Majoriti perwakilan sokong DAP kekal dalam Kerajaan Persekutuan
- Suara Keadilan

- 1 day ago
- 1 min read

Sebanyak 1,857 perwakilan yang hadir dalam Persidangan Kebangsaan DAP 2026 hari ini menyokong usul DAP kekal dalam Kerajaan Perpaduan sehingga tamat penggal Parlimen sehingga 2027.
Hanya 242 perwakilan yang mengundi menuntut DAP keluar daripada Kerajaan Perpaduan.
Daripada 2,106 jumlah kertas undi yang dikeluarkan, sebanyak 7 kertas undi rosak.

Keputusan tersebut sememangnya dijangka selepas perwakilan majoritinya menyokong DAP kekal sebagai sebahagian kerajaan biarpun banyak anggota parti berkenaan menyuarakan kegusaran DAP hilang sokongan masyarakat Cina sejak kalah dalam semua kerusi yang dipertandingkannya dalam Pilihan Raya Negeri Sabah tahun lalu.
Bagaimanapun, gelombang penolakan DAP tidak begitu kuat di Semenanjung apabila DAP masih boleh mengekalkan tujuh kerusi dalam PRN Johor bulan Julai lalu.
DAP juga memperlihatkan sokongan pengundi Cina yang tinggi dalam PRN Negeri Sembilan apabila serangan besar besaran dalam sejarah pilihanraya Umno dan Pas gagal membenamkan parti itu pada PRN berkenaan. DAP berjaya mempertahankan 9 daripada 11 kerusi DUN walaupun parti komponen Pakatan Harapan yang lain mengalami kekalahan teruk dalam pilihanraya yang dipacu isu perkauman tersebut.




Comments