top of page

KEADILAN pernah tinggal satu kerusi, kini bakal bangkit semula – Kumaresan

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Aug 16
  • 2 min read

Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN) pernah berada pada titik paling mencabar dalam sejarah perjuangannya apabila hanya mempunyai satu kerusi Parlimen selepas kekalahan besar pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2004, kata Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) KEADILAN, A Kumaresan (gambar).


Beliau berkata, Permatang Pauh menjadi satu-satunya kerusi Parlimen yang kekal bersama KEADILAN ketika itu, namun parti tidak menyerah dan berjaya bangkit semula hanya empat tahun kemudian.


"KEADILAN pernah berada pada titik paling mencabar dalam sejarah perjuangannya. Pada tahun 2004, kita mengalami kekalahan besar sehingga hanya tinggal satu kerusi Parlimen, Permatang Pauh.


"Ketika itu, ramai yang merasakan bahawa perjuangan KEADILAN akan berakhir dan parti ini akan terkubur," katanya dalam hantaran di media sosial.


Menurut Kumaresan, kebangkitan KEADILAN pada Pilihan Raya Umum (PRU) 2008 membuktikan bahawa kekalahan bukan pengakhiran kepada perjuangan parti.


"Pada Pilihan Raya Umum 2008, KEADILAN bangkit dengan memenangi 31 kerusi Parlimen. Sejak detik itu, landskap politik Malaysia mula berubah dengan begitu ketara," katanya.


Beliau berkata sejarah berkenaan wajar menjadi sumber kekuatan kepada anggota parti ketika KEADILAN kini berdepan beberapa kekalahan dan cabaran politik.


"Hari ini, walaupun kita berhadapan dengan beberapa kekalahan berturut-turut dan pelbagai cabaran politik, saya tetap yakin bahawa KEADILAN akan bangkit kembali — we will bounce back," katanya.


Kumaresan berkata KEADILAN merupakan parti reformis yang lahir daripada perjuangan membawa perubahan, keadilan dan pembaharuan kepada negara.


Justeru, katanya, setiap kekalahan perlu dijadikan ruang untuk melakukan muhasabah, memperbaiki kelemahan serta menyusun semula strategi parti.


"Setiap kekalahan perlu dijadikan ruang untuk kita bermuhasabah, memperbaiki kelemahan dan menyusun semula strategi," katanya.


Beliau berkata kepimpinan parti perlu terus mempunyai strategi yang jelas, berani dan berpandangan jauh bagi memahami perubahan sentimen rakyat serta mengembalikan keyakinan anggota akar umbi.


Kumaresan menegaskan perjuangan reformasi bukan satu perjalanan yang mudah, namun sejarah KEADILAN membuktikan parti itu mampu mampu bangkit kembali selepas mengalami kekalahan .


"Perjuangan reformasi bukan perjalanan yang mudah. Kita pernah jatuh, kita pernah bangkit, dan kita akan bangkit lagi.


"Anwar Ibrahim Presiden saya," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page