top of page

Berita


Ulama perlu tampil betulkan kerosakan masyarakat – Ust Fakhrulrazi
Golongan ulama diseru tampil ke hadapan memperbetulkan kerosakan yang berlaku dalam masyarakat. Mantan Ahli Dewan Negeri Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar (gambar) berkata, tanggungjawab ulama meluas dan tidak terhad kepada pihak tertentu yang mereka sokong. "Sudah tiba masanya para ulama tampil ke hadapan untuk memperbetulkan kerosakan yang telah berlaku dalam masyarakat. "Tanggungjawab ulama bukan sekadar mempertahankan kepentingan kelompok atau kepentingan politik, tet

Suara Keadilan
Aug 172 min read


Gerakkan Biro OKU KEADILAN mulai sekarang
Salah satu yang menarik perhatian dalam perbahasan para perwakilan dalam Kongres Nasional KEADILAN 2026 berakhir semalam adalah cadangan menggerakkan secara optimum Biro Orang Kurang Upaya (OKU) di semua cabang KEADILAN. Cabang yang masih belum mempunyai Biro Orang Kurang Upaya (OKU) harus segera menubuhkan dan menggerakkan biro berkenaan demi penyertaan lebih banyak OKU untuk dilibatkan dalam gerak kerja parti. Pembahas OKU, Senator Isaiah Jacob (gambar) berkata langkah itu

Sidiqin Omar
Aug 172 min read


Keputusan DAP kekal dalam kerajaan kuatkan PM laksana reformasi institusi
Keputusan 1,857 perwakilan DAP yang memilih agar parti itu kekal dalam Kerajaan Persekutuan sehingga tamat penggal Parlimen semalam dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2026 mengukuhkan lagi sokongan terhadap Kerajaan Perpaduan pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP, Senator Sheikh Umar Baghaib Ali menyifatkan keputusan itu membawa makna lebih besar daripada sekadar pilihan untuk DAP kekal dalam Kerajaan Persekutuan. "Perta

Akmal Manaf
Aug 171 min read


Kongres KEADILAN 2026 tiup semangat perhebat gerak kerja
Kongres Nasional KEADILAN 2026 yang berakhir semalam menjadi wadah utama dalam memugar kembali tekad serta semangat perjuangan parti. Ketua Penerangan KEADILAN Datuk Seri Fahmi Fadzil berkata, beliau berharap kongres tersebut akan menyuntik semangat untuk memperkukuh gerak kerja parti dan memastikan agenda perjuangan terus memberi manfaat kepada rakyat. "Sepanjang tiga hari ini, kita berhimpun bukan sekadar untuk berucap dan berbahas, tetapi untuk bermuhasabah, mendengar suar

Azuan Ab Rahman
Aug 171 min read


Pinda Akta Tabung Haji: Kerajaan MADANI kukuhkan tatakelola
Pindaan terhadap Akta Tabung Haji 1995 (Akta 535) akan dilaksana bagi memastikan amanah umat Islam terus dipelihara, kata Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Beliau yang juga Menteri Kewangan berkata, pindaan tersebut sebahagian langkah Kerajaan MADANI untuk memperkukuh tatakelola dan memastikan setiap kelemahan institusi diperbetulkan dengan tegas. "Tatakelola mesti terus diperkukuh, institusi dibersihkan dan setiap kelemahan diperbetulkan dengan tegas. Akta Tabung Ha

Azuan Ab Rahman
Aug 171 min read


AMK Sabah sokong cadangan tingkat kuota subsidi diesel
Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Sabah menyokong cadangan supaya Kerajaan Persekutuan mempertimbangkan peningkatan kuota subsidi diesel khususnya bagi penerima yang layak di Sabah. Ketuanya Zaidi Jatil (gambar) berkata, cadangan wakil pembahas Sabah, Junaidah Makku pada Kongres Nasional KEADILAN di Melaka itu membawa suara dan realiti kehidupan sebenar rakyat Sabah. "Sabah mempunyai keluasan geografi, bentuk muka bumi dan jaringan perhubungan yang berbeza berbanding kebanyakan ka

