Negeri Sembilan Antara Negeri Terawal Capai Sifar Miskin Tegar
- Abdul Rahim Razak

- Jun 10
- 1 min read
Negeri Sembilan Antara Negeri Terawal Capai Sifar Miskin Tegar
Negeri Sembilan muncul antara negeri terawal berjaya mencapai status sifar miskin tegar hasil pelaksanaan pelbagai inisiatif kebajikan dan pembangunan rakyat, menurut Ketua Cabang KEADILAN Rembau, Md Sani Md Shah.
Katanya, kerajaan negeri turut memperkukuh bantuan menerusi platform digital yang memudahkan rakyat mengakses pelbagai skim pendidikan, perumahan, keusahawanan dan sara hidup.
Kata Md Sani, JPKK, ahli majlis, institusi masjid dan pemimpin komuniti berperanan bagi memastikan maklumat bantuan kerajaan sampai kepada rakyat di peringkat akar umbi melalui media sosial dan kaedah tradisional.




Comments