top of page

Berita


Surau Jumaat pertama Bukit Bintang beroperasi, permudah ibadah warga kota
Dr Zulkifli memberi sedikit tazkirah sebelum imam berkhutbah semalam. Foto: FB Dr Zulkifli Surau Jumaat sementara di Pusat Komuniti Outreach Oasis Bukit Bintang (OOBB) kini mula beroperasi, sekali gus menjadi surau Jumaat pertama di kawasan Bukit Bintang yang mendapat kebenaran rasmi untuk mendirikan solat Jumaat. Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Dr Zulkifli Hasan berkata, kemudahan tersebut diwujudkan sementara menunggu pembinaan Masjid Bukit Bintang yan

Redzuan Shamsudin
Jun 201 min read


3,000 Kad Komuter MADANI Shuttle Selatan percuma untuk rakyat Johor
Sebanyak 3,000 Kad MADANI Shuttle Selatan bernilai RM50 setiap satu diedarkan kepada rakyat Johor bagi membolehkan pengguna menikmati kemudahan perjalanan percuma selama tempoh enam bulan menerusi perkhidmatan KTM Shuttle Selatan. Menteri Pengangkutan, Anthony Loke dalam kenyataan berkata inisiatif berkenaan merupakan sebahagian usaha Kerajaan MADANI memperluas akses pengangkutan awam yang lebih mudah dan mampu milik kepada rakyat, khususnya pengguna perkhidmatan rel di Johor

Hasbul Ahmad
Jun 201 min read


Isu banjir di Johor: Kerajaan Negeri BN perlu tunjuk pelan jelas
Barisan Nasional (BN) Johor digesa menyatakan komitmen yang lebih jelas dan menyeluruh dalam menangani isu banjir di Johor, susulan pelbagai cadangan yang telah dikemukakan oleh blok pengimbang di Dewan Undangan Negeri. Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong (gambar) berkata masalah banjir di Johor masih berlarutan dan memberi kesan besar kepada rakyat walaupun pelbagai usaha telah dilaksanakan oleh Kerajaan Negeri. Menurut beliau, Kerajaan BN negeri perlu menjelaskan kepa

Helmi Mohd Foad
Jun 202 min read


Onn Hafiz tanya 'poster boy' tetapi tidak mesti jadi MB, mana satu betul?
Pakatan Harapan (PH) mempunyai ramai pemimpin yang layak, berwibawa dan berintegriti untuk memikul amanah sebagai Menteri Besar Johor sekiranya diberikan mandat oleh rakyat pada pilihan raya akan datang. Justeru itu, Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri (MPN) KEADILAN Johor, Datuk Seri Dr Zaliha Mustafa (gambar) menegaskan PH tidak mahu menjadikan isu jawatan atau politik persepsi sebagai modal kempen, sebaliknya mahu memberi tumpuan kepada perkara yang lebih dekat dengan rakyat.

Helmi Mohd Foad
Jun 202 min read


15 inisiatif pakej daya tahan bukti Selangor lindungi kebajikan rakyat - Danish
Pengumuman 15 inisiatif baharu bernilai RM209.26 juta oleh Kerajaan Negeri Selangor menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor semalam disambut baik. Ketua Penerangan Angkatan Muda KEADILAN (AMK), Danish Hairudin (gambar) berkata, langkah itu merupakan bukti pentadbiran negeri komited melindungi kebajikan rakyat ketika berdepan ketidaktentuan ekonomi global. "Kepimpinan yang bertanggungjawab bukan sekadar mengenal pasti masalah, sebaliknya berani tampil dengan penyelesaian

Azuan Ab Rahman
Jun 201 min read


Selangor peruntuk RM355.06 juta kukuhkan daya tahan ekonomi negeri
DS Amirudin membentangkan Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor di sidang khas Dewan Negeri, semalam Kerajaan Selangor mengumumkan peruntukan RM355.06 juta menerusi Pakej Pengukuhan Daya Tahan Selangor bagi menampan kesan kejutan rantaian bahan api yang memberi kesan kepada krisis bekalan global. Menteri Besar (MB) Datuk Seri Amirudin Shari berkata daripada jumlah tersebut, RM145.8 juta diperuntukkan bagi Fasa 1 yang sedang dilaksanakan menerusi tujuh inisiatif meliputi pelbag

Suara Keadilan
Jun 202 min read


Kerajaan jamin bekalan barangan keperluan asas cukup musim PRN
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) memberi jaminan bahawa bekalan barang asas di Johor dan Negeri Sembilan mencukupi sepanjang musim Pilihan Raya Negeri (PRN). Timbalan Menteri KPDN Datuk Dr Fuziah Salleh (gambar) berkata, pihaknya memahami kebimbangan penduduk di kedua-dua negeri itu mengenai kemungkinan berlaku gangguan bekalan berikutan kehadiran sejumlah petugas pilihanraya serta peningkatan kos logistik ekoran krisis bekalan global ketika ini.

