top of page

Berita


Ketua Pengarah JKOM lapor polis Albert Tei ganggu ketenteraman di bangunan kerajaan
Syam Ghaz dalam sidang media selepas membuat laporan polis ke atas provokasi Albert Tei Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali hari ini membuat laporan polis terhadap ahli perniagaan, Albert Tei yang didakwa mengganggu ketenteraman penjawat awam yang bekerja di Kementerian Komunikasi. Mohd Hisyamuddin atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz berkata, laporan polis itu dibuat susulan tindakan individu berkenaan yang telah empat kali berhimpun di had

Akmal Manaf
Jun 111 min read


Krisis Pas-Bersatu: Dalam keadaan sukar, wajarkah Pengerusi PN berdiam diri?
Kemelut hubungan antara Pas dan Bersatu dilihat bukan sahaja menimbulkan persoalan mengenai masa depan Perikatan Nasional (PN) malah menguji kewibawaan pengerusinya, Datuk Seri Dr Ahmad Samsuri Mokhtar. Bagi aktivis Pakatan Harapan Terengganu, Awang Muda, sebagai pengerusi gabungan Samsuri seharusnya memberikan penjelasan rasmi mengenai dua parti komponen yang sedang bertelagah hebat, memutuskan hubungan tetapi masih enggan isytihar keluar PN. "Sebagai pengerusi gabungan, Dr

Redzuan Shamsudin
Jun 112 min read


Siaran Piala Dunia percuma selepas dua dekad, Kerajaan MADANI bawa inspirasi, semangat kebersamaan
Keputusan Kerajaan MADANI menyiarkan kejohanan Piala Dunia FIFA 2026 secara percuma dalam tempoh lebih dua dekad membuktikan Kerajaan MADANI sememangnya memahami kepentingan pembangunan sosial, belia dan sukan sebagai medium yang mampu menyatukan rakyat serta memperkukuhkan kesejahteraan masyarakat. Ketua Angkatan Muda KEADILAN (AMK) Kedah, Mohammad Fitri Ismail berkata, langkah berkenaan turut mencerminkan kepekaan Kerajaan MADANI pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap k

Akmal Manaf
Jun 112 min read


Isu Rohingya: Cadang wujudkan kem pelarian khas
Kerajaan digesa mengambil langkah segera dalam menangani isu warga Rohingya di negara ini, termasuk menyediakan kem pelarian khas bagi menempatkan mereka. Menurut mantan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Meru, Ustaz Mohd Fakhrulrazi Mokhtar, langkah tersebut penting bagi memastikan golongan berkenaan tidak bergerak bebas seperti rakyat tempatan, sekali gus memudahkan pengurusan dan pemantauan. "Untuk tindakan segera dan penyelesaian jangka pendek, saya mencadangkan pihak kera

Redzuan Shamsudin
Jun 111 min read


‘Sandiwara politik’: Pas putus hubungan, mengapa tidak tinggalkan PN?
Putus hubungan antara Pas dan Bersatu yang diisytihar sejak beberapa hari lalu oleh pemimpin Pas mungkin hanya satu “sandiwara politik”. Bagi Naib Presiden Parti Amanah Negara, Datuk Mahfuz Omar, sandiwara tersebut boleh dicium kerana Pas masih mengekalkan kedudukan dalam Perikatan Nasional (PN) yang menimbulkan persoalan terhadap keikhlasan dan prinsip perjuangan parti itu. "Keputusan kepimpinan Pas pusat untuk menghentikan kerjasama politik dengan Bersatu namun pada masa sa

Redzuan Shamsudin
Jun 112 min read


Malaysia teroka sumber baharu pastikan bekalan minyak mencukupi
Bekalan minyak negara masih terkawal dan belum berada pada tahap kritikal, meskipun jaminan bekalan semasa hanya sehingga penghujung Julai, kata Menteri Ekonomi. Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, kerajaan mengambil pendekatan lebih telus kepada rakyat dengan berkongsi maklumat mengenai bekalan tenaga semasa berdasarkan ketersediaan stok dari semasa ke semasa. "Pengumuman ini dibuat secara telus selepas segala urusan kos dan sumber bekalan dimuktamadkan. "Namun, in

Suara Keadilan
Jun 111 min read


Kerajaan MADANI beri lebih RM20 juta baik pulih sekolah di Perlis
Kerajaan MADANI melalui Kementerian Pendidikan (KPM) menyalurkan peruntukan sebanyak RM20.1 juta pada tahun ini bagi kerja-kerja penyelenggaraan dan baik pulih institusi pendidikan di Perlis. Timbalan Menteri Pendidikan, Wong Kah Woh (gambar) berkata, peruntukan yang disalurkan kepada Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) Perlis turut melibatkan pembaikan kerosakan infrastruktur serta penambahbaikan kemudahan sekolah bagi keselesaan murid dan guru. "Daripada jumlah tersebut, sebany