Azuan Ab Rahman
Aug 171 min read


AUKU dimansuhkan sepenuhnya, tiada akta ganti - PM
Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) 1971 akan dimansuh secara keseluruhan dan tidak akan digantikan dengan undang-undang baharu yang mengongkong mahasiswa. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan, pemansuhan AUKU bertujuan menjamin kebebasan mahasiswa serta memastikan mereka tidak terus terikat dengan undang-undang khusus yang menyekat pergerakan dan kegiatan di kampus. "Kita sudah setuju tentang pemansuhan AUKU. Saya hendak jelaskan bahawa saya tidak mahu

Suara Keadilan
Aug 171 min read


Kerajaan MADANI perkasakan Ekonomi Biru di Sabah
Kerajaan MADANI komited untuk terus memperkasa sektor Ekonomi Biru terutamanya di Sabah sebagai bidang strategik baharu bagi merangsang pertumbuhan ekonomi negara. Menteri Kewangan II, Datuk Seri Amir Hamzah Azizan (gambar) berkata, potensi besar Sabah dalam sektor berkenaan perlu dimanfaatkan secara strategik menerusi kerjasama kerajaan Persekutuan dan negeri. "Sabah mempunyai potensi besar untuk menerajui sektor marin dan akuakultur dalam Ekonomi Biru. "Kerajaan Persekutuan

Suara Keadilan
Aug 171 min read


Ulama desak tindakan tegas susulan RCI TH, usul RCI FELDA
Ulama diberi penerangan apa sebenarnya berlaku di sebalik RCI Tabung Haji Kerajaan digesa memastikan tindakan undang-undang diambil tanpa pilih kasih terhadap mana-mana pihak yang terbukti merugikan atau menyalahgunakan harta pendeposit Lembaga Tabung Haji (TH), susulan pendedahan Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung institusi itu. Gesaan itu antara tujuh ketetapan dalam Resolusi Persidangan Khas Ulama dan Agamawan: Hifz Al-Mal anjuran Majlis Ulama Malaysia (MU

Helmi Mohd Foad
Aug 162 min read


KEADILAN pernah tinggal satu kerusi, kini bakal bangkit semula – Kumaresan
Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pernah berada pada titik paling mencabar dalam sejarah perjuangannya apabila hanya mempunyai satu kerusi Parlimen selepas kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, A Kumaresan (gambar). Beliau berkata, Permatang Pauh menjadi satu-satunya kerusi Parlimen yang kekal bersama KEADILAN ketika itu, namun parti tidak menyerah dan berjaya bangkit semula hanya empat tahun kemudian. "KEADILAN pern

Suara Keadilan
Aug 162 min read


Majoriti perwakilan sokong DAP kekal dalam Kerajaan Persekutuan
Pimpinan DAP membahaskan sama ada parti itu perlu kekal atau tinggalkan Kerajaan Persekutuan Sebanyak 1,857 perwakilan yang hadir dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2026 hari ini menyokong usul DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen sehingga 2027. Hanya 242 perwakilan yang mengundi menuntut DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan. Daripada 2,106 jumlah kertas undi yang dikeluarkan, sebanyak 7 kertas undi rosak. Undi menyokong kekal lebih tinggi Keputu

Suara Keadilan
Aug 161 min read


“Jangan berleter, mengeluh dan salahkan orang bila kalah”
Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan anggota parti supaya menerima kekalahan dengan sabar, tanpa berleter, mengeluh atau menyalahkan pihak lain, sebaliknya menjadikan kegagalan sebagai ruang untuk memperbaiki kelemahan dan meneruskan perjuangan. Ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada Kongres Nasional KEADILAN 2026 di MITC, Melaka hari ini, Anwar mengambil pengalaman Menteri Besar Negeri Sembilan, Datuk Seri Aminuddin Harun sebagai contoh pemimpin yan

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Buang sikap ‘ananiyah’, rasa diri sendiri paling pandai
Presiden KEADILAN Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan seluruh pimpinan dan anggota parti supaya menjauhi sikap ananiyah atau terlalu mementingkan diri sehingga merasakan diri sendiri paling pandai, paling baik dan paling hebat. Dalam ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2026 hari ini, Anwar berkata sikap sedemikian tidak seharusnya wujud kepada individu dalam parti yang memilih jalan perjuangan sukar yang menuntut kesetiaan, kerendahan hati serta kesediaan bekerja

