke MotoGP," katanya dipetik selepas menghadiri satu acara di Menara KBS di Putrajaya semalam.
Hakim Danish menamatkan saingan di tempat ketiga dalam perlumbaan Moto3 Grand Prix (GP) Itali di Litar Mugello, Ahad lalu.
Kejayaan pelumba berusia 17 tahun itu sekaligus menamatkan penantian negara untuk kembali merasai podium dalam kategori berkenaan selepas tempoh 10 tahun.
Sementara itu tambah Mohammed Taufiq, fokus utama KBS ketika ini masih tertumpu kepada pembangunan bakat di peringkat akar umbi menerusi pelbagai program termasuk Impian ke MotoGP yang dilaksanakan bersama Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
"Apa yang pasti, KBS akan cuba sedaya upaya memberikan sokongan, dokongan dan dorongan bukan sahaja kepada Hakim Danish, tetapi juga kepada atlet-atlet lain yang mempunyai potensi besar untuk mengharumkan nama negara," tambahnya.




I found eggy car through a gaming forum recommendation and ended up playing much longer than expected. Unlocking new vehicles keeps the gameplay interesting.