top of page

PM bentang potensi pelaburan M'sia kepada 29 pimpinan konglomerat Jepun

  • Writer: Suara Keadilan
    Suara Keadilan
  • Jun 10
  • 1 min read
DS Anwar bersama delegasi Malaysia membentang potensi pelaburan serta hala tuju ekonomi di Jepun
DS Anwar bersama delegasi Malaysia membentang potensi pelaburan serta hala tuju ekonomi di Jepun

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim membentangkan aspirasi serta hala tuju ekonomi Malaysia dalam satu dialog perniagaan bersama 29 pemimpin konglomerat utama Jepun yang dianjurkan oleh Kementerian Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI).


Menurut beliau, syarikat-syarikat yang hadir merupakan peneraju global dalam pelbagai sektor strategik termasuk perbankan dan kewangan, semikonduktor, tenaga boleh baharu, infrastruktur serta petrokimia.


"Pertemuan ini memberi ruang untuk meneroka peluang kerjasama dan pelaburan yang dapat memberi manfaat kepada kedua-dua negara," katanya dalam satu hantaran di media sosial.


Anwar turut menegaskan bahawa krisis bekalan global yang sedang melanda dunia mempercepatkan perubahan dalam landskap ekonomi antarabangsa.


"Negara yang berjaya menarik industri strategik, teknologi baharu dan pelaburan bernilai tinggi akan berada pada kedudukan yang lebih kukuh untuk menghadapi cabaran masa hadapan, termasuk dalam memperkukuh keterjaminan tenaga dan daya tahan ekonomi," ujarnya.


Beliau berkata, Malaysia perlu terus memperkukuh hubungan dengan syarikat-syarikat peneraju dunia bagi memastikan negara kekal berdaya saing di peringkat global.


"Atas dasar itu, Malaysia mesti terus memperkukuh hubungan dengan syarikat peneraju dunia bagi memastikan negara kekal berdaya saing dan berupaya menjadi antara hab utama industri strategik dan teknologi masa hadapan di rantau ini," katanya.


Tambah beliau, Kerajaan MADANI komited untuk memperkukuh ekosistem pelaburan negara melalui dasar yang jelas dan konsisten.


"InsyaAllah, Kerajaan MADANI akan terus memperkukuh ekosistem pelaburan negara melalui dasar yang jelas dan konsisten agar lebih banyak pelaburan berkualiti dapat dibawa masuk ke sektor-sektor strategik negara, sekali gus memperkukuh ekonomi serta mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan bernilai tinggi untuk rakyat," katanya.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page