Suara Keadilan
Jun 201 min read


Keputusan kembali kuota BUDI95 300 liter bergantung ekonomi semasa
Sebarang keputusan bagi mengembalikan semula kuota Program Budi Madani kepada 300 liter sebulan masih bergantung kepada perkembangan semasa ekonomi negara. Setiausaha Politik Menteri Kewangan, Muhammad Kamil Abdul Munim berkata, sekiranya situasi ekonomi negara kembali stabil seperti sebelum konflik Iran-AS, tidak mustahil kuota RON95 itu dikembalikan kepada status quo asal. "Kalau keadaan kembali seperti sebelum ini, saya fikir tidak ada masalah untuk kita kembali semula kep

Suara Keadilan
Jun 201 min read


Hayat damai AS-Iran ditentukan tindakan agresif Israel?
Majlis Perundingan Pertubuhan Islam Malaysia (MAPIM) menyifatkan Israel sebagai halangan terbesar kepada usaha merealisasikan perjanjian damai antara Amerika Syarikat (AS) dan Iran meskipun kedua-dua negara itu berpotensi mencapai persefahaman menerusi saluran diplomatik. Presiden MAPIM, Azmi Abdul Hamid berkata, walaupun terdapat pelbagai isu lain seperti program nuklear Iran, sekatan ekonomi dan ketidakpercayaan antara kedua-dua pihak, pendirian Israel berpotensi menggagalk

Akmal Manaf
Jun 192 min read


Daya saing M'sia di tangga ke-15: Usaha reformasi kerajaan berhasil
PM dalam sidang media di Rusia gembira pembaharuan kerajaan telah membuahkan hasil. Foto: FB Anwar Malaysia mencatat satu lagi pencapaian penting dalam perjalanan reformasi ekonominya apabila melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 dalam IMD World Competitiveness Ranking (WCR) 2026 sekali gus menjadi kedudukan tertinggi pernah dicapai negara dalam penarafan daya saing global itu. Lonjakan daripada tangga ke-23 pada tahun lalu meletakkan Malaysia sebagai antara negara ya

Helmi Mohd Foad
Jun 192 min read


Hilang kerja: Selangor umum Pakej Pengukuhan Daya Tahan RM209 juta
DS Amirudin membentangkan pakej daya tahan Selangor di Dewan Negeri. Kredit foto: Media Selangorku Ketika ribuan rakyat berdepan kehilangan pekerjaan dan peniaga bergelut dengan peningkatan kos operasi akibat ketidaktentuan ekonomi global, Kerajaan Negeri Selangor tampil dengan pakej bantuan baharu bernilai RM209.26 juta bagi mengurangkan tekanan yang semakin dirasai pelbagai lapisan masyarakat. Menteri Besar, Datuk Seri Amirudin Shari berkata, sejumlah 15 inisiatif baharu di

Suara Keadilan
Jun 192 min read


PM santuni diaspora Malaysia di Turkmenistan
PM Anwar gembira bersama diaspora Malaysia yang menetap di Ashgabat, Turkmenistan. Foto: FB Anwar Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim meluangkan masa menyantuni rakyat Malaysia yang menetap di Ashgabat sempena lawatan rasmi dua hari beliau ke Turkmenistan. Beliau berkata komuniti diaspora Malaysia di luar negara memainkan peranan penting sebagai "duta tidak rasmi" negara dalam membina reputasi, memperluas jaringan dan mengangkat imej Malaysia di persada antarabangsa. "Al

Helmi Mohd Foad
Jun 192 min read


Poster boy: PH tidak perlu ikut 'rentak' BN - Pemuda AMANAH
Pakatan Harapan (PH) tidak perlu terburu-buru menamakan calon Menteri Besar atau poster boy dalam Pilihan Raya Negeri Johor semata-mata untuk memuaskan hati lawan politik, sebaliknya keutamaan harus diberikan kepada pemilihan pemimpin yang berwibawa, berintegriti dan mampu menyatukan rakyat, kata Nur Hafiz Roslan (gambar). Exco Pemuda AMANAH Nasional itu berkata demikian sebagai reaksi terhadap kenyataan dikeluarkan Menteri Besar (MB) Johor yang juga Pengerusi Barisan Nasiona