Suara Keadilan
Jun 111 min read


Kemajuan Selangor disokong sektor pendidikan, sosial - Menteri Besar
DS Amirudin melawat Institut Yusof Ishak (ISEAS) di Singapura Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari menegaskan bahawa kejayaan dan kemajuan negeri Selangor tidak boleh bergantung semata-mata kepada pelaburan. Sebaliknya menurut beliau, usaha pembangunan perlu dilaksanakan secara lebih menyeluruh disokong pembangunan dalam pelbagai bidang termasuk pendidikan dan kesejahteraan sosial. "Walaupun sektor ekonomi seperti semikonduktor dan litar bersepadu menjadi antara

Suara Keadilan
Jun 111 min read


KBS tidak kompromi salah laku babit dana awam
Menteri Belia dan Sukan (KBS) menegaskan komitmen kementeriannya yang tidak berkompromi terhadap sebarang salah laku membabitkan dana awam. Sebagai mengulas isu berkaitan audit terhadap Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Dr Mohammed Taufiq Johari (gambar) berkata, laporan audit telah dilaksanakan dan sebarang tindakan lanjut akan diambil berpandukan lunas undang-undang sekiranya terdapat unsur kecuaian atau salah laku. "Kita sentiasa terbuka kepada proses ketelusan termasuk

Suara Keadilan
Jun 111 min read


KL-Tokyo perkukuh kerjasama AI, semikonduktor, keselamatan maritim
Malaysia dan Jepun bersetuju memperkukuh kerjasama strategik dalam bidang kecerdasan buatan (AI), semikonduktor, keselamatan maritim, tenaga dan kewangan ketika kedua-dua negara berusaha memperluaskan hubungan dua hala ke tahap yang lebih tinggi. Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) berkata, perbincangan beliau dengan rakan sejawatannya Sanae Takaichi berlangsung secara produktif dan meliputi pelbagai bidang penting termasuk pertahanan, industri strategik, perali

Helmi Mohd Foad
Jun 102 min read


Negeri Sembilan Antara Negeri Terawal Capai Sifar Miskin Tegar
Negeri Sembilan Antara Negeri Terawal Capai Sifar Miskin Tegar Negeri Sembilan muncul antara negeri terawal berjaya mencapai status sifar miskin tegar hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan rakyat, menurut Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Md Sani Md Shah. Katanya, kerajaan negeri turut memperkukuh bantuan menerusi platform digital yang memudahkan rakyat mengakses pelbagai skim pendidikan, perumahan, keusahawanan dan sara hidup. Kata Md Sani, JPKK, ahli ma

Abdul Rahim Razak
Jun 101 min read


Malaysia-Jepun capai persetujuan transaksi guna matawang Ringgit, Yen
PM Anwar dan rakan sejawat Sanae Takaichi dalam sidang media bersama di Tokyo, hari ini Malaysia dan Jepun bersetuju memperkukuh kerjasama kewangan menerusi usaha memperluaskan penggunaan mata wang tempatan dalam urus niaga dua hala termasuk pengaturan baharu. Perdana Menteri (PM) Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, penggunaan Ringgit dan Yen dalam transaksi perdagangan dan pelaburan berupaya mengukuhkan hubungan ekonomi serta perdagangan antara kedua-dua negara. Beliau yang ju

Suara Keadilan
Jun 102 min read


Anwar seru ASEAN - Jepun perkukuh kerjasama hadapi ketidaktentuan global
DS Anwar menyampaikan ucapan di Forum Nikkei Future of Asia di Tokyo Datuk Seri Anwar Ibrahim menggesa ASEAN dan Jepun memperkukuh kerjasama ekonomi, teknologi dan tenaga bagi menghadapi ketidaktentuan geopolitik yang kian meningkat, sambil menegaskan negara-negara di rantau ini tidak wajar dipaksa memilih antara kuasa-kuasa besar dunia. Perdana Menteri berkata dunia sedang berdepan ketidaktentuan strategik yang berpunca daripada persaingan kuasa besar, konflik geopolitik dan

Helmi Mohd Foad
Jun 103 min read


PM bentang potensi pelaburan M'sia kepada 29 pimpinan konglomerat Jepun
DS Anwar bersama delegasi Malaysia membentang potensi pelaburan serta hala tuju ekonomi di Jepun Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan aspirasi serta hala tuju ekonomi Malaysia dalam satu dialog perniagaan bersama 29 pemimpin konglomerat utama Jepun yang dianjurkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI). Menurut beliau, syarikat-syarikat yang hadir merupakan peneraju global dalam pelbagai sektor strategik termasuk perbankan dan kewangan,