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Selesai salah urus Tabung Haji, sambung Felda, agensi lain
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim memberi jaminan kerajaan akan meneruskan usaha memperkemas tadbir urus dan menangani kelemahan dalam institusi serta agensi kerajaan, termasuk Felda, selepas isu Tabung Haji diteliti dan tindakan susulan dilaksanakan. Berucap pada sesi penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka hari ini, Presiden KEADILAN berkata perkembangan itu memberi isyarat bahawa pendedahan dan penelitian laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) serta

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Hubungan dengan Umno: Pilih kestabilan, kemakmuran, kerjasama - Anwar
DS Anwar memberi pencerahan dan ketetapan hubungan PH dan BN Presiden KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan bahawa beliau memilih kestabilan politik, kemakmuran rakyat dan meneruskan kerjasama dengan Umno serta Barisan Nasional (BN) di peringkat Kerajaan Persekutuan demi kepentingan negara. Berucap ketika penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2026 di Melaka hari ini, Anwar berkata sebarang keputusan berkaitan hubungan politik tidak seharusnya didorong oleh kekesalan

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Malaysia tidak boleh terpisah dari politik global - Nurul Izzah
Malaysia tidak boleh mengasingkan diri daripada perkembangan politik global, sebaliknya rakyat perlu melihat peranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Kerajaan MADANI dalam memperjuangkan nasib negara-negara yang berdepan penindasan serta tekanan kuasa besar. Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar) berkata, Malaysia mempunyai tanggungjawab untuk bersuara dalam isu antarabangsa kerana pergolakan di negara lain turut memberi kesan langsung kepada kehi

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


Kuasa mesti dilihat sebagai amanah, bukan matlamat politik
Kuasa politik tidak seharusnya dilihat sebagai matlamat untuk memiliki kedudukan, sebaliknya satu amanah yang menuntut tanggungjawab kepada rakyat, kata Timbalan Presiden KEADILAN, Nurul Izzah Anwar (gambar). Ketika menyampaikan ucapan penggulungan Kongres Nasional KEADILAN 2026 di MITC, Melaka, beliau berkata kepimpinan parti perlu memastikan institusi lebih kukuh daripada individu, manakala undang-undang mesti melindungi semua rakyat tanpa mengira kedudukan atau nama. "Dala

Sidiqin Omar
Aug 162 min read


TH ditatang bagai minyak penuh, integriti jadi persoalan
Isu tadbir urus yang didedahkan menerusi Laporan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berkaitan Lembaga Tabung Haji (TH) tidak seharusnya dipandang ringan oleh umat Islam, sebaliknya perlu diberikan perhatian serius kerana pemeliharaan harta merupakan antara tuntutan agama. Bekas Timbalan Yang Dipertua Yayasan Dakwah Islamiah Malaysia (YADIM), Zolkharnain Abidin (gambar) berkata isu TH perlu dilihat berdasarkan prinsip hifz al-mal atau pemeliharaan harta yang merupakan antara tu

Helmi Mohd Foad
Aug 164 min read


RCI TH: Perlu dijelaskan dari sudut halal haram, baru orang faham
Isu membabitkan pengurusan dan kerugian Lembaga Tabung Haji (TH) perlu dilihat sebagai persoalan amanah serta akauntabiliti, bukan semata-mata isu kewangan atau politik, kata penganalisis ekonomi, Ahmad Faizuddin Razali (gambar). Beliau berkata masyarakat khususnya umat Islam, perlu memahami bahawa amanah dalam menguruskan harta awam mempunyai dimensi agama yang serius. "Perbincangan mengenai halal dan haram tidak seharusnya terhad kepada perkara yang lazim dibicarakan dalam

Helmi Mohd Foad
Aug 162 min read


Adab berbeza pandangan diutamakan, kritik berasaskan hujah - Saifuddin
Pemangku Timbalan Presiden KEADILAN, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail (gambar), menegaskan perbezaan pandangan dalam parti perlu disampaikan dengan adab, hujah dan sandaran yang jelas, bukannya didorong ego, kedegilan atau kepentingan peribadi. Beliau berkata, perbezaan pendapat merupakan perkara yang sihat dalam sesebuah organisasi selagi setiap pihak mempunyai hujah dan bersedia menerima keputusan bersama demi mengelakkan perpecahan serta kemudaratan. Menurutnya, perkar

Sidiqin Omar
Aug 163 min read
bottom of page