Akmal Manaf
Jun 192 min read


"Johor dipinggir", dakwaan Ka Siong bermotif politik?
Dakwaan Presiden MCA, Datuk Seri Wee Ka Siong bahawa Kerajaan Persekutuan meminggirkan Johor dalam pelaksanaan projek pengangkutan awam, khususnya Projek Elevated Autonomous Rapid Transit (E-ART) langsung tidak berasas dan bermotifkan politik sempena Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor. Menurut Timbalan Menteri Kewangan, Liew Chin Tong (gambar), Johor sebenarnya terus menerima tumpuan besar dalam pembangunan infrastruktur, khususnya di kawasan Greater Johor Bahru. "Realitinya, Jo

Helmi Mohd Foad
Jun 192 min read


PRN Johor, N Sembilan: AMANAH siap sedia, sasar bentuk Kerajaan Negeri
Parti Amanah Negara (AMANAH) mengumumkan kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, dengan sasaran membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH). Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil (gambar) berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti yang berlangsung malam tadi. "AMANAH sudah bersiap siaga berhadapan Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan kali ke-16 dan mengara

Redzuan Shamsudin
Jun 191 min read


‘DAP vs Jho Low’: Saifuddin bidas Onn Hafiz
Timbalan Setiausaha Agung KEADILAN, Saifuddin Shafi Muhammad (gambar) mempersoalkan pendirian Menteri Besar Johor Datuk Seri Onn Hafiz Ghazi yang terus menolak kerjasama dengan DAP yang menjadi sebahagian parti dalam Kerajaan Perpaduan. Beliau berkata rakyat Johor berhak mendapat penjelasan mengapa DAP terus dijadikan sasaran politik sedangkan negara pernah berdepan skandal jauh lebih besar melibatkan isu integriti, tadbir urus dan penyalahgunaan wang awam. "Saya mahu bertany

Azuan Ab Rahman
Jun 192 min read


Kementerian Pendidikan tambah dua kolej Tingkatan Enam
Akses pendidikan prauniversiti kini diperluas kepada lebih ramai pelajar di seluruh negara menerusi penubuhan dua buah kolej Tingkatan Enam baharu tahun ini Menteri Pendidikan (KPM) Fadhlina Sidek (gambar) berkata, penambahan Kolej Tingkatan Enam Alor Setar di Kedah dan Kolej Tingkatan Enam Gombak di Selangor menjadikan jumlah kolej Tingkatan Enam meningkat daripada 27 kepada 29 buah. Tambah beliau, ekosistem Tingkatan Enam kini merangkumi 29 kolej, 99 sekolah Mod 2 dan 502 s

Suara Keadilan
Jun 191 min read


Malaysia kini di kedudukan ke-15 dalam indeks daya saing dunia
Kedudukan Malaysia dalam Ranking Daya Saing Dunia (WCR) 2026 meningkat ketara apabila melonjak lapan anak tangga ke kedudukan ke-15 daripada 70 negara. Berdasarkan rangking dikeluarkan Institut Pembangunan Pengurusan (IMD), Malaysia menunjukkan peningkatan ketara berbanding tangga ke-23 tahun lalu, yang sebelum itu juga meningkat daripada tangga ke-34 pada 2024. Dengan skor keseluruhan 81.91 mata, pencapaian ini sekaligus menjadi yang terbaik Malaysia dalam indeks tahunan t

Suara Keadilan
Jun 191 min read


Selangor mulakan projek rintis pusat jagaan warga emas, OKU
Kerajaan Selangor dijangka melaksana projek perintis bagi pembangunan pusat kesejahteraan penjagaan sementara warga emas dan orang kurang upaya (OKU) pada suku keempat tahun ini. Exco kebajikan masyarakat negeri, Anfaal Saari (gambar) berkata, pusat berkenaan dirancang berasaskan konsep tanggungjawab bersama dan kerjasama merentas sektor bagi menggabungkan sumber serta kepakaran pelbagai pihak. Pentadbiran negeri turut mempertimbang bagi memperluas pusat berkenaan secara ber

Suara Keadilan
Jun 191 min read


NGO kecam Israel ambil alih kuasa perancangan, pembangunan Masjid Ibrahimi
Empat pertubuhan Islam Malaysia menuntut Israel membatalkan serta-merta keputusan mengambil alih kuasa perancangan dan pembangunan di sekitar Masjid Ibrahimi di Hebron daripada pihak berkuasa Palestin. Dalam kenyataan media bersama, keempat-empat pertubuhan itu mengutuk sekeras-kerasnya tindakan terbaharu pihak berkuasa penjajah Israel sambil menggesa Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), UNESCO dan masyarakat antarabangsa agar campur tangan dengan segera bagi menghalang se

Akmal Manaf
Jun 182 min read
bottom of page