Suara Keadilan
Jun 101 min read


'Parti jalin hubungan dengan Pas dapat pengalaman pahit'
Pas didakwa mempunyai pendekatan politik yang menyukarkan pembentukan kerjasama jangka panjang apabila kepentingan parti sering mengatasi kepentingan gabungan. Pengerusi Biro Pemahaman dan Pemantapan Agama (BiPPA) KEADILAN, Ustaz Amidi Abdul Manan menegaskan, asas kepada sebarang penyatuan politik untuk memerintah ialah kebaikan dan ketakwaan seperti yang dituntut al-Quran. "Apa yang dimaksudkan sebagai kebaikan ini ialah benda-benda yang mendatangkan faedah, ketakwaan pula a

Akmal Manaf
Jun 102 min read


Pas 'ceraikan' Bersatu, tamat penyatuan ummah demi kuasa - Mahfuz
AMANAH menyifatkan keputusan Pas menamatkan kerjasama dengan Bersatu sebagai bukti ‘Penyatuan Ummah 1.0’ telah berkubur sekaligus mengingatkan rakyat agar tidak terpedaya dengan sebarang usaha menghidupkan semula naratif penyatuan yang didakwa hanya berubah mengikut musim pilihanraya. Naib Presiden AMANAH, Datuk Mahfuz Omar (gambar) berkata, tindakan Pas memutuskan kerjasama politik dengan Bersatu membuktikan perjuangan yang sebelum ini digambarkan sebagai ‘penyatuan ummah’ s

Akmal Manaf
Jun 102 min read


Dasar OKU Selangor 2026-2030 kukuh agenda pembangunan inklusif
Kerajaan Selangor terus memperkukuh agenda pembangunan inklusif dengan meletakkan komuniti Orang Kurang Upaya (OKU) sebagai rakan kongsi setara dalam kemajuan negeri. Exco Kebajikan Masyarakat, Anfaal Saari (gambar) berkata, komitmen tersebut dizahirkan melalui pengenalan Dasar OKU Selangor dan Pelan Tindakan 2026–2030 yang kini menjadi langkah strategik baharu Kerajaan Negeri. Jelasnya, pelaksanaan dasar komprehensif itu menandakan anjakan paradigma penting apabila Selangor

Suara Keadilan
Jun 101 min read


Kerajaan teruskan agenda pembangunan di tengah krisis tenaga global
Kerajaan MADANI kekal komited meneruskan agenda pembangunan negara biarpun berdepan ketidaktentuan ekonomi dan krisis bekalan global. Menteri Ekonomi, Akmal Nasrullah Mohd Nasir (gambar) berkata, komitmen itu terbukti melalui sasaran perbelanjaan pembangunan sekitar RM611 bilion di bawah kerangka Rancangan Malaysia Ke-13 (RMK13). "Komitmen tersebut akan memberi tumpuan kepada pelaksanaan projek dan program berimpak tinggi secara berstruktur bagi memastikan pembangunan negara

Suara Keadilan
Jun 101 min read


Jawatankuasa antara agama: Sesi libat-urus penting halusi peraturan rumah ibadat
Jawatankuasa Khas Agama Buddha, Kristian, Hindu, Sikh dan Tao (LIMAS) disaran mengadakan sesi taklimat dan libat urus bersama Ahli Dewan Negeri (ADN) bagi memperincikan cadangan Garis Panduan Rumah Ibadat Bukan Islam sebelum ia dimuktamadkan oleh Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (MMKN). ADN Kajang, David Cheong Kian Young berkata, Melalui inisiatif LIMAS itu, mereka akan dapat memperoleh maklumat primer yang tepat dan sahih daripada pihak berkuasa. Katanya, langkah tersebut a

Akmal Manaf
Jun 92 min read


'Siapa kerjasama dengan Pas pasti berpisah' - Saifuddin
Pas disifatkan hanya mengulangi corak lama politik apabila kerjasama dengan pelbagai parti kesemuanya berakhir dengan perpisahan, demikian menurut Ketua Setiausaha Pakatan Harapan (PH), Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail. Beliau yang juga Naib Presiden KEADILAN berkata keputusan terkini parti pembangkang itu menamatkan kerjasama politik dengan Bersatu bukan suatu yang baharu jika dilihat daripada pengalaman lalu. "Kita tengok kerjasama dengan Semangat 46 atau pun PH [Pakata

Suara Keadilan
Jun 92 min read
bottom of page
