top of page

PRN Johor, N Sembilan: AMANAH siap sedia, sasar bentuk Kerajaan Negeri

  • Writer: Redzuan Shamsudin
    Redzuan Shamsudin
  • 1 hour ago
  • 1 min read

Parti Amanah Negara (AMANAH) mengumumkan kesiapsiagaan penuh bagi menghadapi Pilihan Raya Negeri (PRN) Johor dan Negeri Sembilan, dengan sasaran membentuk kerajaan negeri bersama Pakatan Harapan (PH).


Setiausaha Agung AMANAH, Muhammad Faiz Fadzil (gambar) berkata, keputusan tersebut dibuat dalam mesyuarat Jawatankuasa Pimpinan Nasional parti yang berlangsung malam tadi.


"AMANAH sudah bersiap siaga berhadapan Pilihan Raya Negeri Johor dan Negeri Sembilan kali ke-16 dan mengarahkan jentera pilihan raya di semua peringkat untuk membantu memastikan setiap calon AMANAH dan Pakatan Harapan (PH) mencapai kemenangan," katanya dalam satu kenyataan.


Menurut beliau, seluruh jentera parti di peringkat pusat, negeri dan akar umbi telah digerakkan bagi memperkukuh kesiapsiagaan menghadapi pilihanraya tersebut.


Dalam perkembangan sama, AMANAH turut menyatakan sokongan terhadap usaha menggubal undang-undang bagi menetapkan kuota minimum penyertaan wanita dalam pencalonan di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri.


"AMANAH menyokong usaha untuk satu undang-undang digubal bagi pencalonan minima 30 peratus wanita di Parlimen dan negeri-negeri," katanya.


Tambah beliau, langkah tersebut penting dalam memperkukuh penyertaan wanita dalam politik serta memastikan representasi yang lebih seimbang dalam proses membuat keputusan.

Comments


Langgan Buletin Keadilan Sekarang!

Terima Kasih Kerana Melanggan!

Copyright © 2026 Suara Keadilan. Hak Cipta Terpelihara.

Ikuti Kami

  • facebook
  • twitter
  • youtube
  • instagram
  • telegram
bottom of page