top of page

Ketua Pengarah JKOM lapor polis Albert Tei ganggu ketenteraman di bangunan kerajaan

  • Writer: Akmal Manaf
    Akmal Manaf
  • 3 hours ago
  • 1 min read
Syam Ghaz dalam sidang media selepas membuat laporan polis ke atas provokasi Albert Tei
Syam Ghaz dalam sidang media selepas membuat laporan polis ke atas provokasi Albert Tei

Pengarah Jabatan Komunikasi Komuniti (JKOM), Mohd Hisyamuddin Ghazali hari ini membuat laporan polis terhadap ahli perniagaan, Albert Tei yang didakwa mengganggu ketenteraman penjawat awam yang bekerja di Kementerian Komunikasi.


Mohd Hisyamuddin atau lebih dikenali sebagai Syam Ghaz berkata, laporan polis itu dibuat susulan tindakan individu berkenaan yang telah empat kali berhimpun di hadapan Menara Komunikasi di Putrajaya, sekali gus menimbulkan isyarat yang tidak baik kepada kakitangan di situ.


"Justeru, laporan polis ini dibuat mengikut Seksyen 186 Kanun Keseksaan kerana menghalang penjawat awam daripada menjalankan tugas dan memasuki tempat kerja.


"Kedua, Seksyen 504 Kanun Keseksaan atas tindakan provokasi yang menggugat ketenteraman awam di Menara Komunikasi.


"Ketiga, Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 berkaitan penyalahgunaan kemudahan rangkaian bagi tujuan gangguan.


"Keempat, Seksyen 14 Akta Kesalahan-Kesalahan Kecil 1955 berhubung kelakuan menghina penjawat awam," katanya ketika ditemui pemberita di Putrajaya.


Sehubungan itu, Syam Ghaz memohon pihak polis menjalankan siasatan dan mengambil tindakan terhadap Albert Tei sekiranya didapati melanggar undang undang.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page