top of page

Kebebasan beragama simbol keharmonian masyarakat - Yuneswaran

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 2 minutes ago
  • 1 min read

Kebebasan beragama yang dijamin Perlembagaan Persekutuan perlu terus dipelihara bagi memastikan keharmonian masyarakat majmuk kekal sebagai asas kestabilan negara, kata R Yuneswaran (gambar).


Timbalan Menteri Perpaduan Negara itu berkata demikian ketika menghadiri sesi perjumpaan bersama pemimpin gereja, pastor serta wakil komuniti Kristian dari Bandar Segamat dan Johor Bahru yang berlangsung dalam suasana penuh muhibah, keterbukaan dan semangat kebersamaan, baru-baru ini.


Yuneswaran berkata, pertemuan itu turut menjadi platform untuk berkongsi pandangan mengenai situasi semasa negara termasuk perkembangan ekonomi, landskap politik serta isu berkaitan hal ehwal agama dan perpaduan yang memerlukan kefahaman bersama demi mengekalkan kestabilan negara.


"Turut berkongsi peranan Kementerian Perpaduan Negara dalam memperkukuhkan keharmonian masyarakat majmuk, mengurus kepelbagaian secara matang serta memastikan perpaduan terus menjadi asas kekuatan negara.


Tokoh agama dan msyarakat setempat mendengar penjelasan dari Yuneswaran
Tokoh agama dan msyarakat setempat mendengar penjelasan dari Yuneswaran

"Malaysia hanya mampu bergerak maju apabila rakyatnya hidup dalam keadaan bersatu, saling memahami dan menghormati antara satu sama lain tanpa mengira latar belakang agama, kaum atau budaya," katanya dalam satu kenyataan.


Dalam pada itu, beliau yang juga Ahli Parlimen Segamat menggalakkan penyertaan lebih aktif komuniti Kristian dalam aktiviti kemasyarakatan, kebajikan dan kesukarelawanan bagi memperkukuh semangat perpaduan serta kesejahteraan masyarakat.


Menurutnya, gereja dan organisasi berasaskan komuniti memainkan peranan besar sebagai 'helping hand society' dalam membantu golongan memerlukan, memperkukuh institusi keluarga serta membina masyarakat yang penyayang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page